Tahukah cikpuan, dari mana datangnya jeragat ni? Apakah punca jeragat di wajah? Bagaimana ia terjadinya jeragat? Kalau cikpuan nak tahu, jom baca artikel ni.
Cikpuan mungkin terkejut, tiba-tiba timbul sekumpulan tompok hitam dekat pipi dan dagu. Ada yang tumbuh satu dua dekat tepi mulut.
Tapi yang paling tak best ialah, bila cikpuan biarkan, ia makin gelap dan makin banyak.
Tahukah cikpuan yang sebenarnya itu cuma permukaan kulit sahaja. Dekat bawah kulit sebenarnya ada lagi banyak.
Macam mana Nad tahu? Nad pun alami juga. Masa tu umur Nad dalam awal 30an. Sedih sangat bila Nad pergi scan muka di spa, Nad nampak lebih banyak lagi dekat bawah kulit.
Ketahui punca Jeragat dahulu sebelum mula untuk pudarkannya
Kalau cikpuan mengalami masalah yang sama, jangan sedih. Nad ada berita baik!
Jeragat ni kita boleh pudarkan dan hentikan penghasilannya dari merebak secara besar-besaran.
Mula-mula sekali, cikpuan kena tahu apa punca jeragat supaya kita boleh selesaikan masalah ni dari punca dia.
1. Terdedah Kepada Sinaran Matahari
Sumber dari jknkedah.moh.gov.my mengatakan yang cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, penuaan, kulit terbakar serta kanser kulit jika terdedah bagi tempoh yang panjang.
Cahaya matahari mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV) yang mana mengandungi 3 jenis sinaran:
- UV A
- UV B
- UV C
Ultraviolet A (UVA)– Ia adalah cahaya yang paling banyak dalam matahari, ia mampu menembusi lapisan kulit paling luar (epidermins) dengan mudah.
Cahaya UVA akan boleh merosakan tisu-tisu penyambung seterusnya menyebabkan masalah kulit kulit serta punca terjadinya jeragat.
Jika kulit terdedah pada masa yang lama boleh menjadi lebih teruk iaitu terjadinya kanser kulit.
Ultraviolet B (UVB) – Cahaya ini adalah kurang berbanding UVA kerana kebanyakkan sinaran UVB telah diserap oleh lapisan ozon.
Cahaya UVB inilah yang menyebabkan kulit menjadi sunburn.
Ultraviolet C (UVC) – Cahaya ini merupakan yang paling berbahaya terhadap kulit dan boleh merosakkan kulit secara serius.
Namun, UVC telah diserap sepenuhnya oleh lapisan ozon bumi kita. Cikpuan boleh menarik nafas lega dan sebab itu kita kena sama-sama menjaga bumi kita supaya lapisan ozon tidak rosak.
2. Perubahan Hormon
Antara penyumbang kepada perubahan hormon adalah pengambilan pil perancang kehamilan atau suntikan perancang.
Selain itu wanita hamil juga berpotensi untuk mendapat jeragat disebabkan perubahan hormon yang ketara di dalam badan.
3. Penggunaan Kosmetik Yang Tidak Sesuai
Jeragat boleh terjadi dari penggunaan kosmetik yang berbahaya dan dan tinggi kimia.
Bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan tretinoin yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai seterusnya menyebabkan jeragat kekal di dalam kulit.
4. Genetik & Keturunan
Selain itu, seseorang yang mempunyai sejarah jeragat di dalam keluarga juga mempunyai risiko untuk mendapat jeragat. Tapi menurut kajian, peratus terbesar kesan penuaan kulit dari genetik dan keturunan adalah rendah.
Jadi, cikpuan jangan risau, walaupun cikpuan mewarisi genetik dari ibu bapa cikpuan, cikpuan masih boleh mengawal pengeluaran jeragat di wajah dengan cara penjagaan wajah dan cara hidup cikpuan.
Sekarang, cikpuan sudah mengetahui punca-punca terjadinya jeragat. Langkah seterusnya ialah untuk fahamkan bagaimana jeragat terjadi dari dalam kulit kita.
P/s: Jika cikpuan masih mencari skincare anti penuaan yang selamat, apa kata cikpuan cuba NK Age-Reverse.
Dengan NK Age-Reverse, cikpuan akan dapati kulit sihat, berseri dan glowing dengan selamat. 99% bahan natural, bebas toksik, bebas SLS, bebas merkuri, bebas paraben.
Klik mist anti jeragat untuk info lanjut.