5 Kesan Stress Kepada Kulit Anda

Stress yang kronik sangat berbahaya kepada kesihatan kita. Apabila kita selalu stress dan tertekan, ia sedikit sebanyak terpancar pada kulit. Ketahui kesan stress kepada kulit anda.

Ramai ambil mudah tentang kesan stress kepada kulit. Masalah memang akan berlaku dalam kehidupan seharian. Ada masalah yang dapat diselesaikan dengan cepat dengan mudah. Ada yang berbulan-bulan. 

Bila masalah menjadi lebih kompleks, kita akan merasa terbeban dan stress. Jika kita tidak menanganinya dengan betul, ia akan memberi kesan buruk kepada kulit dan juga tubuh badan kita!

Apa Itu Stress?

Stress adalah respon badan bila kita menerima sesuatu beban. Punca beban adalah dari masalah yang berlaku di sekeliling kita samada persekitaran, dalam diri ataupun dari bacaan kita.

kesan stress kepada kulit

Menurut WHO, stress semua orang tidak boleh lari dari masalah dan cabaran hidup. Jadi, semua akan mengalami stress. Yang menjadi perbezaan ialah bagaimana individu itu menghadapi dan mengawal stress mereka.

Tidak semua stress memberi kesan negative kepada badan cikpuan. Hanya stress tidak baik yang akan meninggalkan kesan buruk.

Stress baik akan membuatkan cikpuan lebih bersemangat, tingkatkan prestasi dan menjadi lebih baik dari semalam. 

Apakah Kesan Stress Kepada Kulit?

Kesan stress kepada kulit adalah seperti:

  1. Meningkatkan keradangan kulit. Kulit menjadi mudah sensitif dan cepat meradang.
  2. Meningkatkan kegatalan kulit.
  3. Melambatkan penyembuhan luka.
  4. Menyebabkan penuaan kulit lebih cepat.
  5. Menyebabkan kulit kurang sihat.

1. Jerawat dan Breakouts

Salah satu kesan stress kepada kulit yang biasa ialah jerawat. Apabila cikpuan tertekan, badan anda menghasilkan lebih banyak hormon kortisol. Hormon ini akan meningkatkan pengeluaran minyak dalam kelenjar kulit anda.

Minyak berlebihan ini menyebabkan risiko liang roma tersumbat dan menyebabkan jerawat.

Bila jerawat mula keluar, mulala kita rasa stress. Jadi ia menjadi satu kitaran yang susah untuk diputuskan.

2. Kekeringan dan Dehidrasi

Kesan stress kepada kulit boleh mengganggu lapisan penghalang semula jadi kulit, yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kelembapan.

Apabila lapisan ini rosak, kulit anda kehilangan keupayaannya untuk mengekalkan air, mengakibatkan kekeringan dan dehidrasi.

Kulit cikpuan akan menjadi kasar, tegang dan menggelupas.

3. Penuaan Pramatang

Kesan stress kepada kulit yang kronik boleh mempercepatkan proses penuaan kulit anda. Tahap kortisol yang tinggi merosakkan kolagen dan elastin di bawah kulit.

Bahan-bahan ini merupakan molekul protein yang bertanggungjawab untuk memastikan kulit cikpuan tegang dan anjal. Jadi, kedutan pramatang, garis halus, dan kulit yang kendur mudah timbul.

4. Senang meradang dan sensitif

Jika cikpuan mempunyai kulit sensitif dan penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, atau rosacea, cikpuan mungkin perasan keradangan semasa cikpuan stress. Stress mencetuskan tindak balas keradangan dalam badan, yang akan beri kesan pada kulit cikpuan.

Kulit jadi semakin meradang, sensitif dan gatal-gatal. Menguruskan stress dengan betul dengan teknik meditasi atau latihan pernafasan dalam boleh membantu meminimumkan keradangan ini.

5. Luka lambat sembuh

Kesan stress kepada kulit boleh menjejaskan keupayaan kulit cikpuan untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel kulit baru semasa luka.

Maksudnya di sini ialah, luka cikpuan mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh apabila cikpuan stress.

Dikatakan tindak balas imunisasi menjadi lemah apabila cikpuan tertekan sekaligus menjadikannya lebih sukar untuk pulih.

Pastikan cikpuan amalkan pemakanan yang seimbang, tidur yang cukup dan mengamalkan kebersihan penjagaan kulit yang baik untuk menyokong proses penyembuhan kulit anda.

Bagaimana mengurangkan kesan stress kepada kulit?

Salah satu cara ialah dengan mengetahui cara mengawal dan menguruskan stress dengan betul. Jemput baca 5 cara Menangani Stress untuk mengetahui cara menguruskan stress dengan berkesan.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!