Banyaknya bintik hitam di muka! Ketahui apa itu jeragat.

Apa itu jeragat? Ramai mungkin masih kurang faham tentang jeragat ni.

Untuk wanita yang busy kerja balik lambat mesti tak suka dengar ni. Ya, bersenam. Tapi cikpuan jangan risau, jom baca ni…

Macam kisah Siti ni. Sebelum ni rasa malas sangat nak bersenam. Lagi-lagi kalau kena buat setiap hari.

Mana tak malasnya, balik rumah dari ambil anak, penat tak habis lagi nak kena masak dan siap-siapkan anak.

By the time semua dah setel, tenaga pun dah habis. Tunggu masa nak naik katil je.

Disebabkan Siti ni jenis peramah, dia pun tegurla akak Suria. Akak Suria cerita, dia dah 4 bulan amalkan senaman setiap hari. Rasa ringan sikit badan, katanya

Tapi bila dengar senaman, terus rasa malas nak teruskan perbualan. Akak Suria nampak muka Siti macam malas nak dengar, dia pun cakap

“Kita ni tak perlu pun nak pergi gym atau jogging satu padang sambil kendong anak.. Yang penting, kita buat pergerakkan yang mengeluarkan peluh. Yang paling best, set je masa 5 minit.”

Wow, bila sembang dengan akak Suria, Siti macam terbuka minda tentang senaman.

“Kalau kita tak larat nak senaman petang, buat pagi. Bangun 15 minit lebih awal, solat tahajjud dan lepas tu senaman 5 minit.” sambung Akak Suria.

“Dekat rumah pun boleh buat. Beli yoga mat, buka youtube dan search senaman untuk 5 minit macam plank ke 5 min fat burner exercise ke zumba atau macam-macam lagi.”

“Lepas tu boleh mandi dan sambung uruskan aktiviti harian kita. Mudah kan?”

Cikpuan pun boleh dapatkan kulit glowing dengan hanya mula amalkan setiap hari cuma 5 minit, buat aktiviti mengeluarkan peluh.

Kalau cikpuan nak tahu, ada kajian menunjukkan kulit seorang yang aktif lebih sihat berbanding dengan seseorang yang sangat kurang melakukan aktiviti fizikal.

Ini disebabkan lapisan dermis (kulit di bahagian bawah) menjadi lebih tebal dengan senaman. Apabila lapisan dermis menjadi lebih tebal, sagging dan kedutan kulit kurang kelihatan.

Jadi, kulit cikpuan akan lebih tegang dan susah untuk kendur dan sagging.

Selain itu, cikpuan juga akan dapati stress cikpuan berkurangan dan tidur cikpuan lebih nyenyak. Bagaimana ini berlaku?

Senaman dapat mengurangkan kesan stress yang mana stress adalah salah satu penyebab masalah kulit seperti jerawat, lebih sensitif, psoriasis dan atopic.

Akhir sekali, seperti akak Suria, kulit cikpuan pun boleh jadi glowing. Bila cikpuan bersenam, peredaran darah menjadi lancar dan oksigen akan disampaikan ke sel-sel kulit cikpuan.

Kulit cikpuan akan bersinar atau orang panggil glowing!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom mula hari ini. 5 minit setiap hari.

Kalau cikpuan nak tahu, ada kajian menunjukkan kulit seorang yang aktif lebih sihat berbanding dengan seseorang yang sangat kurang melakukan aktiviti fizikal.

Share:

More Posts

Cara penjagaan muka untuk wanita berusia 35 tahun ke atas

Apabila kita menginjak ke usia 35 tahun, semakin banyak aktiviti dan urusan untuk kita siapkan setiap hari. Dari keluarga, kerja, ibadah dan rumah. Banyak benda nak fikir! Sampai terlupa yang waktu ni, kulit kita dah kurang bekerja berbanding awal 20an. Jadi, apakah cara penjagaan muka yang terbaik untuk usia begini?

Tips memilih sunscreen untuk jeragat

Cikpuan dah tahu yang sunscreen adalah benteng melindungi kulit dari jeragat. Tapi, macam mana nak tahu sunscreen yang terbaik untuk kulit? Jom baca post ni untuk ketahui tips memilih sunscreen untuk jeragat.

Dapatkan tips cerahkan jeragat & kulit kusam.