Kenapa Jeragat Susah Nak Hilang?

Cikpuan dah cuba macam-macam cara tapi jeragat masih tak berubah. Pernah tak terfikir kenapa jeragat susah nak hilang? Post ni khas untuk cikpuan.
kenapa jeragat susah nak hilang?

Cikpuan dah cuba macam-macam cara tapi jeragat masih tak berubah. Kenapa jeragat ni susah nak hilang? Jom baca artikel cara nak pudarkan jeragat dengan berkesan.

Pada masa ini, cikpuan sudah pun mengetahui tentang jeragat di wajah cikpuan makin ketara. Cikpuan pun cuba bermacam produk tetapi jeragat cikpuan masih sama. Di mana silapnya?

Cikpuan terfikir, kenapa jeragat susah nak hilang sehingga cikpuan mula rasa putus asa dengan keadaan kulit. 

Kenapa jeragat susah nak hilang

Ramai wanita yang tidak faham tentang keadaan jeragat. Kesannya, mereka akan melompat dari satu produk ke satu produk sambil mengharapkan keajaiban berlaku.

Sebelum cikpuan bertambah kecewa dengan keadaan kulit wajah, jom baca posting ni.

Apa Sebenarnya Sebab Kenapa Jeragat Susah Nak Hilang?

Pertama sekali cikpuan kena tahu apa punca jeragat terjadi. Perlu untuk cikpuan tahu yang jeragat ni adalah salah satu cara kulit melindungi badan cikpuan dari kesan yang bahaya seperti sinar UV dan haba.

Kesan Sinar UV Dan Haba

Sinar UV adalah salah satu penyebab kenapa jeragat susah nak hilang. Contohnya, bila cikpuan terdedah kepada cahaya matahari, sinar uv ni akan merosakkan sel-sel badan cikpuan.

Jadi kulit cikpuan akan merangsang melanin untuk menghalang sinar uv ni tembus ke kulit cikpuan. 

Perkara ini sama juga terjadi kepada orang yang terdedah kepada haba api seperti tukang masak. Haba akan meransang penghasilan melanin di dalam kulit.

Melanin ni la yang kesan jeragat yang cikpuan nampak di kulit. Jadi salah satu punca jeragat susah nak hilang ialah, bila cikpuan selalu berada di luar tapi tak pakai sunscreen. 

Jeragat masih boleh terjadi walaupun memakai sunscreen. Tiada sunscreen yang dapat menghalang 100% sinar uv. Termasuklah SPF 100++. Cikpuan juga digalakkan re apply selepas 3 jam, kerana kesan sunscreen itu mungkin berkurangan.

Jadi kalau cikpuan termasuk dalam salah satu yang Nad sebutkan di atas, ini mungkin sebab kenapa jeragat susah nak hilang. Cikpuan mungkin rasa dah pakai sunscreen, tapi jeragat masih tak pudar malah makin banyak. Cikpuan boleh tengok kepada cara pemakaian sunscreen cikpuan.

Kesan Dari Hormon

Selain dari sinar UV, badan juga boleh menghasilkan jeragat bila hormon kita tidak stabil. Kiranya hormon ni antara salah satu penggalak kepada penghasilan jeragat. 

Sama juga seperti punca dari sinar uv. Jeragat disebabkan hormon juga akan keluar jika kita berada di luar dan terkena sinar uv.

Jadi pakai sunscreen dan kurangkan masa berada di luar. 

Kesan Dari Pemilihan Produk

Kebanyakkan produk di pasaran memfokuskan kepada pemutihan kulit semata-mata.

Ini termasuklah dengan skincare yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon. 

kenapa jeragat susah nak hilang - skincare yangs salah

Kulit memang akan putih, namun ia adalah sementara sahaja. Ini kerana, lapisan kulit luar yang dibuang sedangkan jeragat yang berada di akar masih tertinggal.

Kesan Produk Pemutih Yang Tidak Selamat

Produk yang tidak selamat menyebabkan lapisan kulit luar (skin barrier) menjadi nipis, sensitif dan mudah rosak.

Jika ia berlarutan dalam jangkamasa panjang, kulit tidak mampu untuk bertahan ni bawah matahari.

Jika cikpuan nampak kulit yang putih pucat tetapi nampak urat merah, ini mungkin kesan dari pemakaian produk yang tinggi bahan sintetik.

Bukan sebab jeragat tu tak hilang langsung. Ia akan pudar secara beransur-ansur

Jika ingin menghilangkan jeragat secara selamat, ia memang mengambil masa.

Di dalam artikel How to fade dark spot dari AADA, kebiasaan jeragat akan mengambil masa 6 hingga 12 bulan untuk pudar dengan ketara jika cara yang digunakan selamat.

Ia boleh mencapai sehingga bertahun jika kulit cikpuan dalam kategori gelap. Namun, ini bukanlah alasan untuk cikpuan tidak boleh buat apa. Dengan produk yang betul dan terbaik, cikpuan mampu mendapatkan hasil yang diingini. Banyakkan bersabar.

Tips untuk yang belum nampak hasil sehingga kini.

Jadi sebelum cikpuan rasa yang jeragat masih sama, apa kata kita semak dulu perkara berikut:

  1. Ambil gambar semasa & tulis tarikh.
  2. Cari punca-punca jeragat yang berlaku di dalam harian kita. (Contohnya, adakah cikpuan jarang memakai sunscreen? Jika ya, mungkin cikpuan boleh berbuat demikian mulai sekarang.)
  3. Pilih produk skincare yang tepat dan selamat. Jika cikpuan masih tidak nampak perbezaan sebelum ini, kemungkinan produk yang cikpuan guna kurang efektif. Cikpuan boleh mencari produk khas untuk pudarkan jeragat dan tinggi antioxidan
  4. Banyakkan bersabar. Tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan. Bandingkan dengan gambar cikpuan ambil mula-mula.

Mudah-mudahan, jeragat cikpuan beransur pudar. Kalau cikpuan nak tahu secara menyeluruh tentang jeragat, boleh klik post Panduan lengkap hilangkan jeragat.

P/s: Cikpuan masih mencari skincare untuk pudarkan jeragat dan membuatkan wajah glowing dengan selamat? Apa kata cikpuan cuba NK Age-Reverse.

Hasil kajian UTM 10 tahun, cikpuan akan dapati kulit sihat, berseri dan glowing dengan selamat. 99% bahan natural, bebas toksik, bebas SLS, bebas merkuri, bebas paraben. 

Klik skincare anti jeragat untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!