5 kesan stress kepada kulit anda dan cara mengatasinya

Stress berkait rapat dengan kesihatan kulit. Jika kita sentiasa berasa stress dan membiarkannya, kulit kita akan cepat berusia.
Stress berkait rapat dengan kesihatan kulit. Jika kita sentiasa berasa stress dan membiarkannya, kulit kita akan cepat berusia.

Ramai ambil mudah tentang kesan stress kepada kulit. Masalah memang akan berlaku dalam kehidupan seharian. Ada masalah yang dapat diselesaikan dengan cepat dengan mudah. Ada yang berbulan-bulan. 

Bila masalah menjadi lebih kompleks, kita akan merasa terbeban dan stress. Jika kita tidak menanganinya dengan betul, ia akan memberi kesan buruk kepada kulit dan juga tubuh badan kita!

Apa itu Stress?

Stress adalah respon badan bila kita menerima sesuatu beban. Punca beban adalah dari masalah yang berlaku di sekeliling kita samada persekitaran, dalam diri ataupun dari bacaan kita.
Tidak semua stress memberi kesan negative kepada badan cikpuan. Hanya stress tidak baik yang akan meninggalkan kesan buruk.
 
Stress baik akan membuatkan cikpuan lebih bersemangat, tingkatkan prestasi dan menjadi lebih baik dari semalam. 

Apakah kesan stress kepada kulit?

Nad akan kongsikan kesan stress yang tidak baik kepada kulit. Stress yang tidak baik ini contohnya ialah apabila kita memikirkan sesuatu perkara buruk terjadi kepada kita. Ia akan memberikan kesan negative kepada bdan kita.

Kesan terhadap kulit adalah seperti:

  • Meningkatkan keradangan kulit. Kulit menjadi mudah sensitif dan cepat meradang.
  • Meningkatkan kegatalan kulit.
  • Melambatkan penyembuhan luka.
  • Menyebabkan penuaan kulit lebih cepat.
  • Mengganggu imunisasi badan. 

Cara menangani stress

1. Luahkan semasa berdoa.

Tips ini nampak remeh kerana ia adalah apa yang kita lakukan setiap hari. Namun, ada sesetengah termasuk Nad juga yang kadang-kala menunaikan solat kerana hanya tanggungjawab sebagai muslim.

Jom ambil peluang semasa solat untuk fokuskan hanya kepada Pencipta kita. Letakkan segala kepercayaan dan kebergantungan kepada Nya. 

Apabila kita bertawakkal, kita meletakkan apa yang bukan dalam kawalan kita kepada Nya. Insya Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. 

Selepas itu, berusahalah sambil percaya segala yang terjadi adalah yang terbaik untuk diri kita. 

2. Senaraikan punca stress dengan menulis di atas kertas

Tak kira jika cik puan hanya ada sehelai kertas atau pun diari, tulislah segala isi hati di atas kertas. Kadangkala, kita rasa masalah tu tersangatlah besar. Tetapi, apabila ditulis, ia sebenarnya tidak la sebesar yang disangka.

Selepas cik puan menulis masalah, cuba semak satu-satu masalah itu. Fikirkan, apa akan jadi kalau kita teruskan? Apa benda paling buruk akan jadi? lepas tu apa? 

Bila kita mula menulis, kita akan nampak masalah itu dengan lebih jelas. Dan kita akan rasa masalah itu boleh diatasi.

3. Bersenam

Bila cakap berkenaan bersenam, mesti auto rasa malas, penat dan nak tidur la. Sebenarnya tak perlu banyak cuba beberapa minit

5 minit tu hanya la untuk permulaan. Bagi yang tak pernah bersenam, boleh mula dengan 2 minit sahaja. Seperti berjalan ke cafe, parking atau mana2 tempat selama 2 minit.

Kalau rasa berat buat 1 minit je selama 44 hari. Senang kan?

4. Kurangkan gula & amalkan makanan sihat.

Makanan sihat tu adalah makanan yang cukup nutrien. Contoh, nasi+sayur+ikan/ayam, dan bukannya fastfood.

Untuk gula, sangat2 digalakkan untuk kurangkan gula, kerana gula berlebihan membuatkan kita semakin ketagih dan menjadikan kita lemah melawan stress.

5. Luahkan kepada orang yang dipercayai

Apabila kita bercerita masalah, kawan rapat atau adik beradik rapat dapat memberi input dan ketenangan. 

Cik puan boleh cuba salah satu tips di atas untuk menangani masalah stress seharian. Apabila kita semakin mahir, hidup ini akan jadi lebih indah dan tenang. Yang bestnya kulit makin berseri.

Kesimpulan

Setiap ujian dan dugaan akan ada hikmah yang tersembunyi. Jika kita pandai menanangi stress, diri kita akan menjadi lebih kuat, lebih tabah dan lebih pandai dari semalam.

Semoga tips di atas dapat memberi manfaat kepada cikpuan!

Share:

More Posts

Cara Penjagaan Muka

Cara penjagaan muka untuk wanita berusia 35 tahun ke atas

Apabila kita menginjak ke usia 35 tahun, semakin banyak aktiviti dan urusan untuk kita siapkan setiap hari. Dari keluarga, kerja, ibadah dan rumah. Banyak benda nak fikir! Sampai terlupa yang waktu ni, kulit kita dah kurang bekerja berbanding awal 20an. Jadi, apakah cara penjagaan muka yang terbaik untuk usia begini?

Dapatkan tips cerahkan jeragat & kulit kusam.