Jaga Lapisan Kulit Ni Kerana Ia Adalah Benteng Pertahanan Pertama Kulit Anda!

Nak rawat jeragat? Jom tahu serba sedikit tentang dekat mana terhasilnya jeragat?

Masa dulu Nad tak tahu sangat tentang penjagaan kulit ni. 
 
Tapi Nad memang nak kulit cantik & sihat. Jadi Nad akan ikut kata salesperson dan orang-orang yang Nad jumpa untuk improve kulit Nad.
 
Kita faham ada di kalangan mereka ni nak membantu kita. Tapi masalahnya, mereka pun hanya tahu dari orang dan bukan tahu betul-betul.
 
Jadi bila mereka kata, eh pakai la ni, si polan pakai okay, terus Nad cuba. Sebab desperate sangat nak pulihkan muka ni.
 
Yang sedih sampai rosak jugak la kulit ni. Cuba macam-macam produk tinggi bahan kimia.
 
Jadi selepas cuba bermacam-macam produk, baru la Nad slow-slow belajar pasal kulit ni.
 
Sekarang ni dah mudah. Hujung jari dah jumpa info macam-macam. Jadi kalau cikpuan masih struggle untuk selesaikan masalah kulit, jangan putus asa tau.
 
Sebelum kita nak repair kulit kita, nak pudarkan jeragat ke, nak glowkan kulit ke, penting juga untuk tahu sedikit sebanyak tentang kulit kita.
 
Jadi jom baca lapisan kulit paling luar kita. Banyak fungsi yang mungkin masih lagi kita tak tahu: 👇

💙 Epidermis merupakan paling luar dari ketiga lapisan kulit. Ketebalannya bergantung kepada kawasan tubuh manusia seperti ia agak nipis di kelopak mata (0.5 mm) dan tebal di tapak tangan (1.5 mm).

👉Terdapat 5 lapisan epidermis:
 
1. Stratum basale: Dikenal juga sebagai lapisan sel basal, yang memiliki sel-sel basal yang merangsang sel-sel lama ke permukaan kulit.
 
Sel-sel lama menjadi rata dan akhirnya mati dan luruh. Begitulah cycle yang seterusnya. ‎
 
2. Stratum spinosum: Ia merupakan lapisan kulit yang paling tebal. Lapisan ini mengandung sel langerhans yang dapat mencegah jangkitan ‎
 
3. Stratum granulosum: Lapisan ini mengandungi lebih banyak Keratinocytes yang timbul ke permukaan.
 
Fungsi utama adalah membaiki tisu kulit. ‎
 
4. Stratum lucidum: Lapisan ini hanya ada di tapak tangan dan tapak kaki.
 
Fungsinya adalah melindungi kawasan yang selalu ada contact iaitu tapak tangan dan kaki. ‎
 
5. Stratum korneum: Merupakan lapisan paling luar yang akan terpisah setiap dua minggu.
 
Fungsinya adalah menghalang bahan yang tak diingini dari luar masuk dan keluar dari badan.
 
Badan akan terselemata dari berlakunya penghidratan.

Epidermis juga mengandungi 3 jenis sel iaitu:

  • Melanocytes adalah sel yang menghasilkan pigmen (melanin) gelapnya warna kulit. Dekat sini la penghasilan jeragat.
  • ‎Sel Langerhans yang bertindak sebagai pertahanan pertama dalam sistem kekebalan kulit.
  • ‎Sel Merkel berkait rapat dengan saraf.

Jadi lapisan kulit paling luar pon mempunyai banyak fungsi. Jadi jika kulit mengalami kerosakan, salah satu atau kesemua fungsi di atas akan terganggu.

Lapisan Epidermis

Dengan NK Age-Reverse, cikpuan akan dapati kulit sihat, berseri dan glowing dengan selamat. 99% bahan natural, bebas toksik, bebas SLS, bebas merkuri, bebas paraben.
Yang lagi best, sah KKM, Lab tested, SIRIM, tested, natural, menang award, nano verified dan macam-macam lagi. 🤩
Lebih 15,982 wanita berjaya mendapatkan KULIT WAJAH IDAMAN mereka dengan menggunakan NK AGE-REVERSE ini. Hanya RM3XX, cik puan akan merasai skincare bertaraf dunia! 🥰🥰
Klik butang di bawah untuk dapatkannya:👇

Share:

More Posts

Cara penjagaan muka untuk wanita berusia 35 tahun ke atas

Apabila kita menginjak ke usia 35 tahun, semakin banyak aktiviti dan urusan untuk kita siapkan setiap hari. Dari keluarga, kerja, ibadah dan rumah. Banyak benda nak fikir! Sampai terlupa yang waktu ni, kulit kita dah kurang bekerja berbanding awal 20an. Jadi, apakah cara penjagaan muka yang terbaik untuk usia begini?

Tips memilih sunscreen untuk jeragat

Cikpuan dah tahu yang sunscreen adalah benteng melindungi kulit dari jeragat. Tapi, macam mana nak tahu sunscreen yang terbaik untuk kulit? Jom baca post ni untuk ketahui tips memilih sunscreen untuk jeragat.

Dapatkan tips cerahkan jeragat & kulit kusam.