NKAR Serum

NK Age-Reverse Serum

RM229.00

Booster melawan penuaan hasil gabungan 3 element terbaik. Khas untuk anda yang:

  • serius ingin mendapatkan kesan yang berganda dalam meremajakan kulit wajah.
  • mempunyai masalah kulit berjeragat.
  • mempunyai kedutan dan garis halus pada wajah.
  • mengalami kulit kendur dan jatuh (sagging).
  • mempunyai tekstur kulit yang tidak rata dan licin.
  • memiliki tona kulit yang tidak sekata serta kusam.

Kesan Terbaik NK Age-Reverse Serum:

  • Memudarkan jeragat.
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • Menegangkan wajah dan menganjalkan kulit.
  • Merawat jerawat dan mengelakkan pertumbuhan jerawat baru.
  • Melembabkan kulit.
  • Melembutkan tekstur kulit. Kulit menjadi licin dan halus.

 

Bahan aktif di dalam NK Age-Reverse Serum:

Nano-Retinol terkapsul, ekstrak bunga Hibiscus sabdariffa (Roselle), Camellia japonica (Tsubaki), Paeonia albiflora (Peony), asid hyaluronik (molekul berat dan molekul ringan) dan ekstrak herba semula jadi (Cynanchum Atratum).

 

Bagaimana NK Age Reverse Serum berfungsi terhadap kulit anda?

  1. NK Age-Reverse serum adalah serum jenis nano-retinol terkapsul, sangat berbeza dengan serum nano biasa. Serum jenis ini membolehkan retinol diserap dengan lebih mudah dan dapat menembusi ke lapisan kulit yang lebih dalam.
  2. Kesan dari jenis serum nano terkapsul ini membuatkan ia lebih stabil dan tidak mengakibatkan keradangan, kering atau kegatalan kepada kulit.
  3. Apabila anda menyapu serum ini, ia akan terus ke lapisan kulit dan membaiki sel-sel kulit serta memberi nutrien kepada kulit.
  4. Kulit anda akan mendapat kebaikan berganda kerana bukan sahaja retinol, bahan anti penuaan terbaik dunia (BeuT-Complex™) juga sama-sama bekerja menjadikan kulit anda sihat dan berseri.
  5. Hasilnya, tekstur kulit anda menjadi halus, cela semakin berkurangan, wajah anda semakin berseri.

 

Anda akan dapati dengan penggunaan konsisten, kulit wajah semakin bersih, jeragat semakin pudar, kulit semakin halus, pipi semakin anjal dan yang paling best wajah anda tampak lebih muda dari tahun sebelumnya!

 

Tekstur: Kandungannya pekat dan bewarna putih susu. Bau sangat lembut  dan harum. 

Isipadu: 30 ml (tahan sehingga 2 bulan)

 

Cara penggunaan:

  1. Picit NK Age-Reverse Serum 2-3 titik mengikut kesesuaian wajah anda.
  2. Ratakan ke seluruh wajah dan urut secara perlahan-lahan.
  3. Dibiarkan semalaman.
  4. Disarankan untuk digunakan selepas menggunakan NKAR Cleanser, NKAR Oil Cleanser dan Energy Water Mist pada waktu malam untuk mendapat kesan optimum.

 

FAQ tentang NK Age-Reverse Serum:

1. Adakah NK Age-Reverse Serum ini sesuai dengan kulit muka yang sensitif kerana saya terbaca yang retinol boleh menyebabkan kulit mudah meradang.

  • Ya, serum ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Serum yang digunakan adalah jenis retinol terkapsul iaitu ia akan melepaskan molekul secara perlahan-lahan.
  • Jadi, kulit akan menikmati kesan bahan di dalam serum secara lembut, berpanjangan dan tanpa kesan sampingan.
  • Ia juga menyebabkan bahan dan nutrien dapat meresap ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam. Anda akan dapat menikmati serum retinol dengan selamat dan berkesan.

 

2. Apakah kelainan NK Age-Reverse Serum berbanding serum anti penuaan di pasaran?

  • NK Age-Reverse cleanser sangat unik dari segi tekstur, bahan yang digunakan sehingga ke manfaatnya kepada anda.
  • Retinol yang digunakan adalah jenis retinol terkapsul yang mana molekul bahan-bahannya dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam kulit.
  • Kulit dapat menikmati kesan kebaikan retinol tanpa merosakkan dan menyebabkan kulit keradangan. Kulit anda juga semakin berseri dan awet muda kerana selain retinol, ia mengandungi bahan BeuTcomplex dan juga herba terpilih.

 

Anda akan merasai:

  • serum ini mudah menyerap dan menggembirakan mood anda semasa anda menyapunya.
  • kulit menjadi lembut dan lembab apabila bangun pagi.
  • ingin selalu menyentuh muka kerana tekstur kulit semakin pulih dan halus.
  • kulit wajah semakin licin, garis halus berkurangan dan wajah semakin berseri.

 

Sampai bila nak habiskan beribu ringgit dan masa dengan produk yang belum keberkesanannya? Cubalah produk hasil kajian 11 tahun di UTM sekarang!

 

Tempah hari ini dan anda akan menerima:

  • 5 bonus eksklusif bernilai RM5,0++
  • Diskaun 10% untuk pembelian seterusnya.

 

Jadi apa tunggu lagi? Dah bersedia untuk kembalikan keyakinan anda bermula sekarang. Klik “Add to Cart” Button di atas.

 

P/s: Jangan terkejut tiba-tiba orang tegur kenapa wajah semakin berseri-seri!