Tips pilih produk untuk jeragat [Part2] No. 2 kesilapan yang buatkan Nad rugi ribuan ringgit.

Nad teringat satu produk untuk jeragat dari Korea yang Nad cuba. Produk ni agak terkenal lagi-lagi ia terletak di rak drugstore. Tapi bila dah beli dan gunakan, Nad baru tersedar satu perkara. Nad harap cikpuan tak ulang kesilapan Nad buat ni.
nkar

Dalam post [Part 1], cikpuan dah mengetahui 6 tips memilih produk untuk jeragat. Dan jika cikpuan dapat penuhi ciri2 dalam part 1, cikpuan mungkin dapat selamatkan diri dari salah produk, kena scam dan  kulit rosak.

Dalam post kalini, Nad nak sambung 4 lagi point penting sebagai panduan cikpuan dalam memilih jenama tak kira dalam atau luar negara, tak kira murah atau mahal.

Pastikan cikpuan baca sampai habis sebab Nad nak bagi special gift khas untuk cikpuan.

1. Kajian / research yang dilakukan oleh produk

Point ini hampir sama dengan nombor 4. Ia memfokuskan tentang keberkesanan dan kualiti skincare oleh jenama itu. Adakah ramuan yang dikatakan berkesan itu melalui kajian?

tips kenalpasti produk untuk jeragat - kredibiliti

Adakah bahan yang digunakan adalah yang terbaik? Kalau boleh cikpuan carilah jenama yang menyokong klain keberkesanan produk mereka dengan kajian saintifik atau ujian klinikal yang diterbitkan.

Perika maklumat untuk mengetahui untuk mengetahui jika terdapat penyelidikan yang menyokong keberkesanan bahan-bahan tertentu. Keberkesanan produk yang disokong oleh bukti saintifik menunjukkan integrity dan ketelusan jenama terhadap produk mereka.

 2. Penarikan lesen atau kontroversi mengenai brand

Orang kata bad publicity is still publicity. Namun, Nad kurang gemar dengan publisiti yang menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu kaum, budaya, agama semata-mata ingin meraih populariti.

Nad teringat ada seorang bijak pandai berpesan bahawa benda yang negative memang akan menarik orang lebih dari benda positif, tapi ia akan memberikan impak negatif. 

Jadi, jika cik puan pernah membaca sejarah jenama mempunyai skandal besar, kontroversi, atau isu keselamatan, cepat-cepatla selamatkan diri cikpuan. Selain dari itu, jika lessen KKM ditarik balik, cikpuan perlu berhati-hati dengan produk tersebut kerana ia mungkin mengandungi bahan terlarang.

Nad nasihatkan, kalau terbaca tentang jenama-jenama seperti ini, wajarlah sama-sama sebarkan supaya takda yang terpedaya dan terbeli produk tersebut.

3. Layanan selepas pembelian

Cikpuan pernah membeli produk yang apabila membuat pembayaran, penjual senyap. Mesti cikpuan tertunggu2, apa yang terjadi kepada barang dan duit cikpuan, bukan?

Jadi, untuk elakkan situasi seperti ini, cikpuan perlu melihat cara penjual/brand/kedai memberi layanan kepada pelanggan mereka.

Semak sama ada jenama tersebut mempunyai platform komunikasi yang baik seperti meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi untuk membantu pengguna dengan sebarang pertanyaan atau kebimbangan selepas pembelian.

Keupayaan jenama memberikan sokongan selepas pembelian mencerminkan tanggungjawab mereka
terhadap kepuasan pelanggan

4. Adakah produk itu memberi info tentang kesihatan dan kecantikan kulit?

Untuk dapatkan kulit sihat dan berseri, bukan hanya dari pemakaian produk semata-mata. Jadi, cikpuan perlu diberi info dari masa ke masa untuk dapatkan kulit idaman.

Apa yang Nad boleh cakap ia adalah perjalanan yang panjang tapi berbaloi. Lagi-lagi bila cikpuan nampak perubahan dan cikpuan boleh keluar dengan wajah natural tanpa solekan dan tidak segan dengan keadaan kulit muka

Jadi, pilihlah jenama yang tidak hanya menjual produk tetapi juga memberikan maklumat yang berguna tentang kesihatan kulit, rutin kecantikan, dan petua penjagaan kulit.

Laman web atau blog jenama yang menyediakan artikel berkualiti dapat membantu cikpuan memahami cara terbaik untuk merawat kulit anda dan memaksimakan keberkesanan produk tersebut.

Semoga perkongsian ni dapat membantu cikpuan mengelakkan dari tersilap beli produk. Sesetengah produk ini memang menarik untuk dicuba. Lagi-lagi kita yang ada masalah kulit ni. Nad faham sebab Nad pun macam ni dulu.

Ingat ni: Penuhi kriteria-kriteria yang disebutkan di dalam post ni.

Seperti yang Nad janjikan, cikpuan boleh download checklist tips kenalpasti produk untuk jeragat terbaik di sini. Cikpuan perlu isi no. telefon dan akan diberi link untuk download

Next, apa produk yang paling penting untuk cipuan mula rawat jeragat?

Tahukan cikpuan tidak perlu banyak produk untuk pudarkan jeragat. Klik link Produk hilangkan jeragat untuk mula rawat jeragat menggunakan produk asas. Dalam post ni Nad akan tunjukkan step by step apa yang wajib dibeli dahulu untuk dapatkan kulit idaman.

Klik link untuk info lanjut.

Share:

More Posts

Cara Penjagaan Muka

Cara penjagaan muka untuk wanita berusia 35 tahun ke atas

Apabila kita menginjak ke usia 35 tahun, semakin banyak aktiviti dan urusan untuk kita siapkan setiap hari. Dari keluarga, kerja, ibadah dan rumah. Banyak benda nak fikir! Sampai terlupa yang waktu ni, kulit kita dah kurang bekerja berbanding awal 20an. Jadi, apakah cara penjagaan muka yang terbaik untuk usia begini?

pencuci muka untuk jeragat

8 Tips memilih pencuci muka untuk jeragat

Baru-baru ni Nad terbaca di social media tentang seorang wanita yang menyatakan yang ianya normal apabila kulit menggelupas dan tegang selepas mencuci muka. Betulke? Jom kita baca post tips memilih pencuci muka untuk jeragat ini.

Dapatkan tips cerahkan jeragat & kulit kusam.