5 Tips memilih sunscreen untuk jeragat

tips pilih sunscreen
Macam mana nak tahu sunscreen yang terbaik untuk kulit? Jom baca post ni untuk ketahui tips memilih sunscreen untuk jeragat.

Sunscreen adalah salah satu cara kita melindungi kulit dari sinar UV. Apabila sinar UV dapat dikurangkan dari terkena secara terus ke kulit, masalah pramatang penuaan kulit dan jeragat dapat diperlahankan.

Terdapat pelbagai jenis sunscreen di pasaran. Sama seperti pencuci wajah dan pelembab, jika cikpuan tahu tips pemilihan sunscreen, cikpuan dapat kurangkan risiko kulit rosak dan baziran wang ringgit.

Tahukah cikpuan yang sesetengah bahan-bahan di dalam sunscreen berisiko kepada badan walaupun ia telah diluluskan oleh FDA. 

tips memilih sunscreen

Contohnya menurut kajian, kandungan seperti oxybenzone di dalam sunscreen menyebabkan alergi dan penyakit saraf selain kesannya terhadap alam sekitar.

Jadi, mari kita lihat tips memilih sunscreen yang terbaik untuk jeragat.

1. Pilih SPF yang mencukupi.

Tips memilih sunscreen yang pertama ialah mengambil kira SPF. SPF (Faktor Perlindungan Matahari) ialah  ukuran sejauh mana sunscreen itu dapat melindungi kulit cikpuan dari sinar UV.

Contohnya, SPF 15 bermaksud kulit dilindungi 15 kali lebih lama daripada jika anda tidak mengenakan sunscreen.

tips memilih suncreen - SPF

Tahap perlindungan memang meningkat namun ia tidak berbaloi dengan bahan sintetik yang diletakkan di dalam sunscreen tersebut. Perlu diingatkan tiada sunscreen yang dapat menangkis sinar UV 100% walaupun sunscreen yang cikpuan guna SPF 100.

Tabir suria atau sunscreen masih perlu dioleskan semula setiap 2-3 jam. SPF yang lebih tinggi tidak bermaksud perlindungan yang lebih tahan lama.

3 Fakta tentang sunscreen ber SPF tinggi

1. Perlindungan antara 100 dengan 35 tidak banyak beza.

SPF 15 melindungi kulit cikpuan daripada 93% sinaran UV, SPF 30 melindungi anda daripada kira-kira 97%. Selepas SPF 30,  peningkatan perlindungan semakin kecil.  SPF 50 hanya memberikan perlindungan kira-kira 98%. SPF 100 hanya menambah 1% perlindungan tambahan, mencapai 99%.

2. Kandungan bahan kimia yang terlalu tinggi.

Lebih banyak bahan kimia digunakan dalam produk SPF tinggi ini untuk memberi perlindungan yang tinggi. Penggunaan SPF 50+ boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan.

3. Masih perlu re-apply (disapu semula)

Jika cikpuan menggunakan sunscreen ber SPF tinggi tidak bermaksud cikpuan boleh berdiri di bawah matahari pada waktu yang lebih lama dan tidak perlu oleskannya semula selepas 2-3 jam. 

2. Pilih sunscreen jenis broad spectrum

Tips memilih sunscreen seterusnya ialah memilih jenis broad spectrum. Seperti yang cikpuan tahu, sinar matahari mengeluarkan dua jenis sinaran yang berbeza, iaitu UVA dan UVB.

Sesetengah masalah sunscreen ialah ianya hanya melindungi kulit daripada sinaran UVB sahaja. Jadi, selain dari cikpuan perhatikan SPF, cikpuan juga perlu melihat aspek lain untuk mengetahui samada ia melindungi kulit cikpuan dari sinar UVA.

Beza UVA dan UVB

Sedikit info tentang UVA dan UVB:

UVA (Sinar Ultraviolet A)

UVA ialah gelombang cahaya yang panjang. Ia menembusi ke dalam kulit lebih dalam dan merosakkan lapisan kulit lebih dalam. UVA menyebabkan kulit menjadi tan (skintan)

UVA adalah penyebab penuaan pramatang kulit seperti kedutan, sagging, garis halus, jeragat dan penampilan kulit yang tidak sekata.

SPF tidak mengukur perlindungan daripada sinaran UVA. Untuk melindungi diri daripada sinaran UVA, cikpuan perlu mencari produk yang juga mempunyai label “Broad Spectrum” atau “Spectrum Penuh” pada labelnya.

UVB Sinar ultraviolet B

UVB pula ialah gelombang cahaya yang lebih pendek dari A. Ia bertindak ke atas permukaan kulit.

Ia adalah penyebab utama kulit terbakar  yang boleh menyebabkan kulit menjadi gelap atau kemerahan. 

SPF (Faktor Perlindungan Matahari) mengukur keberkesanan perlindungan daripada sinaran UVB. SPF menunjukkan berapa lama kulit dapat terlindungi daripada sinaran UVB sebelum terbakar.

Oleh itu, untuk perlindungan yang menyeluruh, adalah penting untuk menggunakan sunscreen yang cikpuan mempunyai perlindungan terhadap kedua-dua sinaran UVB dan UVA, seperti produk dengan label “Broad Spectrum” atau “Spektrum Penuh.”

UVC Sinar ultraviolet C

Sinar ini paling berbahaya berbanding sinar yang lain. Namun, kita boleh menarik nafas lega kerana sinar ini dihalang oleh lapisan ozon bumi.

3. Elakkan Bahan-bahan yang mempunyai kesan sampingan di dalam sunscreen

Tips memilih sunscreen ni selalu orang terlepas pandang. Mengambil kira kandungan bahan di dalam sunscreen.

Ia berbeza mengikut jenis sunscreen tersebut. physical dan chemical. Senang cerita jenis chemical ni, bahan di dalam sunscreen itu akan diserap masuk ke dalam kulit dan menyerap sinar UV yang menembusi kulit.

Untuk physical pula, ia berada di permukaan dan akan memantulkan sinar UV di lapisan luar kulit.

Bahan-bahan dalam sunscreen NKAR

Kami di Lookyoungest mementingkan keselamatan kulit dan badan cikpuan. Jadi tips memilih sunscreen yang ni, Nad sarankan cikpuan pilih sunscreen jenis physical.

Walaupun sunscreen ini akan memberikan sedikit kesan whitecast kepada kulit wajah, ia dapat ditutupi dengan olesan bedak muka.  Kekurangan ini sangat kecil dibandingkan dengan kesan sampingan bahan kimia yang meresap ke dalam tubuh badan cikpuan.

Antara bahan-bahan di dalam chemical sunscreen yang dikatakan memberi kesan sampingan ialah:

Oxybenzone

Bahan ni dikatakan antara yang paling berisiko kepada manusia. Masalah yang biasa dilaporkan dikalangan gadis remaja dan wanita dewasa ialah endometriosis (pertumbuhan tisu tambahan dalam uterus dan tiub fallopio.)

Ia dikatakan berisiko menyukarkan seseorang untuk mengandung. Selain itu, bahan ini juga boleh menyebabkan alahan.

Octinoxate

Hormon thyroid dan hormon reproduktif dikatakan terganggu disebabkan oleh octinoxate. Reaksi alergi kulit juga dilaporkan.

Octocrylene

Kebanyakkan laporan adalah disebabkan alergi kulit apabila menggunakan bahan kimia ini. 

Homosalate

Bahan kimia ini mempunyai kesan gangguan terhadap hormon reproduktif dalam kedua-dua lelaki dan wanita. Bahan ini juga memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Octisalate

Walaupun salah satu bahan kimia yang kurang berbahaya, octisalate masih boleh menyebabkan reaksi alergi.

Avobenzone

Bahan kimia ini tidak mempunyai kesan buruk ke atas hormon cikpuan, namun, ia boleh menyebabkan reaksi alergi apabila terurai. Avobenzone menjadi tidak stabil dan mudah terurai di bawah sinar matahari. 

Methylisothiazolinone

Bahan kimia ini digunakan sebagai pengawet dalam tabir suria tetapi kebanyakkan kulit tidak tahan dengan bahan ini. Kebanyakan kes reaksi alergi yang dilaporkan adalah kanak-kanak.

Paraben dan Wangian Sintetik Lain

Paraben dan wangian sintetik (fragrance) boleh mempengaruhi hormon cikpuan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang terdedah kepada paraben ini berpotensi untuk akhil baligh lebih awal.

risiko bahan kimia di dalam sunscreen

4. Adakah sunscreen jenis semburan bagus?

Sunscreen jenis semburan dikatakan menyenangkan kerana cikpuan tak perlu picit dan sapu. Namun, bahayanya sunscreen berbentuk semburan ialah ia boleh menyebabkan cikpuan menghidu dan tersedut bahan kimia yang berbahaya, terutamanya pada kanak-kanak.

sunscreen jenis semburan

Disebabkan sunscreen ini terdiri dari bahan kimia yang tinggi berbanding skincare lain, keselamatannya tidak diketahui jika kita tersedut bahan kimia dalam jangka masa yang lama.

Yang kedua, kebanyakkan semburan bersifat mudah terbakar. Ia sangat berbahaya jika tidak disimpan dengan betul.

Tips memilih sunscreen seterusnya ialah elakkan dari memilih jenis semburan.

5. Kenapa perlu elak bahan sunscreen bersaiz nano partikel

Nano partikel sebenarnya sangat bagus dalam teknologi kecantikkan kerana ia meningkatkan keberkesanan sesuatu bahan. Tetapi perlu diingatkan ia terpakai hanya untuk bahan yang boleh memberi nutrien kepada sel-sel kulit dan bukan memantulkan sinar UV.

Sinar UV tidak digalakkan untuk diserap di dalam kulit. Jadi kalau cikpuan terjumpa sunscreen yang menggunakan label seperti “ultrafine” dan “microfine” yang digunakan untuk menggambarkan nanopartikel untuk bahan sunscreen, cuba elakkan.

Zink dan titanium yang tidak bersaiz nanopartikel, yang menghalang sinaran matahari tanpa menembusi kulit cikpuan adalah selamat. Jadi kalau bahan pelembab bersaiz nano di dalam sunscreen adalah selamat dan zink oxide bersaiz nano tidak selamat.

Secara ringkas tentang tips memilih sunscreen terbaik

Mudah saja.

Pertama ialah, cikpuan perlu pastikan bahan-bahannya lebih selamat kepada kulit.

Zink Oksida:

Zink oksida memberikan perlindungan terhadap sinaran UVA1, UVA2, dan UVB, berbeza dengan beberapa bahan sunscreen lain. Ia bertindak dengan memantulkan sinaran UV dari dari kulit daripada menyerapnya.

Titanium Oksida:

Walaupun kurang efektif berbanding zink oksida, titanium oksida masih berfungsi dengan baik apabila digunakan bersama zink oksida untuk memberikan perlindungan spektrum penuh.

Antara tips-tips lain

Cikpuan boleh amalkan juga tips memilih sunscreen ini:

  1. Melindungi kulit dari Sinaran UVA dan UVB: Cari sunscreen yang berspektrum luas atau penuh untuk melindungi kulit dari kedua-dua sinaran UVA dan UVB. 
  2. Memiliki SPF Antara 30 dan 50: Nilai SPF antara 30 dan 50 adalah pilihan yang terbaik untuk kebanyakkan wanita yang bekerja atau selalu keluar rumah. SPF 30 boleh menghalang kira-kira 97% sinaran UVB.
  3. Elakkan bahan menghalang sinar UV bersaiz nano atau ke dalam kulit. Nanopartikel dalam sunscreen boleh diserap ke dalam kulit. Cikpuan boleh pilih tabir suria yang menggunakan zink dan titanium berukuran bukan nanopartikel.
  4. Bukan berbentuk Semburan/Aerosol: Semburan boleh menimbulkan risiko penafasan dan mungkin tidak memberikan liputan yang sekata, terutama pada hari berangin. Jadi, cikpuan boleh gunakan yang jenis losyen atau krim  untuk lebih selamat.

Cara penggunaan sunscreen hilangkan jeragat yang terbaik

  • Sapukan sunscreen secukupnya dan secara merata pada seluruh kulit yang terdedah.
  • Jangan lupakan kawasan terdedah seperti bahagian atas kaki dan belakang tangan.
  • Sapukan secara nipis asalkan meliputi bahagian yang nak dilindungi
  • Oleskan semula tabir suria setiap dua jam, atau lebih kerap jika berenang atau berpeluh. 
tips cara guna sunscreen

Sunscreen melalui makanan

Pernah dengar tentang pelindung matahari dalaman? Maksudnya, dengan mengambil nutrien ini, kulit cikpuan secara semulajadi dilindungi.

Terdapat makanan yang membantu melindungi kulit cikpuan dari matahari. Tetapi, Nad ingatkan walaupun cikpuan mengambil makanan ini, pakai juga sunscreen apabila keluar ya.

sunscreen melalui makanan

Makanan kaya dengan Beta-karoten: Lobak merah, ubi keledek, lada merah, labu semuanya mengandungi beta-karoten. Mengambil makanan yang kaya dengan beta-karoten juga memberikan kulit cikpuan kilauan semulajadi yang sihat.

Vitamin C: Roselle, Brokoli, lada bengala, dan limau semuanya mengandungi vitamin C yang terkenal dengan kemampuannya untuk menjaga kesihatan kulit. Ia penting untuk penghasilan kolagen dan penyembuhan kulit.

Lycopene: Tomato, terutamanya apabila dimasak, memberikan antioksidan yang kuat ini. Menambah minyak zaitun ke hidangan tomato cikpuan dapat meningkatkan penyerapannya.

Vitamin E: Kekacang seperti badam dan kacang tanah mengandungi vitamin E, begitu juga dengan biji bunga matahari. Cikpuan juga boleh mengambil suplemen, jika cikpuan mendapat jumlah yang mencukupi dari diet cikpuan.

Astaxanthin: Menurut artikel kajian Mar Drugs, Salmon, udang dan ketam adalah sumber yang baik. Cikpuan juga boleh dapatkan dalam bentuk suplemen. Astaxanthin sangat bagus untuk kulit yang sihat dan dapat melindungi dari sinar UV.

Omega 3: Ikan seperti sardine, salmon dan mackerel mengandungi omega 3. Selain itu, ia juga boleh didapati dari tumbuhan seperti flaxseed, chia seed dan walnut.

Catechins: Teh hijau, teh putih, dan kopi semuanya mempunyai sifat perlindungan matahari apabila diminum secara berkala.

Kesimpulan

Sunscreen adalah benteng pertahanan pertama kulit dari timbulnya jeragat. Tapi, cikpuan perlu mengetahui tips memilih sunscreen yang betul dan sesuai.

Terdapat pelbagai sunscreen di pasaran. Pilihlah yang paling selamat dan membantu kesihatan kulit secara keseluruhannya. 

NK Age-Reverse mempunyai sunscreen yang bersifat fizikal dan mengandungi BeuTcomplex (bahan anti penuaan). Kulit cikpuan bukan sahaja terlindung dari sinar UV, tetapi dapat dibaiki keadaannya dengan penggunaan konsisten. Berminat?

Klik NK Age-Reverse sunscreen untuk info lanjut.

Sharing is caring:

Cikpuan mungkin berminat..

Elakkan 5 Kesalahan Utama Yang menghalang kulit berseri & awet muda.

Dapatkan senarai 5 kesalahan lazim ni sering dilakukan wanita menyebabkan kulit wajah cepat rosak dan kelihatan lebih tua. Ketahuinya sebelum terlambat!