Ini Yang Akan Berlaku Jika Guna Retinol Untuk Jeragat.

Kalau sebut pasal retinol ni, ramai yang masih ragu-ragu sebab risau tak sesuai dengan kulit mereka. Nad pun sebelum masuk 35 tahun, saya tak pernah terfikir nak cuba retinol untuk jeragat. 
Retinol untuk jeragat

Khas untuk cikpuan yang terfikir nak cuba retinol untuk jeragat, wajib baca sampai habis ya. 

Tapi, bila Nad baca retinol ni adalah salah satu bahan anti penuaan yang terbaik di dunia, terus Nad nak cuba. Kalau Nad dengar podcast dekat luar negara, mereka memang menggalakkan kita pakai retinol seawal yang boleh (kalau takde alahan). 

Jom, Nad ceritakan sedikit tentang apa yang retinol ni boleh buat dekat kulit wajah kita.  

Adakah retinol bahan terbaik untuk jeragat?

Apa Itu Retinol?

Retinol adalah sejenis vitamin A yang terkenal dalam dunia skincare. Ia sering disebut sebagai “powerhouse ingredient” kerana keberkesanannya dalam membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit seperti jeragat, garis halus, dan kulit kusam. Dengan penggunaan konsisten, retinol boleh bantu kulit cikpuan tampak lebih cerah, licin, dan muda.

Berkesan ke retinol untuk jeragat?

Memilih retinol untuk jeragat
  1. Menggalakkan Pembaharuan Sel Kulit Antara fungsi utama retinol ialah ia boleh mempercepatkan proses regenerasi sel kulit. Maksudnya kat sini, sel-sel kulit lama yang mengandungi pigmentasi jeragat akan digantikan dengan sel-sel kulit baharu yang lebih sihat dengan lebih cepat.
  2. Mengurangkan Penghasilan Melanin Jeragat sering berlaku akibat penghasilan melanin berlebihan. Melanin ni ialah warna gelap jeragat. Dikatakan, retinol membantu mengawal pengeluaran melanin, seterusnya mencegah jeragat daripada menjadi lebih gelap.
  3. Skincare lain lebih berkesan dan mudah menyerap. Kalau kita pakai retinol, kulit kita lebih bersedia untuk menyerap manfaat bahan aktif lain seperti vitamin C atau niacinamide. Jadi, cikpuan boleh lihat kesan dari pemakaian skincare lebih cepat. 

4 Tips Cara Guna Retinol untuk Jeragat

Nak guna retinol ni memang memerlukan kesabaran. Cikpuan, kalau tak kena cara yang betul, kulit memang senang untuk meradang dan iritasi. Berikut adalah panduan yang Nad kumpulkan dan hasil dari percubaan selama 2 tahun:

Retinol untuk jeragat
  1. Cari retinol bersaiz nano atau nano encapsulated retinol. Retinol biasa memang akan cepat terurai dan cepat habis. Kalau guna yang bersaiz nano, dia akan terurai secara perlahan-lahan. Bila perlahan-lahan ni, kulit akan ada masa untuk menyerap kebaikan retinol. Yang bestnya, bila perlahan-lahan, kesan dia tak akan keras “harsh” ke atas kulit seperti retinol biasa.
  2. Mulakan dengan Kepekatan Rendah Jika cikpuan nak cuba retinol biasa dan pertama kali mencuba, boleh pilih produk dengan kepekatan rendah seperti 0.25% atau 0.3%. Walaupun kesan dia lebih perlahan, ia lebih selamat dan kurang risiko alahan dan meradang. Biarkan kulit menyesuaikan diri dahulu.
  3. Gunakan pada Waktu Malam Retinol lebih berkesan digunakan pada waktu malam kerana ia boleh terurai apabila terdedah kepada cahaya matahari. Jangan lupa untuk memakai sunscreen pada siang hari ya, Cikpuan! Tapi ada satu retinol yang selamat untuk digunakan siang dan malam hari. Nad sharekan di hujung thread ni.
  4. Selang-selikan Penggunaan Mulakan dengan 2 kali seminggu, kemudian tingkatkan kekerapan secara perlahan-lahan. Jika kulit cikpuan terasa kering atau mengelupas, tambahkan pelembap.

Kenapa Masih Ramai Ragu-Ragu Nak Cuba Retinol untuk Jeragat

Walaupun retinol mempunyai banyak manfaat, ia juga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap matahari. Jadi, cikpuan jangan lupa pakai sunscreen dengan SPF 30 atau lebih untuk melindungi kulit.

Produk dengan Retinol yang Sesuai

Cikpuan, Nad faham kalau kita baru mula nak berjinak-jinak dengan retinol ni memang boleh buat pening kepala. Dekat pasaran, terdapat banyak jenis produk retinol. Nak pilih yang mana ye?

Prinsip Nad, kalau nak cari produk muka ni, pertama sekali, cari yang selamat dulu. Sebab kalau kulit muka rosak, ia bukan saja melibatkan wang ringgit, masa atau tenaga, tapi keyakinan diri kita.

Mudah je, cari yang daripada bahan toksik seperti paraben, alkohol atau fragrance. Bonus kalau dalam retinol tu tinggi bahan antioxidant dan antipenuaan.

Berbaloikah Guna Retinol Untuk Jeragat?

Kalau berdasarkan pengalaman Nad, Nad setuju bila orang kata retinol ni salah satu bahan anti penuaan terbaik di dunia. Kesan dia lebih cepat dan memang boleh nampak permukaan kulit muka Nad jadi licin dan makin cerah. Kesan parut jerawat makin kurang.

Kalau tau, masuk 30an je Nad nak terus cuba. Tapi takper, better late than never. Tak kisah umur cikpuan sekarang 40an, 50an atau 60an, tak rugi untuk cuba retinol dalam rutin skincare cikpuan. Ikut je tips yang Nad sebutkan tu, Insha Allah, boleh rendahkan risiko kulit alahan.

Oh, Nad ada janji ngan cikpuan kat atas tu. Nad nak sharekan satu serum retinol yang sangat rendah risiko untuk dapat alahan, alergik atau kulit meradang. Boleh pakai malam dan SIANG. Ye, cikpuan tak salah baca.

NK Age-Reverse Serum

Serum ni selamat sebab dia guna Nano encapsulated retinol, yang mana bahan aktif retinol ni dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam kulit. Jadi kulit tak terkejut (jadi radang & sensitif) dan kesan dia lebih efektif sebab kulit dapat serap bahan aktif tu lebih banyak.

Testimoni NK Age-Reverse Serum

Ni lah retinol hasil kajian lebih 10 tahun di UTM. NK Age-Reverse Serum ni best sangat. Kulit memang lembut, cerah dan mulus je bila pakai. Klik link ni info lanjut ya!

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Kenali tahap penuaan kulit wajah cikpuan

Dapatkan ebook ni secara PERCUMA dan semak tanda-tanda penuaan ni di wajah cikpuan. Cikpuan juga akan diberi tips & cara-cara untuk merawat kesan penuaan ni secara selamat & holistik.