Adakah semua produk antipenuaan di pasaran sesuai untuk kulit cikpuan?

Lambakan produk antipenuaan di pasaran yang sebenarnya boleh menyebabkan kulit wajah lebih cepat berusia dan rosak. Betul ke?

Apabila usia meningkat, cikpuan mungkin merasakan produk antipenuaan yang cikpuan guna selama ni sebenarnya tidak memberi kesan positif yang diharapkan. Cikpuan letih kerana terpaksa bertukar-tukar produk yang mana menyebabkan kulit wajah makin teruk? Jom teruskan membaca.

Berapa banyak produk antipenuaan khusus untuk masalah kulit seperti jeragat, garis halus, kusam, jerawat dan blackhead yang cikpuan boleh senaraikan di Malaysia sekarang? Banyak kan? Dalam drugstore dan farmasi seperti Guardian dan Watson sahaja sudah berpuluh-puluh jenama, belum lagi yang ada di platform online seperti Shopee dan media sosial.

3 Jenis produk antipenuaan di pasaran

Produk skincare/kosmetik di Malaysia ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:

  1. Rebrand (Timbang kilo) – Produk yang biasanya diimport atau dibawa masuk dari luar negara. Jenama ini mungkin dipasarkan dengan nama jenama Y di China, tetapi di Malaysia dijual di bawah jenama A. Atau produk ini dijual dalam pek besar plastik secara borong, dan penjual akan memasukkan ke dalam bekas kecil. Ini juga dikenali sebagai produk timbang kilo. Mereka boleh menjual pelbagai produk dari pembersih hingga sabun basuh pinggan dengan cara ini.
  2. OEM – Ini adalah formula yang dibeli atau diambil dari pengilang yang menghasilkan produk kosmetik. Kemudian, founder atau pengilang akan membuat pembungkusan dan meletakkan jenama mereka sendiri. Sering kali, formula yang sama digunakan oleh berpuluh-puluh founder dengan jenama masing-masing, hanya dengan perubahan warna, pembungkusan, dan nama jenama.
  3. Berasaskan R&D – Jenama yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) biasanya terdapat pada jenama premium, di mana formula mereka dikaji dan dibangunkan sendiri di makmal oleh pakar dalam bidang kosmetik.

Jadi, mana satu yang patut cikpuan pilih antara ketiga-tiga kategori ini?

Setiap kategori ada kelebihan dan kekurangannya. Cikpuan boleh memilih mana-mana asalkan ia selamat dan sesuai dengan kulit cikpuan. Sekiranya produk tersebut serasi dan terbukti selamat, tiada masalah untuk menggunakannya.

Namun, kebimbangan utama saya ialah lambakan produk kosmetik yang menggunakan bahan kimia berbahaya semakin menjadi-jadi. Produk-produk ini sering kali menyalahgunakan teknik pemasaran dan menyembunyikan fakta sebenar, menyebabkan ramai pengguna tertipu dengan tuntutan palsu seperti “100% natural” atau “organic.” Walhal, bila dilihat pada label produk, jelas dinyatakan bahawa ia mengandungi bahan seperti paraben dan SLS.

Ada pengasas yang hanya mengejar keuntungan dan tidak peduli dengan kesan kepada pengguna. Malah, ada yang meraih keuntungan 10 kali ganda dari harga kos kerana mereka tidak perlu membayar kos kajian, makmal, alatan canggih, atau pakar dalam bidang kosmetik.

Jadi, apa bezanya NK Age-Reverse dengan produk dalam tiga kategori tadi?

NKAR dibangunkan khusus untuk memberikan alternatif kepada wanita Malaysia menggunakan produk yang sangat selamat dan berkesan. Ia berasaskan R&D dan tidak menggunakan formula yang dibeli dari mana-mana kilang. NKAR terdiri daripada sekumpulan saintis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), diketuai oleh seorang profesor yang pakar dalam formulasi kosmetik. Formulasi ini telah dibangunkan selama lebih 10 tahun, dan menggunakan teknologi nano hijau untuk hasil yang lebih berkesan.

BeuTcomplex, formulasi unik NKAR, telah memenangi anugerah Gold Medal di beberapa konvensyen perniagaan peringkat dunia. Lebih 5,000 wanita telah berjaya mengatasi masalah penuaan kulit dengan menggunakan produk ini, yang dihasilkan dengan bahan semulajadi.

NKAR membelanjakan jutaan ringgit untuk memastikan produk ini mesra semua jenis kulit, menggunakan dana sendiri dan geran penyelidikan. Berbeza dengan produk lain yang fokus kepada pemasaran dan operasi, NKAR memperuntukkan 50% hingga 70% dari kos tahunan mereka untuk R&D. Ini bermakna, jika cikpuan membeli NKAR hari ini, produk ini akan terus diperbaharui dan menjadi lebih baik setiap tahun.

Sebagai pengguna, saya sangat menggemari produk terbaru NKAR seperti serum. Sebelum ini, saya hanya menggunakan mist dan cleanser, dan selepas dua bulan, kulit saya menjadi glowing. Tetapi apabila saya mula menggunakan serum selama dua minggu, saya terus jatuh cinta! Sunscreen terbaru mereka juga hebat – ia bersifat serum-based, licin dan kurang bahan kimia hingga 70-80%.

Jenama-jenama premium di luar negara mungkin membelanjakan jutaan, malah bilion ringgit untuk memastikan produk mereka memberikan kepuasan kepada pengguna. Sebaliknya, produk dari China yang lebih murah tidak perlu membelanjakan apa-apa untuk R&D atau ujian keselamatan.

Inovasi BeuTcomplex dari NKAR telah diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa, memenangi beberapa anugerah “Gold Medal” dalam pertandingan inovasi. Setakat ini, jenama antarabangsa yang terkenal sekalipun belum tentu mampu mencapai tahap ini.

Siapa kata Malaysia tidak mempunyai pakar yang hebat? Alhamdulillah, NKAR telah merobohkan halangan terbesar dengan menghasilkan formulasi bertaraf dunia di makmal sendiri di Malaysia, pada kos yang lebih efektif. Ini membolehkan wanita Malaysia mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, tanpa perlu risau tentang bahan kimia berbahaya. 99% semulajadi, selamat, dan lembut pada kulit.

Jadi, kenapa tunggu lagi? Mula dapatkan kulit idaman cikpuan dengan NKAR sekarang juga!

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!