Setiap kali Nad berjalan-jalan di mall, Nad suka lihat wanita-wanita sekarang yang tampil bergaya dan solekan yang boleh kata lengkaplah. Tapi, ada satu perkara yang seringkali menarik perhatian Nad – kesan jeragat dan bintik-bintik hitam di wajah mereka masih kelihatan walaupun mereka pakai foundation.
Nad faham, mereka pun taknak nampak bintik hitam atau jeragat, tapi nak buat macam mana benda ni memang susah nak hilang!
Dulu masa umur 20an Nad pun tak terfikir langsung pasal jeragat ni, bila dah masuk 3 series dan tak lama lagi 4 series ni baru la bertungkus lumus cari macam mana nak hilangkan bintik hitam. Jadi inilah carian Nad tentang krim hilangkan jeragat yang dikatakan berkesan untuk sekurang-kurangnya bantu pudarkan jeragat.
Kalau cikpuan juga sedang mencari solusi untuk masalah jeragat, teruskan baca post Nad kali ini. Semoga dapat membantu cikpuan yang tengah cari krim hilangkan jeragat.
Masalah Jeragat: Punca & Penyelesaian
Saja la nak recap balik tentang jeragat. Nad ada tulis blog lengkap tentang jeragat ni kalau cikpuan nak baca.
Jeragat adalah tompok-tompok kecil berwarna coklat atau hitam yang muncul di permukaan kulit. Ia disebabkan oleh peningkatan pengeluaran melanin, pigmen yang memberi warna pada kulit. Beberapa faktor boleh mencetuskan masalah jeragat, seperti:
Pendedahan kepada sinar UV: Sinar UV daripada matahari adalah punca utama jeragat. Ia merangsang pengeluaran melanin yang berlebihan.
Perubahan hormon: Perubahan hormon semasa mengandung, menopaus atau pengambilan pil perancang boleh menyebabkan jeragat. (Aduhhh, Nad keluar melasma time mengandung anak bongsu!)
Genetik: Jika ahli keluarga cikpuan mempunyai masalah jeragat, cikpuan juga berisiko untuk mengalaminya.
Usia: Yang ni ada kaitan yang no.1. Bila kita meningkat usia, keupayaan badan kita hasilkan ontioxidant semakin berkurangan untuk lawan radikal bebas. Salah satu punca radikal bebas yang hasilkan jeragat ialah sinar UV. Jadi, kulit akan mudah hasilkan jeragat aka bintik hitam.
Lagi satu: Penghasilan jeragat di bawah kulit sejak umur kita 20an akan mula keluar masa ni, bila kulit kerap terkena cahaya matahari berlebihan tanpa pelindung (sunscreen).
Krim Hilangkan Jeragat: Pilihan Terbaik
Memang pelbagai jenis krim hilangkan jeragat di pasaran. Dekat drugstore, farmasi, shopee, tiktok, FB macam-macam lagi lah. Namun, cikpuan perlu memilih krim yang sesuai dengan jenis kulit dan masalah jeragat cikpuan. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih krim hilangkan jeragat yang terbaik:
Pertama sekali, kita mesti nak pilih bahan aktif dia. Sebab bahan aktif ni la yang bekerja untuk hilangkan jeragat.
Antara bahan yang dikatakan berkesan: Vitamic C, Retinol, azelaic acid atau niacinamide.
Antara bahan yang dikatakan berkesan tetapi sangat bahaya: Hydroquinone, tretinoin
Kandungan Bahan Aktif & Fungsinya
Vitamin C: Antioksidan yang kuat ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan merangsang pengeluaran kolagen. Ia juga membantu mencerahkan kulit dan memudarkan jeragat. Vitamin C umumnya selamat digunakan, tetapi sesetengah orang mungkin mengalami iritasi ringan.
Asid Azelaic: Bahan ini mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria. Ia membantu mengurangkan kemerahan dan jerawat, serta memudarkan jeragat. Asid azelaic biasanya lebih lembut berbanding hydroquinone dan tretinoin, tetapi masih boleh menyebabkan iritasi ringan pada sesetengah individu.
Niacinamide: Bahan ini mempunyai sifat anti-radang dan membantu mengurangkan kemerahan dan jerawat. Ia juga membantu mengawal pengeluaran minyak dan memudarkan jeragat. Niacinamide biasanya selamat digunakan, tetapi sesetengah orang mungkin mengalami iritasi ringan.
Hydroquinone: Bahan ni berfungsi dengan menghalang pengeluaran melanin, pigmen yang menyebabkan jeragat. Ia berkesan untuk memudarkan jeragat yang gelap. Namun, penggunaan hydroquinone perlu di bawah pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan iritasi kulit, perubahan warna kulit dan ochronosis (penggelapan kulit yang kekal).
Maksudnya di sini:Mula-mula memang nampak macam pudar jeragat tu, tapi, bila guna lama, ia boleh rosakkan kulit dan jadi sangat sensitive dekat matahari.
Pernah tak nampak wajah wanita yang sedikit hangus dan mereka macam memakai foundation ala-ala temulawak? (Putih melepak, agak berminyak dan tebal). Mungkin bukan semua macam ni, tapi, ini adalah salah satu kesan sampingan produk merkuri.
Tretinoin: Ini adalah sejenis retinoid yang membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru dan menyingkirkan sel kulit mati. Ia berkesan untuk merawat jeragat dan memperbaiki tekstur kulit. Kesan sampingannya hampir sama dengan Hydroquinone.
Ops, satu bahan lagi ialah Retinol. Yang ni pun salah satu jenis retinoid, iaitu terbitan vitamin A, yang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit. Ia terkenal dengan keupayaannya untuk merawat jerawat, mengurangkan kedutan dan garis halus, serta memudarkan jeragat.
Bagaimana Retinol Berfungsi untuk Pudarkan Jeragat?
Sebenarnya kalau cikpuan nak tahu, retinol ni adalah bahan universal untuk antipenuaan dan bukan khusus untuk jeragat saja. Kenapa? Jom tengok ni:
Meningkatkan pertumbuhan sel kulit baru: Retinol boleh mempercepatkan proses penggantian sel kulit baru. Caranya, bila ia bantu buang sel kulit mati yang yang ada jeragat, sel kulit baru akan digantikan dengan yang lebih cerah dan bebas jeragat. Hasilnya, cikpuan akan nampak jeragat beransur-ansur pudar.
Menghalang pengeluaran melanin: Retinol membantu mengurangkan pengeluaran melanin, dengan menghentikan enzyme tyrosinase. Enzim ni adalah salah satu faktor penghasilan melanin seterusnya jeragat. Jadi, lama kelamaan, bintik hitam atau jeragat akan pudar.
Meningkatkan pengeluaran kolagen: Ini yang best ni! Retinol juga akan merangsang pengeluaran kolagen, protein yang penting untuk keanjalan dan ketegangan kulit. Tekstur kulit diperbaiki dan penampilan jeragat dikurangkan.
Kesan Sampingan Retinol
Walaupun retinol dianggap bahan antipenuaan yang paling bagus, tak semua suka pakai retinol. Ini disebabkan ia juga ada kesan sampingan:
Kulit kering, mengelupas dan sensitif: Memang selalu kita dengar, pakai retinol ni, risiko dia ialah kulit menjadi kering dan mengelupas, terutamanya pada minggu pertama penggunaan.
Jadi, cikpuan kena tahu cara guna yang betul untuk retinol ni. Nak buat style sandwich kea tau lebihkan pelembab sebelum pakai ke. Nad ada buat satu post tentang ni.
Ada satu lagi penyelesaian kepada kesan sampingan retinol: Nano Encapsulated Retinol
Kalau cikpuan memang dah pakai dan alami kesan sampingan daripada retinol, memang agak tak selesaaaa dan tak besssstttnya!! Haa.. Jangan risau, kat sinilah cikpuan kena guna nano encapsulated retinol.
Apa yang bestnya dengan teknologi nano enkapsulasi ini ialah ia “membungkus” (apa ya perkataan yang sesuai? Haha..) molekul retinol dalam lapisan pelindung yang sangat kecil iaitu bersaiz nano.
Ibaratnya, jika kita ambil sehelai rambut dan bahagikannya kepada 100,000 bahagian yang sama besar, setiap bahagian itu akan berukuran 1 nanometer. Sekecil itulah saiz nano!!
Kesannya:
Penyerapan Lebih Baik: Senang sangat diserap oleh kulit dan akan kurangkan iritasi atau alahan pada kulit dengan lebih ketara. Cikpuan nikmati manfaat retinol sepenuhnya dengan risiko iritasi yang sangat-sangat rendah.
Pengalaman peribadi: Kulit Nad sensitive sangat, tapi bila pakai retinol jenis ni, takde alahan mahupun kering menggelupas. Rasa syukur sangat!
Kulit dapat kesan lebih optimum: Nano encapsulated retinol dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam kulit. Bukan macam retinol biasa, selalunya keluar secara mendadak menyebabkan kulit tak dapat serap sepenuhnya dan yang selebihnya merengsakan kulit.
Jadi, bila bahan aktif ni tak keluar secara mendadak, risiko iritasi dan bahan retinol bekerja secara berterusan sepanjang malam dan takde lah terbazir bila kulit takdapat serap.
Lebih Stabil: Retinol adalah bahan yang tidak stabil dan mudah terurai apabila terdedah kepada udara dan cahaya
Jadi, cikpuan dapat menikmati retinol yang tidak mudah rusak, dengan keberkesanan yang terjamin sepanjang penggunaan. Masalah kulit dirawat secara berterusan dan elakkan pembaziran produk bila kurang efektif.
Dengan nano-encapsulated retinol, cikpuan bukan sahaja melabur untuk kecantikan kulit, tetapi juga untuk keyakinan diri cikpuan. Formula yang lebih stabil dan berkesan ini memberikan nilai yang jauh lebih baik berbanding retinol biasa, memastikan cik puan mendapat hasil yang diidamkan. Kulit yang lebih sihat, anjal dan berseri menanti cikpuan!
Sekarang Malaysia Dah Ada Teknologi Nano di Malaysia!
Kalau cikpuan nak kebaikan retinol bertaraf antarabangsa, undurkan penuaan sebab retinol ni adalah bahan antipenuaan terbaik di dunia. Dan pada masa yang sama, nak kurangkan risiko iritasi, nak dapat impak maksimum, gunalah Nano Encapsulated Retinol dari NK Age-Reverse.
Formula unik menggabungkan kebaikan retinol dengan bahan-bahan aktif lain yang terbukti berkesan untuk merawat jeragat danAnti-Penuaan. NK Age-Reverse bukan sahaja membantu memudarkan jeragat, tetapi juga meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan halus, dan memberikan kulit yang lebih berseri.
Kesedaran Penjagaan Kulit: Kekal Cantik & Sihat
Selain menggunakan krim hilangkan jeragat, jangan lupa untuk jaga kesihatan kulit secara keseluruhan ya!
Ini Yang Akan Berlaku Jika Guna Retinol Untuk Jeragat.
Kalau sebut pasal retinol ni, ramai yang masih ragu-ragu sebab risau tak sesuai dengan kulit mereka. Nad pun sebelum masuk 35 tahun, saya tak pernah terfikir nak cuba retinol untuk jeragat.