5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Mengetahui cara menangani stress dengan betul sangat penting jika cikpuan mahukan kehidupan yang tenang. Cikpuan dapat menikmati momen indah setiap hari dan lebih fokus kepada aktiviti harian.

Nad faham, kebanyakkan orang terlepas pandang tentang stress kerana ia bukan perkara yang kita nampak dengan mata kasar. Namun, apabila ia dibiarkan berlarutan, sedikit sebanyak memang akan memberi impak kepada kesihatan khususnya kepada kulit kita.

Amalkan cara menangani stress bermula hari ini

Berikut ialah cadangan yang boleh cikpuan lakukan ketika cikpuan berasa tertekan. Cara-cara menangi stress adalah seperti berikut:

1. Luahkan Semasa Berdoa

Cara menangani stress ini mungkin nampak remeh kerana ia adalah apa yang kita lakukan setiap hari. Namun, ada sesetengah termasuk Nad juga yang kadang-kala menunaikan solat kerana hanya tanggungjawab sebagai muslim.

Jom ambil peluang semasa solat untuk fokuskan hanya kepada Pencipta kita. Letakkan segala kepercayaan dan kebergantungan kepada Nya. 

Cara Menangani Stress
Kita ni diciptakan oleh Allah sebaik-baik manusia. Jangan fikir untuk putus asa dalam mencari penyelesaian.

Apabila kita bertawakkal, kita meletakkan apa yang bukan dalam kawalan kita kepada Nya. Insya Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. 

Selepas itu, berusahalah sambil percaya segala yang terjadi adalah yang terbaik untuk diri kita. 

2. Senaraikan Punca Stress Dengan Menulis Di Atas Kertas

Tak kira jika cik puan hanya ada sehelai kertas atau pun diari, tulislah segala isi hati di atas kertas. Kadangkala, kita rasa masalah tu tersangatlah besar. Tetapi, apabila ditulis, ia sebenarnya tidak la sebesar yang disangka.

Selepas cik puan menulis masalah, cuba semak satu-satu masalah itu. Fikirkan, apa akan jadi kalau kita teruskan? Apa benda paling buruk akan jadi? lepas tu apa? 

Bila kita mula menulis, kita akan nampak masalah itu dengan lebih jelas. Dan kita akan rasa masalah itu boleh diatasi.

3. Bersenam

Bila cakap berkenaan bersenam, mesti auto rasa malas, penat dan nak tidur la. Sebenarnya tak perlu banyak cuba beberapa minit. Mengikut artikel dari Myhealth KKM, bersenam membantu mengendurkan otot yang tegang & menurunkan stress.

Dikatakan hormon endorphins dilepaskan semasa kita bersenam yang membuatkan diri berasa lega dan tenang. Contoh aktiviti senaman yang boleh cikpuan lakukan ialah berjalan dan senam robik.

5 minit tu hanya la untuk permulaan. Bagi yang tak pernah bersenam, boleh mula dengan 2 minit sahaja. Seperti berjalan ke cafe, parking atau mana2 tempat selama 2 minit.

Kalau rasa berat buat 1 minit je selama 44 hari. Senang kan?

4. Kurangkan Gula & Amalkan Makanan Sihat.

Makanan sihat tu adalah makanan yang cukup nutrien. Contoh, nasi+sayur+ikan/ayam, dan bukannya fastfood.

Untuk gula, sangat2 digalakkan untuk kurangkan gula, kerana gula berlebihan membuatkan kita semakin ketagih dan menjadikan kita lemah melawan stress.

5. Luahkan Kepada Orang Yang Dipercayai

Apabila kita bercerita masalah, kawan rapat atau adik beradik rapat dapat memberi input dan ketenangan. 

Cik puan boleh cuba salah satu tips di atas untuk menangani masalah stress seharian. Apabila kita semakin mahir, hidup ini akan jadi lebih indah dan tenang. Yang bestnya kulit makin berseri.

Kesimpulan

Setiap ujian dan dugaan akan ada hikmah yang tersembunyi. Jika kita pandai menanangi stress, diri kita akan menjadi lebih kuat, lebih tabah dan lebih pandai dari semalam.

Semoga tips di atas dapat memberi manfaat kepada cikpuan! Salah satu cara untuk mengawal stress ialah dengan bersenam. Jom baca post Senaman Untuk Kulit Sihat Dan Glowing untuk dapatkan kulit idaman cikpuan.

Sharing is caring:

Cikpuan mungkin berminat..

Elakkan 5 Kesalahan Utama Yang menghalang kulit berseri & awet muda.

Dapatkan senarai 5 kesalahan lazim ni sering dilakukan wanita menyebabkan kulit wajah cepat rosak dan kelihatan lebih tua. Ketahuinya sebelum terlambat!