Salah satu cara untuk menghilangkan jeragat ialah dengan menggunakan produk wajah. Disebabkan kita tidak boleh lari dari sinar UV setiap hari, produk hilangkan jeragat ini dikatakan sangat sesuai untuk menjaga kulit kita dari penghasilan jeragat.
Untuk menghentikan penghasilan jeragat, cikpuan perlu menghentikan atau mengawal salah satu element di dalam proses terjadinya jeragat. Proses ini bermula dari kulit terdedah kepada sinar UV sehingga melanin naik ke permukaan kulit.
Contohnya, jika cikpuan memakai sunscreen, cikpuan mengawal jumlah sinar UV yang terkena terus ke kulit cikpuan. Apabila sinar UV dikawal, penghasilan jeragat akan merosot. Begitu juga bahan untuk hilangkan jeragat di dalam skincare.
Bahan di dalam skincare berfungsi untuk mengawal salah satu aktiviti di dalam kulit yang menyebabkan jeragat. Jom tengok bagaimana ia berfungsi.
Bagaimana Produk hilangkan jeragat ini berfungsi?
Secara ringkasnya, jeragat terjadi dari apabila sel melanosit menghasilkan melanin di bahagian bawah lapisan kulit epidermis. Melanin yang berlebihan dan tidak sekata menyebabkan jeragat.
Proses ini dinamakan melanogenesis. Apabila cikpuan lihat lebih dalam sedikit, ia bermula dengan pengoksidaan dari satu asid amino ke asid amino yang lain seterusnya terjadinya jeragat.
Proses ini memerlukan enzyme yang mana ia berfungsi menukarkan asid amino dari satu jenis ke jenis yang lain. Enzyme utama dalam menjadikan proses ini berlaku ialah tyrosinase.
Kebanyakkan skincare menggunakan bahan penghalang tyrosinase atau terma di dalam bahasa inggerisnya, tyrosinase inhibitor, untuk mengawal enzyme ini. Jadi apabila ia dikawal, penghasilan jeragat juga dapat dikawal dan diperlahankan.
Bahan untuk hilangkan jeragat
Inilah bahan-bahan yang biasa digunakan di dalam produk hilangkan jeragat di pasaran.
Vitamin C
Vitamin C bertindak menghalang pengeluaran melanin dengan enzyme tyrosinase. Jadi, ia berfungsi sebagai pencerah semulajadi. Vitamin C dikenali juga sebagai ascorbic acid dan berasal dari pelbagai sumber seperti lemon dan roselle.
Selain itu, vitamin C juga tinggi antioksidan. Seperti yang cikpuan tahu, sinar UV juga boleh merosakkan sel-sel kulit dan menjadikan kulit cepat berusia. Dengan adanya antioksidan, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan dan melindungi sel-sel kulit kita.
Retinol
Retinol adalah sejenis retinoid (diperbuat daripada vitamin A) yang membantu mencerahkan bintik hitam pada muka, tangan, leher, atau lengan.
Fungsi utama retinol ialah menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. Jadi, sel-sel kulit yang rosak atau jeragat dapat naik ke permukaan kulit dan sel-sel baru yang sihat dan bersih dari jeragat akan muncul menggantikannya.
Pernah tak cikpuan alami yang apabila memakai sesuatu produk, jeragat cikpuan menjadi lebih gelap dari biasa? Ini mungkin salah satu kesan dari bahan yang meransang penghasilan sel baru seperti retinol. Jeragat di bawah kulit akan timbul ke permukaan dan seterusnya akan tertolak keluar dan menjadi sel kulit mati.
Jika sel-sel di bawah lapisan kulit cikpuan sihat dan cukup nutrien, selepas beberapa ketika (1-2 bulan) cikpuan akan nampak perbezaannya. Sebab itu, cikpuan perlu mengutamakan skincare yang bukan memudarkan jeragat dengan penggantian sel – sel baru, tetapi memastikan nutrien cukup di dalam skincare supaya sel – sel baru terhasil sihat dan bersinar.
Retinol juga dikatakan dapat mengurangkan enzyme tyrosinase seterusnya membantu menghilangkan jeragat dikpuan. Berikut ialah kebaikan retinol kepada kulit.
Azelaic Acid
Asid Azelaic semakin mendapat tempat di pasaran sebagai produk hilangkan jeragat. Merupakan asid organik, azelaic acid terdapat di dalam bijirin seperti gandum dan barli. Ia mempunyai sifat anti-radang dan memudarkan jeragat. Seperti bahan-bahan di atas, asid azelaic merupakan tyrosinase inhibitor, seterusnya mengawal pengeluaran melanin dalam kulit.
Asid azelaic lembut pada kulit dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga sesuai digunakan jika cikpuan mengandung dan ingin mengurangkan melasma pada kulit wajah.
Sekarang cikpuan dah dapat idea sedikit sebanyak macam mana produk hilangkan jeragat bertindak. Produk hilangkan jeragat ni bagus sebab ia bukan saja memudarkan jeragat sedia ada, tetapi juga menghalang jeragat baru terjadi.
Perbezaannya antara penggunaan produk hilangkan jeragat dengan rawatan wajah ialah ia kesannya lebih perlahan. Tidak semua bahan di dalam produk akan diserap ke dalam kulit.
Ini disebabkan oleh saiznya yang agak besar, jadi tidak semua masuk dan tertinggal di permukaan kulit. Kesannya, cikpuan akan rasa, produk yang cikpuan guna lambat memberi hasil.
Sebab itu ramai suka guna produk yang tinggi bahan kimia, ia lebih kuat kesannya kepada jeragat. Namun, kulit pula mudah rosak.
Teknologi di dalam skincare yang membantu produk hilangkan jeragat lebih berkesan
Cikpuan perlukan prduk hilangkan jeragat yang bersaiz nano supaya nutrien di dalam skincare itu mudah masuk ke lapisan kulit.
Alhamdulillah, kini di pasaran sudah ada teknologi nano yang menjadikan nutrien ni diserap mudah ke dalam kulit tanpa merosakkan kulit. Jadi cikpuan tak perlu lagi guna produk yang keras atau tinggi bahan kimia untuk dapatkan kesan optimum.
Hasil kajian di Universiti Teknologi Malaysia, semua wanita di Malaysia berpeluang menikmati produk hilangkan jeragat yang natural menggunakan teknologi nano.
Klik produk hilangkan jeragat berteknologi nano sekarang.