Retinol, salah satu bentuk vitamin A, telah menjadi pilihan popular dalam dunia penjagaan kulit. Ia dikenali kerana keupayaannya dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan dan jerawat. Untuk post kalini, Nad nak kongsikan kebaikan retinol untuk jeragat.
Bagaimanakah Retinol Bertindak Ke Atas Kulit?
Dalam satu kajian 2015 berkenaan kesan retinol ke atas kulit, para saintis membandingkan kesan retinol dan asid retinoic ke atas struktur permukaan kulit.
Mereka mendapati yang dengan penggunaan konsisten, retinol mampu merangsang kolegen dan menghalang sinar UV dari terus merosakkan sel-sel kulit. Antara kerosakkan disebabkan sinar UV ialah kulit kering, tona wajah tidak sekata, jeragat, melasma kedutan dan kulit kendur.
Retinol bertindak dengan merangsang pembaharuan sel kulit, menggalakkan pengeluaran kolagen, dan menghalang pengeluaran melanin berlebihan. Ini membantu kulit menampakkan penampilan yang lebih cerah dan sekata, sementara juga mengurangkan ketara jeragat.
Kajian Saintifik Tentang Kebaikan Retinol Untuk Jeragat
Salah satu kajian 2019, retinol boleh mengurangkan kesan tona warna tidak sekata sehingga 60%. Ia dapat menyebarkan melanin secara sekata keseluruh kawasan lapisan epifermis.
Selain itu, ia boleh mempengaruhi fungsi melanosit (sel yang menghasilkan melanin (bintik hitam / jeragat). Ia menghalang sel jeragat di bawah kulit dari naik ke permukaan dan mengurangkan aktiviti sel-sel kulit yang menghasilkan jeragat.
Retinol juga merangsang penghasilan sel kulit baru. Sel kulit yang berjeragat ditanggalkan dan digantikan dengan sel kulit baru yang tiada jeragat secara beransur-ansur.
Disebabkan ini, ramai mendapati yang jeragat mereka semakin pudar selepas penggunaan kerap retinol.
Manfaat Lain Retinol
Selain mengurangkan jeragat, retinol juga dikenali kerana sangat bagus dalam mengurangkan garis halus dan kedutan, serta meningkatkan tekstur keseluruhan kulit.
Cara Guna Retinol Yang Betul Supaya Jeragat Pudar Dengan Cepat
Cikpuan dah tak sabar nak guna retinol? Tunggu dulu. Pastikan cikpuan tahu cara menggunakan retinol dengan betul untuk elakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Cikpuan boleh mula dengan penggunaan yang beransur-ansur dan secara nipis dahulu. Perhatikan reaksi kulit wajah cikpuan. Jika cikpuan rasa pedih atau merah, cikpuan boleh jarakkan dahulu penggunaan.
Apabila menggunakannya, sentiasa gunakan sunscreen kerana retinol boleh membuat kulit lebih sensitif terhadap sinaran UV.
Cikpuan dinasihatkan untuk menggunakan produk yang lembut. Contohnya, pencuci muka yang tidak keras atau pelembab yang tidak menutup liang pori.
Risiko dan Kesan Sampingan
Walaupun retinol mempunyai banyak manfaat, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kulit kering, kemerahan, dan pengelupasan. Penting untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan memulakan penggunaan dengan kepekaan.
Hati-Hati Dalam Memilih Produk Yang Mengandungi Retinol
Terdapat banyak produk yang bertujuan untuk merawat jeragat. Tetapi, retinol agak popular kerana keberkesanannya yang terbukti secara saintifik dalam mengurangkan kesan penuaan dan kerosakkan kulit.
Walau bagaimanapun, setiap individu mungkin mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap produk tertentu. Sebab itu, cikpuan perlu berhati-hati memilih produk yang mengandungi retinol.
Sebaiknya jika cikpuan mempunyai kulit sensitif atau tidak tahan dengan kesan retinol, cikpuan boleh mencuba encapsulated retinol. Retinol ini dikatakan lebih berkesan dari retinol biasa kerana, ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam kulit.
Dengan ini, sel kulit dapat menyerap retinol dan ia tidak terbazir. Sel kulit tidak “terkejut” dan dapat bertahan sambil menyerap retinol. Kulit tidak mudah meradang jika cikpuan mengguna retinol jenis ini.
Bonus, jika retinol cikpuan mengandungi bahan-bahan yang bagus untuk kulit seperti anti-aging atau herba yang menyihatkan kulit.
Kulit menjadi halus dan cerah dengan lebih cepat dan selamat.
Apakah Retinol Terbaik Untuk Jeragat?
Jika cikpuan tercari serum retinol yang lembut dan selamat pada kulit, tetapi mampu mencerahkan jeragat, cubalah serum retinol dari NK Age-Reverse.
Ia adalah jenis nano retinol terkapsul iaitu saiz yang lebih kecil menyerap terus ke lapisan kulit dalam dan perlahan supaya kuli tidak mudah merengsa.
Tinggi bahan antioxidan dan tinggi dan Ekstract Cynanchum Atratu, membuatkan serum ini berkuasa memudarkan dan menghalang jeragat dengan risiko keradangan kulit yang rendah.
Hasil kajian lebih 10 tahun, ratusan wanita telah mengamalkannya sebagai booster kulit cantik, halus dan berseri.
Klik retinol untuk jeragat untuk info lanjut.