Tidak dinafikan sesetengah bahan di dalam produk sangat berkesan untuk pudarkan jeragat. Tetapi ia bukanlah bahan untuk hilangkan jeragat yang terbaik. Ini kerana, selepas jeragat pudar, kulit menjadi kering, sensitif, meradang dan sebagainya.
Penting untuk cikpuan pilih bahan terbaik merawat jeragat yang selamat dan berkesan. Berikut adalah antara bahan terbaik merawat jeragat.
1. Antara Bahan Untuk Hilangkan Jeragat Yang Tak Ramai Tahu
Roselle kini telah mendapat tempat di pasaran sebagai kesihatan dan kecantikan secara natural. Mana taknya, banyak kajian yang dilakukan termasuk universiti-universiti di Malaysia tentang fungsi dan kebaikan Roselle.
Kenapa Roselle dipilih sebagai bahan untuk hilangkan jeragat yang terbaik? Ini kerana, menurut Journal di luar negara, roselle mengandungi:
- Antosianin: Bahan ini mempunyai sifat antioksidan yang kuat, yang boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan mengurangkan pigmentasi.
- Flavonoid: Flavonoid seperti quercetin dan hibiscetin mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu memperbaiki dan melindungi kulit, serta mengurangkan hiperpigmentasi.
- Vitamin C: Roselle juga tinggi vitamin C, yang terkenal dengan keupayaannya untuk mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik-bintik gelap dengan menghalang pengeluaran melanin.
- Asid Fenolik: Terdiri dari protocatechuic acid dan caffeic acid mempunyai sifat antioksidan. Ia juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan mencerahkan kulit.
- Asid Sitrik: Asid organik ini boleh membantu pengelupasan kulit mati, memudahkan penghasilan sel kulit baru dan memperbaiki tekstur serta tona kulit.
- Saponin: Membantu membersihkan kulit secara mendalam dan memperbaiki keadaan kulit dengan membuang kotoran dan sel mati yang boleh menyebabkan pigmentasi.
Gabungan bahan-bahan ini menjadikan roselle berpotensi membantu mengurangkan jeragat dan memperbaiki kesihatan kulit secara keseluruhan.
Penggunaan produk berasaskan roselle atau ekstrak roselle dalam rutin penjagaan kulit boleh memberikan manfaat ini.
2. Bahan Hilangkan Jeragat Yang Melembabkan Kulit
Tsubaki terkenal di Jepun dan sifatnya yang tinggi pelembab. Namun, tak ramai wanita Malaysia yang tahu ia salah satu bahan untuk hilangkan jeragat yang luar biasa dan memberi pencerahan secara semulajadi kepada kulit.
Menurut kajian pada 2021, Tsubaki mampu mencerahkan jeragat kerana ia mengandungi kandungan yang menghalang pengeluaran Tyrosinase.
Aktiviti enzim tirosinasem ini berlaku dalam proses melanogenesis, iaitu penghasilan melanin dalam kulit. Melanin adalah pigmen yang memberi warna pada kulit, tetapi penghasilannya yang berlebihan boleh menyebabkan hiperpigmentasi seperti jeragat.
Berdasarkan kajian itu, bahan hilangkan jeragat ini dikatakan mengandungi anti-tirosinase yang kuat. Ia melindungi melanosit dari faktor-faktor yang merangsang penghasilan melanin secara berlebihan.
Ia boleh digunakan sebagai agen pemutih kulit yang berkesan, membantu kulit kelihatan lebih cerah dan berseri.
Antara kandungan lain:
- Asid Lemak: Asid oleik, linoleik, dan linolenik dalam ekstrak tsubaki menjaga kelembapan kulit dan memperbaiki penghalang kulit.
- Antioksidan: Vitamin E dan polifenol dalam ekstrak tsubaki melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan penuaan kulit.
- Vitamin dan Flavonoid: Vitamin A, vitamin B kompleks, dan flavonoid meransang pembaharuan sel kulit, mengurangkan keradangan, dan memberi kulit penampilan lebih cerah.
- Asid Amino: Asid amino dalam ekstrak tsubaki membantu memperbaiki tisu kulit dan merangsang regenerasi sel, mengurangkan tanda-tanda penuaan termasuk jeragat.
- Mineral: Kalsium, zink, dan selenium dalam ekstrak tsubaki menyokong kesihatan kulit dan membantu dalam proses penyembuhan.
Dengan kombinasi kandungan ini, ekstrak tsubaki membantu memudarkan jeragat dan menjaga kulit awet muda dengan memberikan kelembapan, perlindungan antioksidan, dan penggalakan regenerasi kulit.
3. Bahan Hilangkan Jeragat Yang Perlu Digunakan secara Berhati-Hati Namun Sangat Berkesan
Bahan untuk hilangkan jeragat ni agak popular, lagi-lagi untuk merawat masalah penuaan kulit.
Retinol adalah salah satu jenis dari vitamin A. Ia berupaya merangsang pengeluaran sel-sel baru kulit dan menggalakkan pengelupasan sel-sel kulit mati.
Kesan utama retinol terhadap jeragat termasuk:
- Merangsang Pembaharuan Kulit: Retinol meransang pengeluaran sel-sel baru kulit, membantu menggantikan sel-sel kulit yang lama dengan yang baru. Penampilan jeragat dapat dikurangkan, tekstur kulit semakin halus & bintik gelap semakin pudar.
- Mengurangkan Penghasilan Sebum: Membantu mengurangkan sebum, minyak semulajadi kulit.
- Mempercepatkan Penyembuhan: Bersifat anti-radang yang membantu meredakan kemerahan dan keradangan pada jeragat. Ia juga mempercepatkan proses penyembuhan kulit, membantu jeragat sembuh lebih cepat.
- Mencerah-Sekatakan Tona Kulit: Apabila pigmentasi yang berlebihan dikurangkan, kulit menjadi cerah sekata. Ini termasuk pengurangan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi yang sering berkaitan dengan jeragat.
- Mengurangkan Garis Halus dan Kedutan: Selain membantu dengan jeragat, retinol juga dikenali dengan kesan anti-penuaan. Ia boleh membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan lebih berseri.
Dengan penggunaan yang konsisten, produk yang mengandungi retinol boleh membantu mengurangkan penampilan jeragat dan meningkatkan keseluruhan kualiti kulit.
Walau bagaimanapun, penting untuk menggunakan retinol dengan berhati-hati dan memulakan dengan kepekatan yang rendah untuk mengelakkan sebarang reaksi kulit yang tidak diingini.
Adakah Skincare Anda Mengandungi Salah Satu Dari Bahan-Bahan Di Atas?
Kebaikan memilih bahan untuk hilangkan jeragat seperti yang disebutkan di atas sebenarnya bukanlah semata-mata dapat memudarkan jeragat, tetapi ia juga menjadikan kulit cikpuan sihat dan awet muda.
Berbanding bahan kimia yang berbahaya seperti hydroquinone, walaupun sangat bagus memudarkan jeragat, ia memberi kesan jangka panjang kepada kulit dan badan kita.
Cikpuan nak tak produk yang mengandungi bahan untuk hilangkan jeragat dan pada masa sama, mencantikkan dan menyihatkan kulit? 99% natural dan sangat lembut pada kulit.
Lebih 5 ribu wanita yang telah mendapat manfaat dari skincare ini.
Klik produk anti jeragat yang natural untuk info lanjut.