6 Cara Pilih Pencuci Muka Jeragat Terbaik

Hati-hati semasa memilih pencuci muka untuk jeragat. Salah pilih, jeragat akan keluar lebih banyak. Ketahui cara memilih pencuci muka jeragat terbaik.
pencuci muka jeraga terbaik

Pencuci muka adalah langkah pertama dalam skincare untuk memudarkan jeragat. Jadi, sangat penting untuk cikpuan pilih pencuci muka jeragat terbaik.

Dalam blog post ini, Nad akan berkongsi ciri-ciri untuk membantu cikpuan memilih pembersih muka supaya, jeragat pudar dengan mudah pada masa kulit menjadi sihat & cantik.

pencuci muka jeragat terbaik

1. Kenali Jenis Kulit Cikpuan

Jika cikpuan pernah terbaca artikel atau panduan memilih pencuci muka jeragat terbaik, cikpuan mungkin disarankan untuk memilih pencuci muka yang mengandungi bahan X atau Y. Nasihat ini separa betul.

Ini kerana sesetengah bahan yang dicadangkan akan menanggalkan lapisan kulit luar dengan cepat & agak keras. Ia memang akan pudarkan jeragat.

Tetapi, ada masalah lain pula timbul jika cikpuan yang berkulit sensitif. Kulit cikpuan akan meradang, mudah luka dan menjadi nipis. Bila ini terjadi, kulit cikpuan akan lebih terdedah kepada jeragat baru.

Cikpuan mungkin perasan jeragat makin pudar, tetapi tidak lama lepas tu jeragat baru pula timbul!

pencuci muka jeragat terbaik - jenis kulit

Jadi, untuk memilih pencuci muka jeragat terbaik ialah dengan mengenalpasti jenis kulit cikpuan.

2. Semak Bahan Di Dalam Pencuci Muka Jeragat Terbaik

Bila cikpuan sudah tahu jenis kulit muka cikpuan, boleh la kita lihat apakah bahan yang elok di dalam pencuci muka jeragat terbaik.

Untuk kulit jenis kering dan sensitif, cikpuan perlu elak asid salicylic atau bahan-bahan yang menyebabkan pengelupasan kulit secara keras seperti AHA atau BHA. Carilah pencuci muka yang natural dan lembut pada kulit wajah.

Manakala untuk kulit normal dan berminyak pula, cikpuan boleh mendapatkan pencuci muka yang mengandungi salah satu atau sebahagian dari bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahan ini sangat bagus dalam membantu pudarkan jeragat cikpuan:

  • Antioxidant: Membantu meneutralkan radikal bebas dari sinar uv yang menyebabkan penghasilan jeragat.
  • Vitamin C: Membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik-bintik gelap
  • Alpha Hydroxy Acids (AHAs): Seperti asid glikolik dan asid laktik, yang membantu mengelupas kulit dan mempercepat pembaharuan sel.
  • Beta Hydroxy Acids (BHAs): Seperti asid salisilik, yang membantu membuka liang-liang tersumbat dan mengurangkan pigmentasi.
  • Niacinamide (Vitamin B3): Mencerahkan kulit dan memperbaiki tona kulit.
  • Asid Kojic: Bahan pencerah yang berkesan untuk mengurangkan bintik-bintik gelap.
  • Ekstrak Licorice: Agen pencerah semula jadi yang membantu mengurangkan hiperpigmentasi.

3. Jika Nak Kulit Bebas Jeragat, Pilih Formulasi Lembut

Seperti point no. 1, jeragat akan menjadi lebih terus disebabkan keradangan dan iritasi kulit. Jika cikpuan perlu memilih formulasi mana dari mana-mana brand skincare, pilihla skincare yang selamat dan lembut pada kulit.

Maksudnya, pilih pencuci muka yang menyokong kulit sihat. Tidak menyebabkan kulit kering menggelupas, merah, nipis dan meradang. Contoh formulasi lembut ialah:

  1. Bebas daripada sulfat, SLS,
  2. Alkohol
  3. Pewangi tiruan
  4. Paraben

Formulasi yang lembut memastikan kulit cikspuan tidak kehilangan minyak semula jadi, yang boleh menyebabkan kerengsaan dan menjadikan jeragat atau hiperpigmentasi menjadi lebih teruk.

5. Elakkan Dari Menggunakan Sabun Bar

Kenapa pencuci muka berasaskan sabun kurang elok seperti sabun bar? Pencuci jenis ini mempunyai PH alkali yang berbeza dengan PH kulit (sedikit asid).

Jika cikpuan menggunakan sabun atau pencuci muka yang mempunyai PH alkali tinggi, ia akan mengganggu skin barrier kulit cikpuan (lapisan kulit luar). Jerawat dan iritasi akan mudah terjadi.

Cari pencuci muka yang mempunyai ph 5.5 atau lebih baik menggunakan natural surfactant.

Natural surfactant ini ialah bahan pencuci di dalam cleanser yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Contoh natural surfactant ialah:

Coco Glucoside:

Surfaktan semula jadi bukan ionik dengan pH alkali sekitar 12, lembut, berbuih, diperoleh daripada minyak kelapa dan gula buah, serta sepenuhnya terbiodegradasi.

Decyl Glucoside:

Surfaktan daripada minyak kelapa dan glukosa, sepenuhnya terbiodegradasi, mempunyai rantai lebih pendek daripada Coco Glucoside, menghasilkan buih yang lebih sedikit dan kurang stabil.

Lauryl Glucoside:

Surfaktan serupa dengan Coco dan Decyl Glucoside tetapi dengan rantai lebih panjang, lebih likat, mengambil masa lebih lama untuk berbuih, dan menghasilkan buih yang paling stabil.

Coco Betaine:

Surfaktan amfoterik lembut berasaskan kelapa dengan pH sekitar 6-8, sepenuhnya terbiodegradasi, meningkatkan buih dan kelikatan produk.

Disodium Laureth Sulfosuccinate:

Surfaktan anionik lembut dengan molekul besar yang tidak merengsakan kulit, sesuai untuk produk kulit sensitif.

5. Pelembab

Walaupun pelembab tidak membantu secara terus untuk memudarkan jeragat, tetapi, pelembab yang baik dapat menjadikan kulit sihat dan glowing. Ini dapat mengelakkan kulit kering dan iritasi.

Contoh pelembab yang baik ialah asid hyaluronik, aloe vera dan ekstrak tsubaki. Ekstrak tsubaki adalah pelembab yang bagus kerana ia bukan saya melembabkan kulit malah tinggi antioxidant.

6. Uji Pencuci Muka Dengan Patch Test: Ujian Keradangan

Sebelum sepenuhnya memasukkan pembersih baru ke dalam rutin cikpuan, lakukan ujian ini untuk memastikan ia tidak menyebabkan iritasi atau reaksi alahan.

Caranya mudah saja, cikpuan boleh menyapu sedikit pencuci muka di belakang telinga, leher, siku atau bawah lengan. Menurut American Academy of Dermatology Association, cikpuan boleh membiarkannya selama 5 minit sehingga lama mana yang disyorkan oleh jenama tersebut.

Maksudnya, jika cikpuan selalu mencuci muka selama 2-3 minit, cikpuan boleh membiarkan sekurang-kurangnya 5 minit. Jika lebih contoh 10 minit, biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.

Jika alami alahan, terus basuh serta merta dan elakkan menggunakannya.

Selain itu, cikpuan boleh memilih jenama yang mempunyai sijil Lab Tested dari Bioeconomy Corporation. Sijil ini memastikan yang skincare cikpuan guna bebas dari bahan toksik dan logam berat yang memudarat dalam jangka masa panjang.

Ramai Tidak Sedar Yang Punca Masalah Kulit Adalah Dari Pencuci Muka

Ya, tidak seperti pelembab, serum atau toner, pencuci muka akan dibersihkan serta merta. Jadi, ramai yang ingat pencuci muka tidak terlalu penting untuk kulit wajah sihat.

Pencuci muka yang keras bukan saja menyebabkan iritasi, malah skin barrier cikpuan akan mudah rosak. Pelembab semulajadi akan hilang dan kita terpaksa menyokongnya dengan pelembab, toner, berbagai-bagai krim pula.

Cuba cara ni untuk memudarkan jeragat cikpuan dengan lebih pantas, pada masa yang sama dapatkan kulit glowing.

Adakah Pencuci Muka Khas Untuk Pudarkan Jeragat Di Malaysia?

Pencuci muka khas untuk jeragat memang susah nak cari. Kebanyakkannya adalah mencuci muka dan tidak menyebabkan kulit kering. Tetapi, tahu tak cikpuan yang ada pencuci muka yang semasa kita membersih, nutrien tu akan menyerap ke dalam kulit, melembab dan mencerahkan jeragat?

Klik pencuci muka anti-jeragat untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!