Apakah Sunscreen Terbaik Untuk Jeragat?

Nak tahu sunscreen yang mana terbaik untuk jeragat? Jom baca post ni.
tips pilih sunscreen

Sunscreen terbaik untuk jeragat terdiri dari tekstur krim, spray dan cecair di dalam tiub. Ada yang “physical” & ada yang “chemical”. Kenapa ada banyak sunscreen? Ini kerana jenis sunscreen ni disebabkan ia memfokuskan kepada fungsi dia tersendiri.

Ada yang untuk wanita aktif dan selalu melakukan aktiviti di luar. Ada yang khas untuk kulit jenis kering, berminyak, sensitif dan sebagainya. Ada juga dipadankan dengan bedak supaya wanita mudah & cepat bersiap.

Untuk post kali ni, Nad nak sharekan suncreen terbaik untuk jeragat.

1. “Physical” Adalah Jenis Sunscreen Terbaik Untuk Jeragat

Kalau cikpuan pernah membaca post Nad sebelum ni, Nad tekankan tentang bahaya jenis chemical lagi-lagi jika kulit cikpuan sensitif. Ini kerana, jenis ini, ia akan menyerap ke dalam kulit dan menyerap kesan UV di bawah kulit dan ditukarkan kepada haba.

Tetapi, untuk topik jeragat ni, masih lagi Nad tekankan kepada physical. Sunscreen jenis physical menghalang di permukaan kulit. Untuk jenis chemical sinar uv ini akan tembus ke lapisan kulit dahulu baru diserap oleh sunscreen.

Jadi, dikatakan jenis physical akan menghalang sinar uv lebih banyak berbanding chemical.

Sunscreen Untuk Wanita Mengandung

Sangat digalakkan semasa cikpuan mengandung untuk memakai sunscreeen. Pada waktu ini hormon cikpuan mudah menyebabkan pengeluaran jeragat jenis melasma jika terdedah kepada cahaya matahari.

Namun, cikpuan perlu berhati-hati pada sunscreen yang tinggi bahan kimia dan jenis chemical. Ini kerana ia akan diserap ke dalam badan dan memberi kesan sampingan kepada cikpuan dan kandungan.

Jadi, sunscreen yang rendah bahan kimia, selamat & jenis physical adalah sunscreen terbaik untuk jeragat bagi wanita mengandung.

2. Jangan Lihat Pada SPF Semata-Mata

SPF (Faktor Perlindungan Matahari) sebenarnya melindungi kulit cikpuan dari sinar UVB sahaja. Jika cikpuan nak lindung dari UVA, penyebab jeragat, cikpuan perlu memilih broad spectrum.

Jadi jangan lupa aspek ini ya:

  • SPF 30 ke atas
  • Broad spectrum

sunscreen terbaik untuk jeragat

3. Pilih Sunscreen Yang Mengandungi Bahan Antioxidant

Sunscreen terbaik untuk jeragat ialah apabila berfungsi untuk menghalang jeragat baru tumbuh. Cikpuan akan nampak kesan pada jeragat jika konsisten menggunakannya.

Namun, masih ada kekurangan dalam sunscreen dalam merawat jeragat.

  • Sunscreen sendiri tidak boleh memudarkan jeragat yang sedia ada.
  • Sunscreen tidak boleh menghalang 100% sinar UV. Jadi sinar UV masih boleh menembusi dan menyebabkan jeragat sedikit.

Apa yang cikpuan boleh lakukan ialah dengan menggabungkan sunscreen terbaik untuk jeragat dan produk yang tinggi antioxidant di dalam pelembab mahupun sunscreen itu sendiri.

Ya, sekarang sudah ada sunscreen yang mengandungi bahan antioxidant yang dapat meneutralkan radikal bebas dari sinar uv. (penyebab jeragat).

Jadi, jika cikpuan gabungkan sunscreen dengan bahan-bahan ini, insya Allah, jeragat baru memang susah nak tumbuh, jeragat sedia ada akan beransur-ansur pudar.

sunscreen terbaik untuk jeragat

4. Pilih Sunscreen Yang Lembut Pada Kulit

Jika kulit cikpuan meradang bila memakai sunscreen, walaupun sudah lama penggunaannya, cikpuan mungkin perlu menukar sunscreen lain.

Jika ia menyebabkan jerawat, kemerahan atau radang pada kulit, cepat-cepat berhenti. Ini kerana, jerawat & luka akan menjadi parut atau jeragat PIH (post-inflammatory hyperpigmentation). Ia mengambil masa yang lama untuk pudar.

Jadi, pilih sunscreen yang natural atau rendah bahan kimia ya. Tiada pewangi tiruan, paraben dan sebagainya.

5. Sunscreen melalui makanan

Mengambil nutrien tertentu dapat meneutralkan radikal bebas di dalam kulit secara semulajadi. Kalau cikpuan gabungkan pemakaian sunscreen yang betul dan makanan ini, tak mustahil, kulit cikpuan akan bersinar walaupun sudah berusia!

sunscreen terbaik untuk jeragat melalui makanan

Berikut adalah contoh makanan yang sangat bagus untuk kesihatan kulit:

Beta karoten

Makanan kaya dengan Beta-karoten: Lobak merah, ubi keledek, lada merah, labu semuanya mengandungi beta-karoten. Mengambil makanan yang kaya dengan beta-karoten juga memberikan kulit cikpuan kilauan semulajadi yang sihat.

Vitamin C

Roselle, Brokoli, lada bengala, dan limau semuanya mengandungi vitamin C yang terkenal dengan kemampuannya untuk menjaga kesihatan kulit. Ia penting untuk penghasilan kolagen dan penyembuhan kulit.

Lycopene

Tomato, terutamanya apabila dimasak, memberikan antioksidan yang kuat ini. Menambah minyak zaitun ke hidangan tomato cikpuan dapat meningkatkan penyerapannya.

Vitamin E

Kekacang seperti badam dan kacang tanah mengandungi vitamin E, begitu juga dengan biji bunga matahari. Cikpuan juga boleh mengambil suplemen, jika cikpuan mendapat jumlah yang mencukupi dari diet cikpuan.

Astaxanthin

Menurut artikel kajian Mar Drugs, Salmon, udang dan ketam adalah sumber yang baik. Cikpuan juga boleh dapatkan dalam bentuk suplemen. Astaxanthin sangat bagus untuk kulit yang sihat dan dapat melindungi dari sinar UV.

Omega 3

Ikan seperti sardine, salmon dan mackerel mengandungi omega 3. Selain itu, ia juga boleh didapati dari tumbuhan seperti flaxseed, chia seed dan walnut.

Catechins: Teh hijau, teh putih, dan kopi semuanya mempunyai sifat perlindungan matahari apabila diminum secara berkala.

Kesimpulan

Semoga post ni dapat memberi panduan pada cikpuan yang nak pilih sunscreen terbaik untuk jeragat. Ada satu sunscreen yang bersifat natural dan tinggi antioxidant. Ia hasil kajian di UTM lebih dari 10 tahun.

Teksturnya lembut dan ia adalah serum based sesuai untuk cikpuan yang pudarkan jeragat dengan selamat dan sihat.

Klik NK Age-Reverse Sunscreen untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!