Tips pilih produk untuk jeragat [Part2] No. 2 kesilapan yang buatkan Nad rugi ribuan ringgit.

Nad teringat satu produk untuk jeragat dari Korea yang agak terkenal. Tapi bila dah beli dan gunakan, baru Nad tersedar satu perkara. Harap cikpuan tak ulang kesilapan yang Nad buat ni.
produk untuk jeragat part 2

Dalam post post Tips Kenalpasti Produk Untuk Jeragat Yang Terbaik [Part 1], cikpuan ketahui 6 tips memilih produk untuk jeragat. Dan jika cikpuan dapat penuhi ciri2 dalam part 1, cikpuan mungkin dapat selamatkan diri dari salah produk, kena scam dan  kulit rosak.

Dalam post kalini, Nad nak sambung 4 lagi point penting sebagai panduan cikpuan dalam memilih jenama tak kira dalam atau luar negara, tak kira murah atau mahal.

Pastikan cikpuan baca sampai habis sebab Nad nak bagi special gift khas untuk cikpuan.

1. Kajian / research yang dilakukan oleh produk untuk jeragat

Ia memfokuskan tentang keberkesanan dan kualiti skincare oleh jenama itu. Adakah ramuan yang dikatakan berkesan itu melalui kajian?

tips kenalpasti produk untuk jeragat - kredibiliti

Adakah bahan yang digunakan dalam produk untuk jeragat adalah yang terbaik? Kalau boleh cikpuan carilah jenama yang menyokong klain keberkesanan produk mereka dengan kajian saintifik atau ujian klinikal yang diterbitkan.

Perika maklumat untuk mengetahui untuk mengetahui jika terdapat penyelidikan yang menyokong keberkesanan bahan-bahan tertentu. Keberkesanan produk yang disokong oleh bukti saintifik menunjukkan integrity dan ketelusan jenama terhadap produk mereka.

 2. Penarikan lesen atau kontroversi mengenai jenama

Orang kata bad publicity is still publicity. Namun, Nad kurang gemar dengan publisiti yang menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu kaum, budaya, agama semata-mata ingin meraih populariti.

Nad teringat ada seorang bijak pandai berpesan bahawa benda yang negative memang akan menarik orang lebih dari benda positif, tapi ia akan memberikan impak negatif. 

Jadi, jika cik puan pernah membaca sejarah jenama mempunyai skandal besar, kontroversi, atau isu keselamatan, cepat-cepatla selamatkan diri cikpuan. Selain dari itu, jika lessen KKM ditarik balik, cikpuan perlu berhati-hati dengan produk tersebut kerana ia mungkin mengandungi bahan terlarang.

Nad nasihatkan, kalau terbaca tentang jenama-jenama seperti ini, wajarlah sama-sama sebarkan supaya takda yang terpedaya dan terbeli produk tersebut.

3. Layanan selepas pembelian

Cikpuan pernah membeli produk yang apabila membuat pembayaran, penjual senyap. Mesti cikpuan tertunggu2, apa yang terjadi kepada barang dan duit cikpuan, bukan?

Jadi, untuk elakkan situasi seperti ini, cikpuan perlu melihat cara penjual/jenama kedai memberi layanan kepada pelanggan mereka.

Semak sama ada jenama tersebut mempunyai platform komunikasi yang baik seperti meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi untuk membantu pengguna dengan sebarang pertanyaan atau kebimbangan selepas pembelian.

Keupayaan jenama memberikan sokongan selepas pembelian mencerminkan tanggungjawab mereka
terhadap kepuasan pelanggan.

tips kenalpasti produk untuk jeragat

4. Adakah produk itu memberi info tentang kesihatan dan kecantikan kulit?

Untuk dapatkan kulit sihat dan berseri, bukan hanya dari pemakaian produk semata-mata. Jadi, cikpuan perlu diberi info dari masa ke masa untuk dapatkan kulit idaman.

Apa yang Nad boleh cakap ia adalah perjalanan yang panjang tapi berbaloi. Lagi-lagi bila cikpuan nampak perubahan dan cikpuan boleh keluar dengan wajah natural tanpa solekan dan tidak segan dengan keadaan kulit muka

Jadi, pilihlah jenama yang tidak hanya menjual produk tetapi juga memberikan maklumat yang berguna tentang kesihatan kulit, rutin kecantikan, dan petua penjagaan kulit.

Laman web atau blog jenama yang menyediakan artikel berkualiti dapat membantu cikpuan memahami cara terbaik untuk merawat kulit anda dan memaksimakan keberkesanan produk tersebut.

Semoga perkongsian ni dapat membantu cikpuan mengelakkan dari tersilap beli produk. Sesetengah produk ini memang menarik untuk dicuba. Lagi-lagi kita yang ada masalah kulit ni. Nad faham sebab Nad pun macam ni dulu.

Ingat ni: Penuhi kriteria-kriteria yang disebutkan di dalam post ni.

Seperti yang Nad janjikan, cikpuan boleh download checklist tips kenalpasti produk untuk jeragat terbaik di sini. Cikpuan perlu isi no. telefon dan akan diberi link untuk download

Next, apa produk yang diperlukan oleh cikpuan mula pudarkan jeragat? Cikpuan boleh mula dengan yang asas dulu.

Dan sebenarnya cikpuan tidak perlu banyak produk untuk pudarkan jeragat. Jemput baca cara pilih skincare untuk hilangkan jeragat ni sebelum mula mencari skincare yang sesuai untuk cikpuan.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kenali tahap penuaan kulit wajah cikpuan

Dapatkan ebook ni secara PERCUMA dan semak tanda-tanda penuaan ni di wajah cikpuan. Cikpuan juga akan diberi tips & cara-cara untuk merawat kesan penuaan ni secara selamat & holistik.