Terdapat lambakan jenama di pasaran yang menjanjikan kesan yang sama. Macam mana nak pilih produk untuk jeragat berdasarkan jenama yang terbaik?
Nad ni lepas habis SPM, hampir semua produk di drugstore nak cuba. Yang timbang kilo ape tah lagi. Bila tengok brand itu dan packaging menarik, ada banyak testimoni, seller pun menyakinkan, Nad pun grab je.
Kesannya, kulit Nad yang dulu takde masalah langsung, kini tak tahan kalau Nad silap sikit. Jadi lebih sensitive dan senang meradang.
Jadi, dalam post ni Nad nak share dengan cikpuan tips kenalpasti produk untuk jeragat terbaik supaya cikpuan dapat kurangkan risiko buang duit, masa dan kulit rosak akibat salah pilih brand.
1. Semak kredibiliti produk untuk jeragat pilihan anda
Brand yang famous tidak semestinya terbaik dan sebaliknya. Apa yang boleh lakukan ialah pilih jenama yang mempunyai kredibiliti. Berapa lama ia bertapak? Ada terima pengiktirafan? Membuat publisiti murahan atau provokasi untuk mencipta kontroversi semata-mata ingin popular?
Pengiktirafan adalah seperti mendapat sijil KKM, lab tested dan sokongan kajian. Nad akan kupas di point no.4.
2. Tiada maklumat tentang bahan-bahan di dalam produk
Kebanyakkan produk untuk jeragat jenis timbang kilo jarang memaparkan bahan-bahan di dalam produk mereka. Label pada produk hanyalah nama dan beberapa logo untuk meyakinkan orang ramai. Tapi apa yang diletak? Cikpuan dan Nad pun tak tahu.
Antara sebab-sebabnya ialah mereka taknak cikpuan tahu bahan-bahannya adalah berbahaya dan mereka sendiri pun tak tahu apa yang ada di dalam skincare itu. Mereka hanya memberitahu ramuan/ campuran ekslusif yang mampu pudarkan jeragat seawall 3 hari!
Akibatnya, kulit cikpuan mungkin cerah pada mulanya. Tetapi, kesan jangka masa panjangnya lebih teruk kerana mengganggu kesihatan badan dan kesuburan.
3. Testimoni yang meragukan
Ada berita awal tahun ni tentang surat terbuka oleh bekas penjual kosmetik timbang kilo mengatakan yang kebanyakkan testimoni adalah hasil dari rekaan mereka sendiri. Mereka memalsukan testimoni melalui whatsapp dan menyebarkan supaya ramai wanita terpedaya.
Ada juga gambar testimoni yang diambil dalam bilik keadaan gelap (sebelum) dan keadaan bercahaya (good lighting) selepas untuk menunjukkan perubahan kecerahan kulit.
Selain itu, ada testimoni yang sebelum tidak memakai mekap atau foundation, dan selepas memakai bedak tebal. Testimoni ini membuatkan ramai percaya yang produk itu memberikan kesan dan habis duit mereka hangus.
4. Mendapat kelulusan dan pengiktirafan
Semua produk untuk jeragat akan mengatakan produk mereka nombor 1. Ini kerena mereka percaya produk mereka terbaik.
Tapi cikpuan perlu berhati-hati, kerana ada tidak semua yang terbaik adalah terbaik. Jadi, jenama itu perlu memberi sokongan seperti pengiktirafan untuk menunjukkan yang mereka terbaik.
Contohnya, jika bahan itu bersaiz nano (supaya nutrient mudah meresap) produk untuk jeragat itu perlulah memberikan dokumen sokongan atau kelulusan mengatakan bahannya bersaiz nano.
Jika ia bebas toksik, ia perlula membuat Lab tested mengatakan bebas dari logam berat dan toksik.
Jika cikpuan ingin pilih produk yang terbaik, tengokla anugerah atau pengiktirafan apa yang jenama itu peroleh. Pilih jenama yang produknya telah disahkan atau mendapat pengiktirafan dari badan pengawal selia atau organisasi kesihatan yang berwibawa.
Semak logo atau label persetujuan kerajaan untuk meyakinkan bahawa produk tersebut memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Selain dari bukti untuk mengatakan produk mereka terbaik untuk cikpuan, pendapat Nad ialah, jenama itu sangat bersungguh-sungguh untuk menghasilkan yang terbaik untuk cikpuan. Ini kerana, bukan senang untuk memohon dan menyertai pertandingan2 ini.
Jadi, kalau cikpuan jumpa jenama yang memenangi award, jangan lepaskan kerana ia bersungguh2 untuk hasilkan yang terbaik kepada pelanggannya (cikpuan).
5. Adakah berbaloi atau memenuhi bajet anda?
Murah atau berbaloi? Ya, mungkin ada yang cakap, kenapa perlu beli yang mahal, sedangkan ada jenama yang lebih murah. Tetapi cikpuan perlu ingat, adakah dengan membeli yang murah, ia berbaloi untuk kesan jangka panjang?
Sesetengah produk yang lebih murah akan memfokuskan kepada masalah kulit secara khusus. Contohnya, untuk mencerahkan kulit, untuk kulit kering, untuk kulit berminyak. Untuk krim mata, untuk masker, untuk toner.
Tapi bagaimana pula yang mempunyai masalah kusam dan berminyak sekaligus? Bila ditambah ia menjadi lebih mahal dan kulit susah nak serasi kerana ada bahan-bahan yang bercanggah antara satu sama lain.
Inilah penyebab kenapa Nad letak balik skincare jenama Korea itu. Apabila ditambah tolak dan melihat kepada bahan-bahannya, ia sebenarnya lebih mahal dan tidak berbaloi.
Jadi, macam mana cikpuan nak buat pilihan? Formula mudah bagi Nad ialah Kulit sihat = kulit cantik. Sihatkan kulit dahulu.
Cari bahan pencerah yang selamat dan nutrient yang menyihatkan kulit cikpuan, insya Allah kulit akan glowing berseri.
Walaupon produk tu nampak mahal, sebenarnya ia jauh lebih murah jika cikpuan dapat selesaikan beberapa masalah sekaligus menggunakan 1 siri sahaja.
Tetapi, apa-apa pun, fikir bajet bulanan cikpuan dahulu. Jika ia melebihi bajet, Sesuaikan pilihan cikpuan dengan bajet.
Insya Allah, apabila taraf hidup cikpuan sudah meningkat nanti, cikpuan bolehla ‘upgrade’ rutin penjagaan muka cikpuan!
Setakat ini sahaja untuk part 1. Ada 4 point lagi yang penting di dalam post seterusnya. Nad juga akan sharekan checklist sebagai panduan cikpuan untuk memilih jenama yang terbaik. Klik part 2 untuk baca post seterusnya.