5 Cara penjagaan muka untuk wanita 30an

Apabila usia menginjak 30an, kehidupan semakin sibuk. Banyak benda nak fikir dan buat! Sampai terlupa yang waktu ni, kulit kita dah kurang bekerja berbanding awal 20an. Jadi, apakah cara penjagaan muka yang terbaik untuk usia begini?
Cara Penjagaan Muka

Kalau cikpuan sudah masuk 30an dan perasan keadaan kulit wajah tak seperti yang diharapkan, inilah masanya untuk cikpuan serius dalam penjagaan kulit wajah.

Dengan produk yang sesuai dan rutin cara penjagaan muka yang betul, cikpuan boleh mendapatkan hasil yang cikpuan impikan selama ni.

Apakah perubahan kepada kulit selepas 35 tahun?

Pada waktu ni, kalau cikpuan perasan, terdapat beberapa perubahan kepada badan dan kulit wajah cikpuan.

Cikpuan mungkin perlukan tidur yang lebih, mungkin sesetengah makanan yang cikpuan nikmati dulu, kini tidak lagi kerana alahan atau perut tak selesa.

Atau mungkin cikpuan mula perasan kulit makin kering, sensitif atau senang tumbuh jerawat? Belum lagi, bintik-bintik aneh muncul tanpa sebab yang jelas.

Semua ni normal kerana apabila usia kita meningkat, keupayaan badan untuk meneutralkan radikal bebas (penyebab penuaan) dan menghasilkan sel-sel baru menurun. Antara masalah yang sering dihadapi oleh wanita apabila menginjak 35 tahun ke atas ialah:

Kulit mudah kusam

Cikpuan mungkin perasan kulit cikpuan kelihatan agak kusam. Pada usia 30-an, sel-sel kulit baru muncul setiap 28-35 hari, (lebih lama) berbanding sebelum ini yang pertukaran sel kulit berlaku setiap 14 hari atau lebih ketika cikpuan masih kanak-kanak.

Apabila ini terjadi, sel-sel kulit mati berkumpul di atas permukaan kulit dengan lebih lama sehingga sel-sel baru terhasil. Keadaan ini mengganggu pantulan cahaya ke kulit. Kulit menjadi kusam dan tidak glowing.

cara penjagaan kulit wajah

Kulit tidak menjadi tegang seperti sebelum ini. 

Disebabkan faktor usia, pertukaran sel kulit baru semakin perlahan. Ini menyebabkan:  

  • Kulit semakin sukar untuk pulih daripada inflamasi pada usia ini.
  • Kolagen dan elastin, protein penting menyokong dan menjadi kulit tegang dan anjal, mudah untuk rosak dengan lebih cepat. Badan pula semakin kurang menghasilkannya.
  • Kandungan asid hyaluronik, yang menjaga keanjalan kulit, mula berkurangan.
  • Perubahan pada kulit seperti kedutan di dahi, garis-garis mata, beg di bawah mata, dan lipatan nasolabial (garisan di antara mulut dan hidung) menjadi lebih ketara.
  • Perubahan hormon, terutamanya kehilangan estrogen, menyebabkan kehilangan isi dan jisim tulang di beberapa bahagian wajah.

Kulit menjadi kering. Sangat kering.

Jika cara penjagaan muka cikpuan tak betul, Antara kesan lain dari pertukarang sel kulit yang perlahan adalah lapisan permukaan kulit sukar untuk kekal lembap secara semulajadi. 

Disebabkan sel-sel kulit di permukaan berada jangka masa yang lebih lama sehingga sel kulit baru terhasil, sel-sel kulit ini menjadi kasar, kering dan berkuping apabila terdedah kepada udara. Penghasilan asid hyaluronik juga berkurangan disebabkan faktor usia menyebabkan kulit mudah menjadi kering.

Senang naik jerawat cyst

Untuk cikpuan yang pernah menderita masalah jerawat macam Nad mungkin benda ni biasa. Tapi, untuk yang tidak ada masalah jerawat, tiba-tiba ada, jangan terkejut. Ini adalah tanda-tanda normal perubahan kulit apabila menginjak usia 35 tahun. 

Untuk masalah hormon, cikpuan perlu kenalpasti punca perubahan hormon cikpuan. Contohnya, adakah cikpuan sedang mengambil pil perancang, sedang mengandung ataupun mungkin cikpuan sedang mengalami tekanan perasaaan disebabkan kerja, keluarga atau rakan-rakan?

Cuba kurangkan atau atasi masalah perubahan hormon ini dahulu. Pastikan hormon cikpuan dalam keadaan sihat dan stabil.

hormon mempengaruhi jerawat

Walaupun cikpuan mengalami masalah hormon yang tidak stabil, cikpuan masih perlu mengamalkan cara penjagaan muka yang sesuai. Pemilihan skincare yang tepat mengikut jenis kulit dan umur. Kalau cikpuan nak tahu, kulit matang kurang tahan lasak berbanding kulit remaja dan pertukaran sel kulit berlaku lebih perlahan.

Oleh itu, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk melihat kesan. Disebabkan ini, ramai wanita berlumba-lumba mencari produk yang lebih kuat bahannya untuk melihat kesan yang lebih cepat.

Tetapi, bahan yang keras terhadap kulit di dalam produk menyebabkan kulit mudah luka, nipis dan sensitif.

cara penjagaan muka

Bintik hitam tiba-tiba muncul

Cikpuan nak bersiap untuk kenduri sekejap lagi, tiba-tiba, cikpuan perasan ada bintik-bintik hitam muncul. Sejak dari hari tu, cikpuan rasa degilnya bintik hitam ni. 

Dengan terdedahnya kulit kepada matahari dari cikpuan remaja sehingga sekarang, sel-sel yang menghasilkan melanin (warna gelap jeragat) di bawah kulit diransang. Apabila melanin ini banyak dan tiba masa naik ke permukaan, jadilah bintik-bintik hitam di kulit cikpuan.

Cara-cara penjagaan muka bagi wanita 30an.

Berikut adalah cara penjagaan muka untuk wanita yang berusia 30 tahun ke atas.

1.Rutin Skincare harian yang sesuai dan selamat

Memang tak boleh disangkal lagi, kalau cikpuan nak kulit muka yang sihat dan cantik, cikpuan perlu amalkan cara penjagaan muka yang betul. Rutin ini tidak perlu kompleks, lagi-lagi yang tiada masalah wajah yang serius. Cukup dengan 3+1 item ini.

  • Pencuci wajah yang lembut pada kulit (bonus kalau mengandungi anti-oxidan)
  • Pelembab –  Memberi kelembapan kepada kulit. (Pilih yang mengandungi asid hyaluronik)
  • Sunscreen – Melindungi kulit dari sinar UV, penyebab utama penuaan dan kerosakkan kulit. (Pilih jenis fizikal kerana ia lebih selamat)
  • Serum anti-penuaan – Ini adalah optional. Tambahan untuk cikpuan yang mempunyai masalah kulit yang lebih serius, ingin atasinya lebih cepat atau inginkan booster tambahan kepada kulit. (Saranan, boleh tambahkan serum yang mengandungi retinol dan vitamin C untuk anti-penuaan)

2. Antioxidan

Apa kaitan antioxidan dengan cara penjagaan muka? Sebelum tu, Nad nak share sedikit tentang macam mana proses penuaan kulit berlaku. 

Penuaan kulit berlaku kerana sel-sel kulit ini tidak dapat dibaiki sepenuhnya oleh badan apabila radikal bebas menyerang. Semakin banyak sel-sel yang rosak, semakin cepat penuaan berlaku. Kulit menjadi kendur, kusam, jeragat mudah terhasil dan sebagainya.

Sebab itu, banyak saranan untuk kita mengambil makanan, supplement dan juga skincare yang mengandungi tinggi anti-oxidan. Sebenarnya ia bukan sahaja bagus kepada kulit, tetapi kepada badan keseluruhan.

makanan yang tinggi antioxidan

Vitamin C – Bahan antioksidan yang mencerahkan kulit cikpuan dan membaiki tekstur kulit cikpuan. Vitamin C juga meransang penghasilan kolagen yang mana mengurangkan garis halus dan kedutan.

Ekstrak Tsubaki: Camellia japonica, yang juga dikenali sebagai “Tsubaki,” adalah bentuk asli Jepun daripada tumbuhan Camellia. Ia adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, vitaminndan asid lemak Omega-6. Bahan-bahan ini boleh memberikan manfaat peningkatan kulit seperti perlindungan antioksidan dan sifat pelembap.

Vitamin E – Bahan antioksidan yang melindungi kulit cikpuan dari kesan persekitaran dan dapat menguatkan lapisan kulit luar (skin barrier) cikpuan.

Koenzim Q10 – Bahan antioksidan yang wujud secara semulajadi dalam tubuh, koenzim Q10 dapat membantu melindungi kulit cikpuan dari teroksida dan rosak. Keadaan kulit keseluruhan dapat diperbaiki.

Ekstrak Teh Hijau – Kaya dengan antioksidan yang dipanggil “catechins”, ia melindungi kulit cikpuan dari kerosakan sinar UV dan mebaiki penampilannya secara keseluruhan.

Niacinamide – Juga dikenali sebagai vitamin B3, bahan antioksidan yang menyokong lapisan kulit luar (skin barrier) dan mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. Ia juga bersifat anti-radang yang berupaya melegakan keradangan kulit.

Cuba ambil makanan, skincare ataupun supplement yang tinggi anti-oxidan untuk menyihatkan dan mencantikkan kulit, ya!

air kosong untuk kulit

3. Air kosong

Kebaikan meminum air kosong tidak dapat disangkal lagi. Selain dari badan menjadi sihat, toxic dapat dikeluarkan, ia juga sangat bagus untuk kulit. Minum air kosong yang cukup dapat mengurangkan garis halus, melembabkan kulit dan meredakan jerawat.

4. Tidur berkualiti & cukup

Antara cara penjagaan muka yang paling penting ialah tidur. Tidur yang berkualiti di antara 7- 8 jam dan awal sangat bagus untuk kulit.

Kelembapan kulit terjaga, dapat mengurangkan eyebag, melambatkan penuaan seperti kedutan dan garis halus dan  kulit menjadi glowing. Serum dan pelembab cikpuan pakai pun akan lebih berkesan jika cikpuan dapatkan tidur yang cukup.

5. Semak bahan di dalam skincare

Pada usia sekarang, mungkin kita tidak sesuai untuk menggunakan skincare yang hype semata-mata. Skincare hype ni nampak menarik dan sangat popular dikalangan golongan mudah. Harga yang lebih murah dan kesan sangat cepat.

Kebanyakkan wanita muda sukakan kulit yang putih pucat. Semakin putih pada pendapat mereka semakin cantik. Tapi, produk-produk sebegini selalunya mengandungi bahan sintetik yang tinggi.

Kelebihan untuk golongan muda mencuba ini adalah, apabila kulit muka rosak, kadar penyembuhan mereka lebih cepat berbanding kita yang berumur lewat 30an dan ke atas.

bahan di dalam skincare

Jadi, sangat penting untuk cikpuan semak dahulu bahan-bahan di dalam skincare samada ia selamat dan berkualiti. Pada waktu begini, kita mudah terdedah dengan pelbagai masalah kulit seperti garis halus, kendur, jeragat dan sebagainya.

Pilihla produk yang rendah bahan sintetik ataupun produk natural. Ia bukan sahaja selamat kepada kulit, tetapi ia menjadikan kulit cantik semulajadi.

6. Senaman

Cikpuan boleh pilih mana-mana aktiviti mengeluarkan peluh. Berjogging, berbasikal mahupun zumba di dalam rumah. Asalkan cikpuan bergerak. Setkan masa setiap hari atau setiap minggu. Jadikan ia KPI sehingga ia menjadi kebiasaan / tabiat kita setiap hari. 

Kesimpulan

Jika cikpuan serius nak dapatkan kulit yang lebih muda, sihat dan berseri, cuba amalkan tip-tips di atas. Kulit yang sihat sama seperti penjagaan badan yang lain. Ia perlu dilakukan setiap hari dengan konsisten, nanti cikpuan akan nampak hasilnya.

Salah satu skincare yang mengandungi bahan antipenuaan yang tinggi ialah NK Age-Reverse. Ia dihasilkan oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Dr. Siti Hamidah di UTM. Berminat nak dapatkan kulit sihat, muda dan berseri?

Klik NK Age-Reverse Skincare untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Kenali tahap penuaan kulit wajah cikpuan

Dapatkan ebook ni secara PERCUMA dan semak tanda-tanda penuaan ni di wajah cikpuan. Cikpuan juga akan diberi tips & cara-cara untuk merawat kesan penuaan ni secara selamat & holistik.