Kenapa kulit selalu ada masalah dan nampak kusam? Mungkin cikpuan terlupa tentang penjagaan lapisan kulit paling luar ni.
Jadi dalam posting ni, Nad nak sharekan sedikit tentang lapisan kulit paling luar dan fungsinya supaya cikpuan lebih faham tentang macam mana nak dapatkan kulit glowing & sihat.
Lapisan Kulit Paling Luar: Epidermis
Epidermis merupakan paling luar dari ketiga lapisan kulit. Ketebalannya bergantung kepada kawasan tubuh manusia seperti ia agak nipis di kelopak mata (0.5 mm) dan tebal di tapak tangan (1.5 mm).
Sebab tu ada kawasan kulit yang lebih sensitif dari yang lain. Sebab tu jugalah, sesetengah pencuci tangan kurang sesuai untuk kita gunakan di bahagian muka.
5 Lapisan Epidermis Yang Ramai Tak Tahu
- Stratum basale
- Stratum spinosum
- Stratum granulosum
- Stratum lucidum
- Stratum korneum
Stratum basale: Ia adalah sel yang paling bawah sekali di dalam epidermis. Dikenali juga sebagai lapisan sel basal. Lapisan ini mengandungi sel-sel basal yang merangsang sel-sel lama ke permukaan kulit.
Sel-sel lama menjadi rata dan akhirnya menjadi sel kulit mati dan tertanggal. Begitulah aturan yang seterusnya.
Di sini terdapat Sel Merkel dan Melanocytes . Sel Merkel berkait rapat dengan saraf. Manakalai Melanocytes pula sel yang menghasilkan pigmen (melanin) gelapnya warna kulit. Penyebab jeragat.
Stratum spinosum: Lapisan kulit yang paling tebal. Lapisan ni yang membuatkan kulit anjal dan strukturnya kukuh. Ia mengandungi Sel Langerhans yang dapat mencegah jangkitan.
Stratum granulosum: Lapisan ini menghasilkan Keratinocytes yang akan timbul ke permukaan kulit (Stratum korneum). Keratinocytes ini bersifat waterproof. Cecair atau bahan tidak boleh keluar masuk melintasi Keratinocytes.
Stratum lucidum: Lapisan ini hanya ada di tapak tangan dan tapak kaki. Fungsinya adalah melindungi kawasan yang selalu ada sentuhan iaitu tapak tangan dan kaki.
Stratum korneum: Merupakan lapisan paling luar yang akan tertanggal setiap dua minggu. Ia yang kita selalu gelar sel kulit mati. Di sini terdapatnya Keratinocytes yang matang.
Fungsinya utama adalah menghalang bahan yang tak diingini dari luar keluar masuk dari badan seperti cecair dan bendasing.
Di sini juga terdapat asid mantle yang berupaya untuk melawan bakteria yang menyebabkan jerawat di permukaan kulit.
Lapisan ini melindungi sel-sel kulit dari kesan sinar UV.
Kenapa penting menjaga lapisan kulit paling luar
- Kelembapan kulit kerana ia menghalang air dari keluar masuk ke badan.
- Melawan bakteria jahat dengan adanya acid mantle di permukaan kulit.
- Melindungi sel-sel kulit dan badan dari sinar UV.
- Melindungi kulit dan badan daripada jangkitan kuman yang menyebabkan keradangan kulit.
Cara Menjaga Lapisan Kulit Paling Luar
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesihatan kulit secara keseluruhannya seperti pemakanan dan persekitaran. Tapi ramai terlepas pandang dalam pemilihan skincare.
Skincare yang salah menyebabkan lapisan kulit paling luar ini mudah rosak, kering dan menjadi kusam. Terdapat banyak bahan di pasaran yang dikatakan bagus dalam merawat lapisan kulit paling luar atau skin barrier.
Namun pada masa yang sama mereka juga meletakkan bahan-bahan sintetik yang mana akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap kulit seperti paraben, SLS dan alkohol.
Yang paling penting ialah memastikan bahan di dalam skincare kita itu selamat digunakan.
P/s: Inginkan skincare yang menjaga lapisan kulit paling luar, bebas bahan toksik & bersifat natural? Dapatkan di sini. Klik skincare natural antipenuaan sekarang.