Pudarkan Jeragat Secara Traditional

Masih lagi ramai di antara cikpuan mengamalkan petua untuk kecantikkan kulit. Tapi sejauh mana keberkesanannya jom baca pudarkan jeragat secara traditional.
Pudarkan jeragat secara traditional

Sesetengah dari cikpuan mungkin sudah arif tentang cara pudarkan jeragat secara traditional yang diwarisi dari nenek moyang cikpuan.

Tapi, masih ada di antara cikpuan masih juga tercari-cari petua yang sesuai untuk pudarakan jeragat yang dah lama bertapak di wajah tu.

Pudarkan jeragat secara traditional

Pudarkan jeragat secara tradisional sangat membantu untuk sesetengah orang lagi-lagi jika mereka tiada masalah kulit yang serius atau alahan kepada bahan-bahan tertentu.

Kesannya mungkin mengambil masa yang panjang untuk kita nampak hasilnya. Pendek kata, kuncinya ialah sabar dan konsisten.

Apa yang boleh cikpuan lakukan ialah cikpuan boleh jadikan petua ini sebagai penambah kepada rutin penjagaan wajah (skincare) yang cikpuan amalkan setiap hari.  

Jadi, jom ketahui cara pudarkan jeragat secara traditional.

Pudarkan jeragat secara traditional dengan bahan dapur

Apa yang ‘best’ tentang petua ni ialah ia mudah didapati. Cumanya, cikpuan perlu membancuh sedikit bahan-bahan ini kerana kepekatannya agak keras jika terkena kulit secara terus.

Berikut adalah bahan-bahan yang boleh pudarkan jeragat secara traditional:

Baking Soda

Baking soda terkenal dengan sifatnya yang mencerah atau bleaching. Caranya ialah, cikpuan campurkan dengan bahan-bahan lain seperti air ros, susu atau madu. 

Pudarkan jeragat secara traditional - sodium bikarbonat

Jangan terlalu pekat, dan ratakan ke atas wajah. Biar selama 1-2 minit dan bilas. Amaran, bahan ini boleh memberi alahan kepada kulit sensitif kerana ia akan menyebabkan pengelupasan. Amalkan 1-2 minggu sekali. 

Kunyit

Menurut kajian dijalankan pada tahun 2012, kunyit dapat mengurangkan sintesis melanin. Bahan aktif yang dipanggil curcumin mempunyai keupayaan untuk menghalang enzyme tyrosinase,yang mana, melanin berkurang dan kulit menjadi cerah.

Kunyit - Pudarkan jeragat secara traditional

Cara-caranya ialah campurkan kunyit dengan madu atau perahan lemon. Campurkan air jika terlalu pekat. Ratakan ke atas muka sebagai mask muka. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Bilas. Kekuranganya ialah kesan kunyit boleh melekat pada wajah.

Lemon

lemon - Pudarkan jeragat secara traditional

Lemon sering dikaitkan dengan tinggi vitamin C. Menurut artikel pada tahun 2017 dari Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, vitamin C berupaya mengurangkan aktiviti enzim tyrosinase activity, menghalang penghasilan melanin.

Cikpuan perlu hati-hati mencuba lemon kerana ia boleh membuatkan kulit radang atau kemerahan. Apabila menyapu jus lemon, hendaklah melindungi kulit dari sinaran matahari untuk mengelakkan rasa pedih.

Pudarkan jeragat secara traditional dengan bahan di kebun belakang rumah

Selain dari bahan-bahan di dapur, cikpuan juga boleh mencuba bahan-bahan di kebun cikpuan. Seronok bukan, hasil dari aktiviti bercucuk tanam, cikpuan dapat manfaat dari tanaman seperti memudarkan jeragat.

Lidah buaya (Aloe Vera)

aloe vera - Pudarkan jeragat secara traditional

Lidah buaya atau Aloe vera boleh mengurangkan penghasilan melanin selepas terdedahnya kulit wajah pada cahaya UV. Alovera mengandungi aloesin, iaitu bahan yang menghalang tyrosinase.

Caranya ialah, pilih pokok yang sudah matang atau berusia beberapa tahun. Potong daun dan buang durinya supaya tidak mencederakan cikpuan. Ambil gel di dalamnya dan sapu nipis ke atas wajah. Bakinya boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh diamalkan seiap hari.

Setakat ni tiada kajian menunjukkan kesan sampingan bahan ini. Ia lembut dan bersifat menyejukkan dan mengurangkan keradangan dan kegatalan kulit. Cikpuan boleh menyapu bahan ini jika anak-anak cikpuan alami kegatalan kulit juga.

Roselle

Kebaikan Roselle semakin dikenali dikalangan penyelidik kecantikkan. Ini kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan bertindak sebagai anti oxidan di dalam badan. Menurut kajian 2019, Roselle berupaya mencerahkan bintik hitam di wajah dengan menghalang melanogenesis, pembentukan jeragat di bawah kulit.

Ektrak roselle boleh dibancuh dan diminum airnya. Cikpuan juga boleh mencampurkan serbuk extrak roselle dengan air dan menyapunya ke atas wajah sebagai masker. Ia boleh menganjalkan kulit cikpuan juga.

Roselle - Pudarkan jeragat secara traditional

Adakah kita boleh menghentikan penghasilan jeragat selama-lamanya dengan bahan traditional?

Malangnya tidak.

Penghasilan melanin adalah sebahagian dari system badan kita. Kulit boleh dicerahkan atau di buang jeragat namun, potensi untuk kembali tetap ada.

Kulit cikpuan akan sentiasa bekerja untuk menghasilkan melanin. Apabila seseorang cuba untuk memutihkan kulit secara berlebihan, kulit akan terdedah kepada risiko kerosakkan kulit, senang untuk berkedut, tekstuk kulit tidak rata, risiko kanser kulit, kulit menjadi sensitif.

Jadi, ia perlu diamalkan setiap hari.

Kelemahan pudarkan jeragat secara traditional

Namun, agak sukar untuk diamalkan setiap hari kerana renyah untuk membancuh ramuan ini. Lagi-lagi untuk cikpuan yang sibuk menguruskan rumah tangga dan kerjaya.

Selain itu, ia tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai jenis kulit yang sensitif. Ini akan menyebabkan kerosakkan kulit yang teruk, selain dari menggalakkan penghasilan jeragat baru.

Jadi, saranan Nad, jika serius ingin pudarkan jeragat, cikpuan boleh amalkan skincare yang dicipta khas untuk pudarkan jeragat dengan berkesan & selamat.

Gunakanlah skincare yang lembut pada kulit dan bebas toksik. Kita nak cantik semulajadi dan bukan seperti tidak sihat/bermaya. 

Klik NK Age-Reverse Skincare untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kenali tahap penuaan kulit wajah cikpuan

Dapatkan ebook ni secara PERCUMA dan semak tanda-tanda penuaan ni di wajah cikpuan. Cikpuan juga akan diberi tips & cara-cara untuk merawat kesan penuaan ni secara selamat & holistik.