Apakah skincare hilangkan jeragat yang berkesan?

Dah bersedia nak hilangkan jeragat. Nak dapatkan skincare hilangkan jeragat. Tapi, tak tahu mana yang terbaik? Jom baca post ni.
skincare hilangkan jeragat NKAR

Dulukan, waktu mula nak pudarkan jeragat kan, Nad pun macam tu. Tak tahu apa-apa pasal skincare hilangkan jeragat ni.

Tapi, bila dah banyak study, baru lah Nad faham sikit apa yang berkesan dan selamat. Untuk cikpuan yang baru nak berjinak-jinak tentang skincare hilangkan jeragat, jangan risau. Tak susah pun nak pilih skincare hilangkan jeragat.

Kalau ikut cara-cara yang Nad sebutkan ni, cikpuan boleh kurangkan risiko kulit rosak, bazir masa, tenaga dan wang cikpuan lagi banyak.

skincare hilangkan jeragat

Apakah Skincare Hilangkan Jeragat?

Kalau cakap berkenaan skincare ni, Nad suka kita kembali kepada asas dahulu. Benda asas yang perlu itu adalah:

  1. Pencuci wajah / Cleanser
  2. Pelembab / Moisturizer
  3. Pelindung Matahari / Sunscreen

Nad buat dua terma 1 dalam bahasa melayu, 1 dalam bahasa inggeris sebab dalam artikel ni Nad akan campur-campurkan. Harap cikpuan tak marah ya.

Untuk permulaan, cikpuan perlu check, adakah cukup guna 3 ni atau perlukan lebih lagi dari ini?

Kalau kulit muka cikpuan sensitif dan tak tahan dengan scrub, tak perlu scrub muka. Jangan paksa diri cikpuan guna benda yang cikpuan tak selesa atau sakit ya! 

Mengandungi bahan yang menghalang jeragat di dalam skincare

Skincare hilangkan jeragat yang terbaik ialah yang mengandungi bahan yang menghalang jeragat di dalam setiap produk.

Maksudnya:

  • Dalam cleanser ada bahan anti jeragat
  • Dalam pelembab ada bahan anti jeragat
  • Dalam sunscreen ada bahan anti jeragat

Bukannya tunggu pelembab atau serum, baru diletakkan bahan anti jeragat ni.

Kebanyakkan skincare menawarkan pelbagai rangkaian kerana bahan-bahan itu diasingkan. Ada pencuci muka hanyalah fungsi mencuci muka, ada pencuci muka disertakan dengan pelembab dan bahan anti-penuaan.

Booster atau serum sebagai tambahan untuk hilangkan jeragat degil

Ala, macam cikpuan nak booster kepada yang sedia ada. Cikpuan gunakan pelembab pudarkan jeragat, tapi cikpuan nak hasil lebih lagi, cikpuan tambah dengan serum yang ada bahan hilangkan jeragat. Kira 2x ganda!

Bagi Nad secara peribadinya, cukup sangat 3 benda asas ni kalau setiap produk tu mengandungi bahan anti jeragat.

Skincare hilangkan jeragat mengikut jenis kulit

Untuk jenis kulit, Nad suka cikpuan mengutamakan dahulu bahan-bahan berbanding cikpuan tengok tesktur luaran sahaja. Bagi Nad, bahan di dalam skincare itu sendiri yang lebih selamat berbanding luaran dia.

Bagi mengenalpasti bahan apa yang terbaik untuk hilangkan jeragat, cikpuan boleh baca lebih lanjut 3 Bahan Untuk Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan.

Jom kita lihat jenis-jenis kulit yang biasa wanita Malaysia ada:

Kulit kering

Kulit kering adalah apabila ia kelihatan bersisik atau terasa ketat dan tegang selepas membersihkan. Cikpuan boleh cari pembersih yang lembut dan menggunakan natural surfactant (berasaskan dari tumbuh-tumbuhan).

Untuk pelembab, pastikan ada asid hyaluronik kerana kekuatannya mengikat kelembapan kepada kulit dengan lebih lama. Bahan-bahan yang lain seperti ekstrak tsubaki dan vitamin E.

Cuba elakkan skincare yang ada asid benzoyl peroxide and asid salicylic,  alkohol, fragrance, SLS dan paraben.

Kulit berminyak

Mesti cikpuan tak selesa apabila kulit cepat berminyak. Dulu ada tisu serap minyak, tapi lama-kelamaan ia jadi tak praktikal kerana kita kena lap berkali-kali dan topup bedak bila berada di luar rumah. 

Jadi pertama sekali cikpuan perlu pastikan kulit skincare yang cikpuan pilih tidak terlalu mengeringkan dan tidak terlalu berat ‘heavy’ untuk kulit muka cikpuan.

Untuk pencuci, suka Nad ingatkan walaupun di hati ni nak je buang minyak tu semua tapi ia boleh menyebabkan kulit cikpuan menghasilkan lebih banyak minyak di muka. Jadi cikpuan perlukan pencuci yang lembut, bebas alkohol, paraben dan sls.

Cari pelembap yang ringan, bebas minyak yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik atau niacinamide, yang memberikan hidrasi tanpa menyebabkan liang pori tersumbat.

Kulit Kombinasi

Cikpuan perlu perhatikan yang kulit cikpuan cenderung ke arah mana. Jika tidak terlalu sensitif, cikpuan boleh ikut saranan kulit berminyak. Jika sensitif, cikpuan perlu mengambil pelbagai askpek yang disarankan di dalam kulit kering. 

Adakah cikpuan rasa boleh ke ikut saranan kulit berminyak? Boleh. Tipsnya adalah cari skincare yang melembabkan tetapi tidak menyebabkan kulit berminyak atau berkilat. 

Skincare hilangkan jeragat mengikut kegelapan Jeragat & Tona Kulit Wajah

Tona kulit muka kita ni berbeza. Ada yang kulit putih merah, ada yang kuning langsat, sawo matang dan hitam manis.

Tahukah cikpuan yang setiap jenis kulit ni memberikan reaksi berbeza kepada sinar UV. Untuk melihat data-data ini dengan lebih jelas, satu pengkelasan yang dinamakan Fitzpatrick diperkenalkan

Menurut artikel di dermnetnz.org, Jenis kulit Fitzpatrick bergantung kepada jumlah pigmen melanin dalam kulit. Ini ditentukan oleh warna  kulit (putih, coklat, atau hitam) dan kesan pendedahan kepada sinaran ultraviolet (penyinaran).

skincare hilangkan jeragat - fitzpatrick
Tona warna mengikut Fitzpatrik

Kulit putih pucat atau putih, mudah terbakar dan lambat tetapi tidak mudah tanning. Jadi jika cikpuan mempunyai kulit jenis ini, cikpuan memerlukan lebih banyak perlindungan daripada terdedah kepada matahari.

Tidak seperti kulit cerah atau putih, kulit yang lebih gelap kurang / sukar terbakar, tetapi sanang untuk menjadi tan. Ia juga lebih cenderung untuk menghasilkan jeragat jenis PIH jika kecederaan atau keradangan kulit (jerawat atau kemalangan) berlaku.

Fitzpatrick 1 dan 2

Jenis kulit ini berada di kala yang rendah, warna putih atau cerah. Ia mudah terbakar, jarang tanning dan senang untuk dapat bintik hitam dan kesan dari sinar matahari dengan mudah.

Biasanya, kulit jenis ini mudah untuk dipudarkan dengan kebanyakkan jenis produk. Tetapi, cikpuan perlu berhati-hati kerana kulit dalam kumpulan ini mudah menjadi sensitif. Pastikan bahan di dalamnya lembut dan cikpuan boleh cuba sedikit dahulu. 

Fitzpatrick 3 dan 4

Warna sederhana, tidak gelap dan tidak terlalu cerah, kulit ini lebih mudah tanning dan masih boleh terbakar. Kulit ini bertindak balas dengan baik terhadap semua jenis rawatan. Tetapi chemical peeling pula berisiko menyebabkan cikpuan mendapat jeragat jenis PIH.

Fitzpatrick 5 dan 6

Kulit dalam kumpulan ini bewarna gelap, jarang terbakar, dan lebih cenderung kepada PIH daripada kesan sinar UV. Cikpuan perlu berhati-hati dengan bahan kimia yang kuat yang boleh menyebabkan jeragat jenis PIH.Seeloknya, cikpuan disarankan memilih serum atau rawatan pencerahan yang lembut.  

Amalkan Setiap Hari Untuk Nampak Kesannya

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak kefahaman kepada cikpuan tentang skincare hilangkan jeragat. skincare. Apa-apa pun, bagi Nad, pertama sekali ialah keselamatan cikpuan. Selepas itu, barulah cikpuan pilih produk yang menepati jenis-jenis kulit cikpuan seperti yang dibincangkan di atas.

Jika cikpuan jumpa skincare yang sesuai dan mengandungi formula terbaik dalam memudarkan jeragat, teruskanlah menggunakannya. Konsisten ni penting supaya kulit sentiasa perlu penjagaan supaya sihat dan glowing. 

Khas untuk cikpuan nak cari skincare hilangkan jeragat yang berkesan & selamat.-

Setiap item di dalam skincare ni, mengandungi formula BeuTcomplex iaitu bahan anti jeragat dan anti penuaan terbaik dunia. Mendapat kelulusan lab tested, pengiktirafan dalam & luar negara, bebas paraben dan SLS, NK Age-Reverse sangat lembut dan selamat pada kulit wajah. 99% bahan natural. 

Klik NK Age-Reverse Skincare untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!