Khas cikpuan yang masih lagi tercari-cari cara untuk hilangkan jeragat, boleh baca posting cara hilangkan jeragat. Di dalam posting kali ini pula, Nad akan sharekan tentang tips hilangkan jeragat
Terdapat pelbagai cara hilangkan jeragat di luar sana. Apa yang Nad boleh simpulkan ialah perbezaan antaran tujuan cara-cara tersebut:
- Adakah cikpuan nak hilangkan jeragat dengan cepat?
- Adakah cikpuan nak hilangkan jeragat dengan selamat?
- Adakah cikpuan nak hilangkan jeragat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi?
Tips Hilangkan Jeragat Dengan Pantas
Jika cikpuan ingin hilangkan jeragat dengan cepat dan duit bukan menjadi masalah, cikpuan boleh guna tips hilangkan jeragat yang ni.
Terus berjumpa dengan pakar di pusat kecantikan.
Pakar kecantikan akan mengesyorkan rawatan yang sesuai untuk kulit cikpuan samada laser, chemical peeling atau microneedlining.
Cara-cara ini dikatakan lebih pantas kerana lapisan kulit paling luar akan dibuang. Ini menjadikan sel-sel kulit baru ‘dipaksa’ untuk dihasilkan. Apabila sel kulit lama yang mempunyai jeragat dibuang, penampilan jeragat nampak pudar.
- Cikpuan masih perlu memakai sunscreen walaupun telah melalui rawatan wajah.
- Kulit menjadi sensitif selepas sesi rawatan, jadi perlu ‘extra care’. Jika tidak, jeragat akan lagi mudah keluar dan kulit senang rosak.
- Rawatan ini tidak menjanjikan yang jeragat tidak akan keluar lagi.
- Cikpuan perlu mengamalkan skincare yang lembut dan selamat bagi mengekalkan kecantikan kulit.
Tips Hilangkan Jeragat Tanpa Kos Yang Tinggi
Antara cara yang terbaik tetapi menjimatkan kos ialah dengan mengamalkan petua tradisional. Kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan adalah berada di dapur atau boleh di dapati di kedai berhampiran.
Kelemahan menggunakan cara ini ialah cikpuan perlu menunggu lama untuk mendapatkan hasil.
Kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan tidak sesuai untuk kulit wajah lagi-lagi kulit yang sensitif.
Sama seperti rawatan wajah, cikpuan masih perlu untuk menggunakan skincare dan sunscreen. Nad tak galakkan untuk cikpuan membersihkan wajah menggunakan bahan-bahan dapur kerana ia tidak mengandungi bahan surfactant.
Jadi pembersihannya kurang efektif, lagi-lagi jika cikpuan pakai bedak di siang hari.
Tips Hilangkan Jeragat Dengan Selamat
Aspek keselamatan sangat penting walaupun sering diabaikan oleh ramai wanita. Konsep mereka selagi badan tidak jatuh sakit, mereka masih lagi selamat.
Tahukah cikpuan yang badan kita dicipta untuk membaiki kerosakkan dan melawan kuman atau bakteria. Jadi, normal untuk pada permulaan cikpuan tidak merasa apa-apa walaupun terdedah kepada bahan yang berbahaya.
Sesetengah produk di pasaran memang memberikan kesan yang pantas namun ia dibenarkan di bawah pemantauan doktor.
Krim merkuri kini bukan sahaja terdapat di dalam produk timbang kilo, tetapi ia boleh di dapati terus dari kedai Shopxx dengan harga bawah RM30 sahaja.
Kulit yang terdedah kepada bahan-bahan berbahaya ini memang memberikan impak positif seperti jeragat menjadi cerah, tetapi pada masa yang sama ia meresap ke dalam kulit dan berkumpul di dalam organ badan.
Tips hilangkan jeragat dengan selamat:
- Pilih produk yang mempunyai kelulusan KKM.
- Pastikan produk yang cikpuan beli mempunyai kelulusan lab tested iaitu yang bebas bahan logam dan toksik seperti hydrokuinon. Ini adalah ciri-ciri keselamtan tambahan yang produk di pasaran sukar untuk dimanipulasi
- Pilih produk berasaskan natural.
- Elakkan produk yang mengandungi paraben, SLS, atau alkohol.
Bolehkah Hilangkan Jeragat Dengan Pantas, Murah & Selamat?
Kalau diberi pilihan, kita memang mahu hilangkan jeragat dengan cepat, murah dan selamat. Tetapi, ini tidak selalunya terjadi.
Kebanyakkan cara hanya mampu untuk memenuhi 2 antara 3 ciri yang kita mahu. Saranan Nad, jadikan keselamatan ciri-ciri utama. Apabila kita meningkat usia, badan kita tidak seaktif semasa kita muda untuk menghasilkan sel-sel baru dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Jika kita mengabaikan aspek keselamatan semata-mata untuk kelihatan cantik, risikonya untuk kulit rosak sangat tinggi. Bayangkan cikpuan cantik untuk beberapa bulan, selepas itu terpaksa menghadap kerosakkan kulit bertahun-tahun.
Itupun selepas pulih, keadaan kulit cikpuan mungkin lebih teruk dari sebelum. Nad dulu pernah mempunyai kulit yang orang kata takde masalah. Kesan dari salah penggunaan produk, kulit Nad rosak teruk. Jerawat keluar dengan banyak. Kulit yang normal jadi berminyak sangat.
Walaupun Nad telah pulih dari masalah kulit, keadaan kulit Nad tidak sebaik dulu. Tapi, Nad bersyukur. Sekurang-kurangnya Nad mula ambil perhatian tentang penjagaan kulit yang betul.
Cikpuan tidak perlu melalui pengalaman macam Nad. Walaupun kulit cikpuan berjeragat, keadaan kulit cikpuan masih rata. Cikpuan cuma perlu bersabar sedikit dan jeragat cikpuan akan mula pudar.
Kalau cikpuan rasa umur cikpuan sudah tidak ada harapan, berhenti dari fikir yang macam itu. Nad lihat banyak pengalaman yang kulitnya dulu kusam dan jeragat, tapi dengan penjagaan wajah yang betul, kulit mereka bertambah baik dan glowing!
Jadi, jangan putus asa. Penting untuk kita jaga kulit wajah kita. Ia adalah penampilan diri kita dan berkait rapat dengan keyakinan kita. Apabila kita yakin dan selesa, hidup kita lebih gembira dan tenang. Kita akan menikmati hidup ini dengan lebih bermakna.
Kesimpulan
- Amalkan pemakaian sunscreen di siang hari.
- Pilih cara yang mementingkan aspek keselamatan.
- Sesetengah produk di pasaran belum selamat untuk kulit.
- Menghilangkan jeragat adalah proses yang panjang dan bukan ‘one-time’off”.
- Amalkan cara hidup yang sihat dengan mengurangkan makanan yang tinggi gula dan berproses.
Jika cikpuan masih tercari skincare yang selamat dan berkesan, cubalah NK Age-Reverse Skincare.
Ia mengandungi formula BeuTcomplex iaitu kumpulan bahan jeragat dan anti penuaan terbaik dunia. Mendapat pengiktirafan lab tested, bebas paraben dan SLS, NK Age-Reverse sangat lembut dan selamat pada kulit wajah. 99% bahan natural.
Hasilnya, kulit cikpuan akan sihat dan lembab. Oh ya, ia mencerahkan jeragat cikpuan bermula dari penggunaan cleanser. Jadi jangan terkejut kalau orang tegur jeragat pudar, kulit jadi anjal dan glowing!
Klik NK Age-Reverse Skincare untuk info lanjut.