Bagaimana Jeragat Terjadi?

Kenapa Sesetengah Wanita Tidak Mempunyai Jeragat Dan Sesetengahnya Jeragatnya Makin Tebal? Bagaimana jeragat terjadi?
Bagaimana jeragat terjadi - melanin

Sebelum ni cikpuan dah mengetahui apa itu jeragat dari posting ni. Jadi sekarang jom baca untuk ketahui bagaimana jeragat terjadi.

Pertama sekali, Nad nak sharekan kepada cikpuan tentang melanin. Warna kulit kita adalah dipengaruhi oleh satu bahan di dalam badan iaitu ‘Melanin’.


Apakah itu melanin?

Melanin adalah pigmen yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan anak mata. Ia dihasilkan oleh sel melanocytes. Kita semua mempunyai bilangan melanocytes yang sama.

Cumanya yang berbeza ialah sel di dalam setiap orang itu sendiri. Samada sel-sel itu menghasil kan melanin yang banyak atau sedikit

Bagaimana jeragat terjadi - melanin

Bagaimana Jeragat terjadi dengan melanin?

Jika banyak dihasilkan di dalam kulit, kulit menjadi lebih gelap jika kurang, kulit menjadi cerah.

Jika banyak dihasilkan di dalam kulit, kulit menjadi lebih gelap jika kurang, kulit menjadi cerah.

Apabila kulit terkena sinar UV, ia akan merangsang sel melanocytes untuk menghasilkan melainin. Semakin banyak kita terdedah, semakin banyak melanin dihasilkan, semakin gelap kulit kita.

Tetapi, apabila melanin ni tertumpu pada satu-satu tempat di bahagian wajah atau badan, ia akan membuatkan kawasan kulit tu bertompok atau gelap atau ‘hitam’ berbanding tempat yang lain.

Bagaimana Jeragat Terjadi

“Inilah yang menyebabkan timbulnya jeragat.”

Yang paling tak seronok ialah ia akan menjadikan penampilan kita kurang menarik.

Kesan sinar uv kepada kulit

Rawatan untuk membuang melanin atau mengurangkan melanin adalah banyak. Cumanya, perlu diingat, setiap rawatan mempunyai risiko atau kekurangan.

Contoh yang bahaya ialah kita membuang lapisan kulit luar dengan kasar iaitu melalui laser atau krim merkuri.

Cara ini nampak macam berkesan dan pantas, tapi kulit kita akan terdedah kepada risiko yang lebih teruk seperti sel-sel kulit rosak dan lebih teruk ia menjadi kekal.

Cara kedua ialah pudarkan jeragat secara beransur-ansur dengan membaiki sel-sel kulit lebih perlahan.

Menggunakan produk yang lembut pada kulit dan mengamalkan cara hidup yang sihat.


Amalkan pemakaian Sunscreen

Apa cara yang cikpuan pilih, yang penting, mulakan pemakaian sunscreen dari sekarang. Sunscreen dapat mengurangkan kesan sinar UV lebih 90%. Jadi cikpuan dapat memperlahankan proses penuaan kulit cikpuan.

Bagaimana Jeragat Terjadi - pemakaian sunscreen

Kesimpulan

Melanin ini adalah kesan tindakbalas badan kita untuk melindungi dari sinar UV. Untuk mengurangkan beban badan dari melindungi dari kesan negatif sinar UV, disarankan untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Langkah pertama yang cikpuan boleh mula ialah dengan memakai sunscreen. Nak tahu tentang kepentingan sunscreen dengan lebih terperinci? Dijemput cikpuan baca post Kepentingan sunscreen untuk jeragat ini ya!

Share:

More Posts

Cara penjagaan muka untuk wanita berusia 35 tahun ke atas

Apabila kita menginjak ke usia 35 tahun, semakin banyak aktiviti dan urusan untuk kita siapkan setiap hari. Dari keluarga, kerja, ibadah dan rumah. Banyak benda nak fikir! Sampai terlupa yang waktu ni, kulit kita dah kurang bekerja berbanding awal 20an. Jadi, apakah cara penjagaan muka yang terbaik untuk usia begini?

Tips memilih sunscreen untuk jeragat

Cikpuan dah tahu yang sunscreen adalah benteng melindungi kulit dari jeragat. Tapi, macam mana nak tahu sunscreen yang terbaik untuk kulit? Jom baca post ni untuk ketahui tips memilih sunscreen untuk jeragat.

Dapatkan tips cerahkan jeragat & kulit kusam.