Selama ni kulit muka cikpuan takde masalah sangat. Tapi bila cikpuan nampak bintik hitam di wajah ni, mulalah rasa tak kena dengan diri.
Bila nak keluar berjumpa kawan, hantar anak, pergi kedai, pergi kerja, rasa kurang yakin kalau tak pakai mekap.
Cikpuan lebih suka nampak natural dari pakai mekap tebal. Tapi macam mana nak dapatkan penampilan natural kalau ada bintik hitam ni start ada di wajah?
Sebelum cikpuan nak hilangkan bintik hitam ni, jom kita kenali apakah bintik-bintik hitam ni.
Apakah Bintik Hitam Di wajah
Bintik hitam ni ada banyak jenis. Bergantung kepada jenis bintik hitam, punca-puncanya juga berbeza.
Tak semua bintik hitam tu jeragat. Apa yang yang ialah bintik hitam adalah bintik atau tompok kecil yang bewarna gelap (coklat gelap, coklat cair) pada wajah.
Jadi jom tengok bintik hitam di wajah cikpuan tu dalam kategori yang mana.
1. Blackheads
Blackheads pula terjadi disebabkan liang roma tersumbat. Ini berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati yang berkumpul di permukaan kulit.
Apabila dibiarkan, ia berpotensi menjadi jerawat. Sebab itu, kebanyakkan orang mengesyorkan untuk membuat double cleansing atau menggunakan pencuci muka yang agak kuat.
Kesan sampingan dari cara ini menyebabkan minyak hilang untuk sementara sahaja. Kulit menjadi lebih sensitif, lebih berminyak atau sangat kering.
2. Tahi Lalat
Tahi lalat boleh terjadi kepada bayi, kanak-kanak dan orang muda. Ia adalah disebabkan pertumbuhan sel-sel terkumpul di satu kawasan. Sel-sel sepatutnya terhasil dalam kawasan tersebar.
Sel-sel ini terdiri dari melanosit iaitu sama seperti jeragat. Jadi warna dia pun gelap coklat. Tahi lalat adalah disebabkan genetik, sinaran matahari dan sebagainya.
3. Melanoma
Melanoma juga terhasil dari melanosit dan terdedah kepada sinaran matahari berlebihan. Ia adalah sejenis kanser dan perlu dirawat oleh pakar. Bentuknya tidak simetri dan cikpuan mungkin berasa gatal atau ia berdarah.
Kebanyakkan yang mempunyai melanoma ialah yang berumur 6oan tetapi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah berikut:
- Selalu terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan.
- Imun sistem badan yang lemah.
- Sejarah keluarga yang mempunyai melanoma atau kanser.
- Selalu berjemur di tengah panas.
4. Jeragat
Jeragat ni selalu terjadi pada wanita yang berumur 40 tahun. Tetapi ada juga wanita yang mengalaminya pada awal 30an. Jeragat adalah disebabkan banyak faktor:
- Sinar matahari & cara hidup yang kurang sihat.
- Hormon seperti mengandung & pil perancang
- Jerawat atau luka yang tidak sembuh dengan betul.
Untuk bintik hitam jenis ini, ia tidak merbahaya kepada kulit. Ia adalah petanda yang kita tidak melindungi kulit dengan betul. Baca Bagaimana Jeragat Terjadi untuk mengetahui proses berlakunya jeragat di bawah kulit wajah.
Semak Dahulu Jenis Bintik Hitam Di Muka
Apabila cikpuan dapati ada bintik hitam di muka, semak dahulu sama ada ianya jeragat, tahi lalat atau pun mungkin melanoma.
Bintik hitam yang sekelompok dan banyak selalunya adalah jeragat. Bintik hitam yang seketul boleh jadi tahi lalat.
Namun, jika saiz semakin membesar dan gatal, segeralah berjumpa doktor kerana ia mungkin melanoma.
Jika bintik-bintik hitam itu adalah jeragat dan dah cuba macam-macam, tapi masih tak berjaya, cikpuan boleh cuba tips dari post Hilangkan Jeragat Bertahun di Wajah untuk menghilangkan jeragat dari sekarang. Jangan lupa share artikel ini supaya ramai yang dapat manfaat.