Kenapa Parabens Ada Dalam Skincare?

Kenapa sesetengah brand besar skincare masih lagi meletakkan parabens di dalam skincare mereka?
parabens

Selepas habis SPM, Nad ada masalah jerawat yang agak serius. Apabila Nad pergi ke farmasi atau drugstore, Nad akan dikunjungi oleh juru jual yang ‘concern’ dengan keadaan kulit muka Nad.

Disebabkan terdesak untuk pulihkan kulit, Nad pun cuba produk yang disarankan. Dari satu produk ke satu produk kulit makin teruk.

Kulit masih tak pulih dan meradang. Jadi, lepas tu,Nad buat kajian tentang bahan-bahan di dalam skincare. 

Apa yang Nad dapati tak semua bahan di dalam skincare itu selamat dan sesuai untuk kulit walaupun produk itu Nad beli dari farmasi dan ‘drug store’. 

Salah satu penyebabnya ialah kandungan PARABEN.


Parabens di dalam skincare

Mungkin sesetengah tak bersetuju dengan Nad kerana ada di antara mereka yang menggunakan skincare yang mengandungi paraben tetapi, takde masalah kulit. Namun, tidak boleh dinafikan yang sebenarnya ia sedikit sebanyak member kesan jangka panjang kepada pemakainya.

Kalau cikpuan rasa kulit gatal-gatal & kemerahan, kemungkinan besar salah satu bahannya ialah parabans. Kalau ia membuatkan kulit keradangan, kenapa digunakan dalam skincare?

  • Bahan pengawet
  • Elakkan pertumbuhan bakteria

fungsi parabens

Paraben ni fungsinya untuk mengekalkan kesegaran bahan di dalam skincare yang cikpuan gunakan supaya ia tahan lama. Ia selalu ada di dalam produk drugstore. Jadi, walaupun ia terletak agak lama di atas rak, bahan-bahannya tidak mudah rosak.

Ibarat macam sayur yang diletakkan dengan racun perosak supaya ia tidak mudah dihinggapi serangga. Company suka meletakkanya kerana harganya yang agak murah. Mereka pun tak perlu risau kalau produk itu ada lama di kedai.

Masalahnya, ada kesan lain yang tak best pula timbul..

Walaupun dibenarkan dalam kuantiti yang sedikit, ia memberikan kesan kepada tubuh badan cikpuan.

Risiko Paraben kepada kulit & badan

Namun, Nad nasihatkan, cuba elak gunakan skincare yang ada parabens lagi-lagi kalau cikpuan mempunyai jenis kulit sensitif dan ada keradangan. Sebabnya, paraben ni boleh membuatkan kulit bertambah teruk dan sensitif.

Kajian di Jepun mengatakan paraben di dalam skincare boleh mengakibatkan penuaan kulit lebih cepat. Kajian menunjukkan dengan pemakaian skincare yang mengandungi paraben, sel-sel kulit lebih mudah rosak apabila terdedah kepada sinar UV.

Selain itu juga, parabens boleh menyerupai hormon estrogen di dalam badan. Menurut kajian Byford 2002, bahan ini dikatakan boleh mengganggu hormon wanita, kesuburan dan sistem peranakkan kita. Yang paling mengerikan ialah ia boleh membawa kepada kanser payu dara. 

parabens

Jadi, kalau cikpuan dah tahu info ni, cuba check samada skincare cikpuan ada tak kandungan ni. Nad harap kita semua terlindung dari benda-benda yang berbahaya kepada diri kita.

Kalau cikpuan ada skincare yang mengandungi paraben, cepat-cepatlah hentikan & cuba produk lain yang tidak mengandungi paraben.

Kalau cikpuan tak tau skincare mana yang selamat dan bebas paraben, boleh cuba NK Age-Reverse ni. Lebih 15,+++ wanita berjaya mendapatkan KULIT WAJAH IDAMAN mereka dengan menggunakan NK AGE-REVERSE ini. 

Klik NK Age-Reverse Skincare untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan tips cerahkan jeragat & kulit kusam.