Cara semak kandungan SLS dalam cleanser anda

Sejauh mana kandungan dalam skincare cikpuan selamat? Adakah ada SLS dalam cleanser cikpuan tanpa cikpuan sedar?
SLS dalam cleanser

Cikpuan pernah tak terfikir untuk semak kandungan SLS dalam cleanser? Kebanyakkan skincare akan cakap, cleanser ni selamat. Tapi sejauh manakah ia selamat?

Menurut kajian di German, ujian dilakukan ke atas 1600 orang. Keputusan dari ujian tersebut mendapati, seramai 668 (41.8%) mengalami alahan terhadap SLS. 

Begini cara tengok ada bahan SLS tak dalam cleanser kita: 

Cara Menyemak Kandungan SLS dalam cleanser

  1. Kita boleh semak dulu cleanser yang kita gunakan di bilik air tu. Mudah saja, cuma pusing belakang cleanser tu.‎
  2. Pergi ke bahagian INGRIDIENT.
  3. Atau kalau kita nak mencari cleanser baru di kedai, boleh terus ke drugstore atau farmasi berdekatan. Sama juga, pusing belakang cleanser dan cari bahan-bahan atau INGRIDIENT.
  4. Jika cleanser tu dalam kotak, kita kena belek atas bawah kotak tu untuk cari lebih ‘detail’ sebab ada yang hanya tulis main ingridient.‎
  5. Main ingridient maksudnya bahan utama. Jadi kita tak nampak semua. Kalau boleh cari yang lagi detail.‎
  6. Seterusnya check kalau ada tertulis :

Contoh Kandungan Sulfate

Sodium lauryl sulfate (SLS)

Sodium laureth sulfate (SLES)

Ammonium lauryl sulfate

SLS dalam cleanser

Kalau rasa susah untuk ingat nama penuh, jangan risau. Cikpuan boleh cari yang ada tulis sulfate. Kalau jumpa dekat cleanser yang kita berkenan tu, elakkan beli dan guna. Cari yang lain.

Kalau boleh elakkan lagi-lagi orang yang mempunyai masalah kulit atau jenis kulit tertentu. SLS ni la yang membuatkan cleanser kita berbuih-buih.

Buih ni memang best, tapi SLS dalam cleanser ni akan buang minyak semulajadi kulit. Semasa dan selepas mencuci, memang kita akan rasa bersih, kering dan tegang.

Tapi kesannya, lama kelamaan, keadaan permukaan kulit kita akan terganggu. Bakteria jahat akan bermaharajalela. Kelembapan semulajadi kulit akan jadi lintang-pukang.

Dan apa yang cikpuan nampak dengan mata kasar ialah skin barrier cikpuan mula rosak.

Saya teringat satu kisah kenalan saya yang kulitnya rosak teruk. Jenis kombinasi dan jerawat tak pernah surut.

Ada bahagian berminyak di wajah membuatkan beliau tidak selesa apabila melakukan aktiviti di luar. Di bahagian kering pula sampai menggelupas. Dari satu produk ke satu produk beliau guna, tapi kesannya masih sama.

Beliau cuba juga mengamalkan diet yang sihat. Alhamdulillah, nampakla sedikit perubahan pada kulit wajah. Namun, kesannya tidak banyak.

Selepas beberapa ketika membuat kajian dan pembacaan tentang kulit wajah, membaca artikel yang lari dari “mainstream”, barulah beliau menyedari tentang kepentingan produk natural.

Namun, produk natural tak semuanya betul-betul natural. Ada yang 60% kandungan sahaja natural, ada yang 70% kandungan sahaja natural. Yang selebihnya, masih tinggi bahan pengawet.

Mulalah beliau mencari satu-satu apa bahan pengawet yang berbahaya tu. Setelah lama mengkaji, barulah beliau perasan kandungan SLS yang terdapat pada hampir kebanyakkan cleanser.

Jadi, beliau cuba cari yang tiada SLS dalam cleanser. Hasilnya, sangat memberansangkan! Inilah punca masalah kulit beliau selama ni.

Sebab tu la juka kulit cikpuan agak teruk, sebelum mencari apa bahan yang perlu ada, cuba buang dulu bahan yang tak perlu ada.

Contohnya, jika ada SLS dalam cleanser, pengguna yang mempunyai kulit kering, agak sukar untuk kekalkan kelembapan kulitnya, walaupun sudah memakai pelembab yang agak kuat. Kesannya sementara sahaja.

Sebab kelembapan tu terlepas keluar dari kulit dek kerana skin barrier yang dah rosak ni. Yang lagi tak ‘best’, jerawat pula naik dengan banyak.

Pentingnya Memilih Cleanser Yang Sesuai

Orang selalu pandang enteng tentang pencuci wajah kerana mereka ingat ia semata-mata membersih muka. Untuk pengetahuan cikpuan, nak membersih muka perlu la ada keseimbangan.

Kita nak kulit kita bersih dari kotoran, pada masa yang sama kita taknak minyak semulajadi dibuang. Jadi penting untuk cari pencuci wajah yang lembut dan efektif menanggal kotoran dan sisa mekap.

Salah satu cleanser yang selamat dan tiada kandungan SLS ni ialah NK Age-Reverse cleanser. Ia adalah formulasi 99% bahan natural tetapi sangat efektif menanggalkan kotoran tanpa mengeringkan kulit.

Hasilnya, kulit cikpuan akan bersih dan lembab. Oh ya, cleanser ni ada bahan anti penuaan yang premium (formulasi BeuTcomplex). Jadi jangan terkejut kalau jeragat pudar, kulit jadi anjal dan glowing!

Klik Cleanser bebas SLS untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!