Semua yang anda perlu tentang jeragat di muka

Cikpuan pening kenapa dah banyak produk guna tapi jeragat di muka masih tak hilang? Cikpuan masih tiada idea macam mana jeragat terjadi? Jangan risau, jom baca post ni
jeragat di muka

Apa Itu Jeragat?

    Kalau cikpuan tengok di cermin dan mula perasan ada bintik hitam di pipi, dagu atau hidung, berkemungkinan besar itulah jeragat di muka cikpuan.

    Jeragat ni ada macam-macam saiz dan jenis. Ia berwarna coklat gelap, coklat muda atau pun merah bergantung kepada warna kulit cikpuan juga. 

    Ada yang tompok seketul, ada bintik-bintik berselerak dekat satu kawasan dan ada yang macam bintik-bintik topeng muka.

    Menurut artikel webmd, jeragat terhasil apabila melanin di bawah kulit dihasilkan secara berlebihan oleh faktor-faktor tertentu. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.

    Jenis-Jenis Jeragat di muka

    Jenis-jenis jeragat di muka dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu dan boleh dikategorikan kepada tiga yang biasa wanita hadapi.

    1. Dark Spot Atau Agespot

    Jeragat di muka - Age spot

    Macam mana cikpuan nak tahu yang cikpuan ada jenis jeragat macam ni?

    Sunspots, age spots, lentigo solaris atau liver spots, adalah bintik-bintik gelap yang berwarna coklat atau kelabu disebabkan kulit terdedah kepada sinar matahari yang berlebihan. Kenapa ia selalu terjadi pada yang berusia?

    Apabila semakin meningkat umur, melanin yang dihasilkan daripada cikpuanmuda akan berkumpul dan keluar pada waktu ini.

    Jika cikpuan tidak memakai sunscreen dan menjaga kulit dari muda, jeragat di muka akan keluar lebih awal daripada biasa.

    Itulah yang dinamakan premature aging, iaitu menua sebelum usia.

    2. Melasma

    Jeragat di muka-melasma

    Melasma pula hampir sama dengan age spot tetapi saiznya lebih besar dan lebih banyak.

    Ia juga muncul pada kawasan yang sering terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka iaitu pipi, dahi, atas bibir, dan batang hidung.

    Dua faktor penyumbang kepada penghasilan jeragat di muka jenis ini ialah hormon dan sinar UV.

    Sebab itu, ia sering berlaku kepada wanita yang mengandung atau tidak stabil hormonnya seperti mengambil pil perancang atau melalui proses menopause.

    Melasma ni juga terjadi kepada kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan haba.

    3. Post Inflamatory Hyperpigmentation (PIH)

    Jeragat di muka - Post Inflamatory Hyperpigmentation

    Post-inflammatory hyperpigmentation (PIH) pula adalah jeragat di muka dari kesan keradangan kulit atau luka. 

    Apabila kulit cedera (banyak sebabnya seperti kemalangan, jerawat, bekas gigitan dan sebagainya), bintik-bintik gelap akan terhasil. 

    Perubahan warna pada kulit ini adalah kerana peningkatan penghasilan melanin sebagai respons terhadap keradangan atau luka. 

    Secara ringkas, sunspot adalah bintik gelap akibat terdedah kepada sinar matahari, melasma terjadi sama seperti sunspot tetapi dipengaruhi oleh hormon di dalam badan, dan PIH adalah bintik gelap akibat kesan daripada keradangan atau luka pada kulit.

    Sekarang,  cikpuan dah ada idea tentang jenis-jenis jeragat di muka secara umum. Jadi jom lihat faktor-faktor yang mempengaruhi jeragat cikpuan

    Punca Jeragat Di Muka

    1. Cahaya Matahari

    Sinar UV adalah penyumbang terbesar pembentukkan jeragat di muka. Seperti yang cikpuan lihat, proses pembentukkan jeragat di muka ni, Nad ada terangkan yang kulit cikpuan berusaha untuk melindungi sel-sel dalam dari rosak dengan menghasilkan banyak jeragat.

    2. Hormon

    Ini adalah antara faktor pembentukkan melasma. Jika cikpuan sedang mengandung atau mengambil pil perancang, hormon cikpuan mungkin sedang meransang jeragat di muka cikpuan sekarang.

    Disebabkan hormon ini tidaklah kekal, jadi keadaan ini sementara. Apa yang cikpuan perlu lakukan ialah sentiasa memakai sunscreen supaya jeragat ini dapat dikawal.

    3. Produk Penjagaan Kulit

    Pemilihan produk penjagaan kulit ni penting untuk memudarkan jeragat. Kalau cikpuan memilih produk yang menipiskan dan merosakkan kulit, kulit akan lebih senang terdedah kepada kerosakkan dan pembentukan jeragat di muka. 

    Kalau cikpuan menggunakan produk yang tidak mengandungi bahan pencerah jeragat, jeragat cikpuan akan kekal sama. Apa-apa pun, skincare yang cikpuan cuba, cikpuan perlu pastikan ia selamat dari kandungan berbahaya seperti merkuri, SLS, paraben, dan alcohol. 

    Kemudian, barulah cikpuan boleh memilih produk yang menyasarkan untuk pudarkan jeragat cikpuan. Pemilihan skincare juga dipengaruhi oleh jenis kulit cikpuan. 

    Bagi Nad, kunci utamanya ialah memilih skincare yang lembut, melembabkan, dan berasaskan bahan semulajadi kerana ia adalah apa yang cikpuan pakai setiap hari.

    4. Cara Hidup & Pemakanan

    Lifestyle atau cara hidup adalah apa yang cikpuan amalkan dalam kehidupan sehari-hari, termasuk pemilihan makanan, minuman, cara menghadapi stress, keadaan persekitaran yang bersih, dan sebagainya.

    Lifestyle dapat mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan cikpuan secara keseluruhan, termasuk kesan terhadap kulit dan pembentukan jeragat

    Di bawah adalah beberapa faktor dalam lifestyle yang dapat mempengaruhi kulit dan jeragat:

    1. Pemakanan: Makanan yang seimbang dan berkhasiat dapat memberi nutrisi yang diperlukan untuk kulit yang sihat.

    Pemakanan yang kaya dengan vitamin dan antioksidan seperti vitamin C, E, dan beta-karoten membantu melindungi kulit dari rosak akibat sinar UV dan radikal bebas.

    2. Minuman: Pemilihan minuman juga penting. Pastikan cikpuan minum air kosong secukupnya untuk menjaga kelembapan kulit.

    Elakkan minuman  manis atau minuman berkarbonat yang berisi gula untuk mengekalkan kesihatan dan keanjalan kulit.

    3. Tahap Stress: Stress dapat mempengaruhi hormon dalam badan, seterusnya mempengaruhi penghasilan melanin dan pembentukan jeragat.

    Cikpuan perlu kawal tahap stress dengan cara yang sihat seperti senaman, luangkan masa bersama tersayang, hargai setiap momen yang cikpuan lalui atau hobi yang menyeronokkan.

    4. Persekitaran: Pastikan kulit cikpuan tidak terdedah kepada kotoran, debu, dan pencemaran yang boleh merosakkan kulit wajah.

    5. Produk penjagaan kulit yang sesuai: Bersihkan wajah dengan lembut dan gunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit cikpuan jika terdedah kepada persekitaran yang kotor.

    6. Menjaga persekitaran: juga boleh memberikan impak dalam menjaga kecantikan dan kesehatan kulit. Selain jeragat, kulit cikpuan juga akan tampak sihat, anjal dan berseri.

    Bagaimana Jeragat Terhasil Di Dalam Kulit?

    Seperti yang dinyatakan dalam senarai punca-punca terjadinya jeragat, sinar UV adalah penyumbang terbesar penyebab jeragat iaitu lebih dari 90%.

    Di atas Nad ada sentuh mengenai melanin. Mesti cikpuan tertanya-tanya apa tu melanin. Jom kita lihat dengan lebih terperinci, apa yang kaitan melanin ni dengan jeragat.

    Jenis Sinar UV & Kesannya Kepada Kulit

    Sinar UV ni salah satu radiasi yang cikpuan tak nampak dengan mata, tapi ia mampu menembusi kulit cikpuan dan merosakkan sel-sel kulit.

    Kesan UVA dan UVB kepada jeragat di muka

    1. Sinar UVA

    Sinar UVA memiliki gelombang yang panjang dan mampu menembusi lapisan kulit yang lebih dalam. Di bahagian epidermis dan dermis.

    Sinar UVA menyebabkan jeragat dengan merangsang penghasilan melanin yang berlebihan, menghasilkan bintik-bintik gelap atau jeragat pada kulit.

    Selain itu, sinar UVA juga merosakkankolagen dan elastin seterusnya kulit menjadikendur dan kurang anjal.

    2. Sinar UVB

    Sinar UVB memiliki gelombang yang lebih pendek dan lebih kuat daripada UVA. Gelombang ini menembusi lapisan epidermis.

    Kulit bertindakbalas dengan lebih cepat contohnya bila kulit cikpuan sunburn, itu adalah kesan daripada sinar UVB. Sinar UVB juga boleh merangsang jeragat dalam jangka masa panjang.

    3. Sinar UVC

    Sinar UVC memiliki gelombang yang paling pendek di antara ketiga-tiga gelombang dan ia lebih bertenaga daripada UVA dan UVB. Kesan sinar UVC sangat berbahaya. Tapi,cikpuan jangan risau, sebahagian besar dari sinar ini diserap oleh lapisan ozon bumi.

    Bagaimana Jeragat Boleh Terjadi?

    Pembentukan jeragat di muka

    Sebenarnya, jeragat adalah cara kulit cikpuan melindungi sel-sel badan cikpuan. Apabila kulit cikpuan terdedah kepada sinar matahari, melanin akan dirangsang untuk tindak balas dan melindungi kulit cikpuan.

    1. Sinar matahari yang menembusi kulit akan menyebabkan sel melanosit diaktifkan.
    2. Pengaktifan Melanosit: Melanosit adalah sel yang menghasilkan melanin (pigmen warna pada kulit, rambut, dan mata).
    3. Sinar UV akan merangsang melanosit untuk menghasilkan lebih banyak melanin sebagai tindak balas untuk melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya.
    4. Pembentukan Melanosom: Melanin yang baru dihasilkan oleh melanosit dikumpulkan dan dipanggil melanosom.
    5. Melanosom berfungsi untuk membawa melanin ke permukaan kulit.
    6. Pengeluaran Jeragat: Melanosom bergerak ke atas kulit ke lapisan epidermis, yang merupakan lapisan paling luar kulit.
    7. Di dalam epidermis, melanin disebarkan secara tidak sekata pada kulit dan ini membentuk jeragat.

    Fakta tentang terhasilnya jeragat di muka

    • Fungsi melanin adalah sebagai perisai semulajadi yang melindungi kulit dari sinar UV. Apabila sinar matahari terkena kulit, melanin menyerap sinar UV dan mengubahnya menjadi haba untuk melindungi DNA sel kulit dari kerosakan yang lebih serius.
    • Takde masalah jika cikpuan kurang faham tentang proses yang telah Nad kongsikan di atas. Yang perlu cikpuan tahu, jeragat yang terhasil dari matahari adalah sebagai tindak balas kulit untuk melindungi sel kulit cikpuan dari rosak.
    • Tapi, suka Nad nak ingatkan, walaupun fungsi ini adalah salah satu cara badan melindungi diri cikpuan, ia tidak boleh melindungi 100% dan sinar UV yang berlebihan masih boleh merosakkan kulit.

    Sebab itu, sangat penting untuk cikpuan untuk memakai sunscreen. Cikpuan juga disarankan untuk tidak menggunakan produk yang mengurangkan melanin, pada masa yang sama merosakkan kulit wajah, serta tidak menjaga kulit wajah dengan betul dan baik.

    Contohnya produk timbang kilo yang mengandungi hydroquinone. Kulit cikpuan akan berisiko menjadi lebih teruk, kerana ia semakin nipis dan sensitif. Penghasilan jeragat semakin mudah dan kerosakan kulit juga bertambah.

    Adakah Hormon Penyebab Jeragat?

    Kalau cikpuan nak tahu, apabila cikpuan melalui masa fasa menopause ataupun premenopause, hormon cikpuan akan mempengaruhi jeragat cikpuan. Apabila hormon estrogen berkurang, kulit akan menjadi lebih sensitive terhadap cahaya matahari.

    Selain itu, perubahan hormon semasa period juga mempengaruhi penghasilan melanin, seterusnya pembentukan jeragat. Jeragat yang terhasil akibat hormon selalunya adalah melasma.

    Melasma yang disebabkan oleh perubahan hormon boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa bulan selepas bersalin atau apabila cikpuan berhenti mengambil ubat hormon.

    Cara Hilangkan Jeragat

    Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu mengurangkan atau memudarkan jeragat:

    • Memakai sunscreen: Ini adalah tips yang utama untuk kurangkan dari sel-sel melanosit hasilkan melanin. Sunscreen akan melindungi kulit cikpuan dari sinar UV dan ini akan mengurangkan beban sel-sel kulit cikpuan dari bekerja dan melindungi kulit.
    • Produk penjagaan wajah yang mengandungi bahan seperti Vitamin C dapat membantu memudarkan jeragat. Ia dapat menghalang dari penghasilan melanin seterusnya jeragat menjadi pudar.
    • Chemical Peeling: Ia akan membuang lapisan kulit paling luar yang mengandungi jeragat dan merangsang penghasilan sel kulit baru. Prosedur ini dapat membantu menyamarkan jeragat dan membuat kulit lebih cerah.
    • Laser: Dikatakan antara cara yang efektif untuk memudarkan jeragat dalam tempoh singkat. Proses ini menggunakan tenaga cahaya yang tertumpu yang akan menghancurkan pigmen melanin dalam jeragat. Kekurangan cara ini ialah kosnya agak tinggi dan ia juga berpotensi merosakkan sel kulit di bawah pigmen melanin.
    • Rutin penjagaan harian: Pernahdengarpepatah: an apple a day keeps a doctor away? Ya rutin harian sebenarnya sangat penting dalam penjagaan kulit bebas jeragat.

      Cleanser, pelembab dan sunscreen perlu diamalkan setiap hari. Namun, produk penjagaan wajah ini perlulah lembut pada kulit tetapi berkesan dalam mencerahkan jeragat kerana ia akan digunakan pada masa yang sangat panjang.
    • Biarkan kulit sembuh dengan natural: Jika kulit cikpuan luka kerana jerawat atau kemalangan, cikpuan perlu membiarkan kulit sembuh tanpa memicit di bahagian luka atau jerawat kerana ia akan menjadikan kulit tidak dibaiki dengan sempurna dan menghasilkan jeragat.

    Jeragat memang akan mengambil masa pudar dan perlukan kesabaran. Apa yang penting konsisten dan amalkan tips-tips di atas supaya jeragat cikpuan berkurangan. Sementara menunggu, cikpuan boleh mengoleskan bedak nipis sebelum keluar rumah untuk meminimakan jeragat seterusnya menaikkan seri wajah.

    Petua Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi

    Baking Soda

    Baking soda bertindak sebagai penggelupasan kulit, menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati. Ia juga mengekalkan pH sihat di permukaan kulit cikpuan.

    Hanya ambil 2 sudu baking soda dan campurkan sedikit air dan urutkan ke bahagian jeragat selama 10 minit. Kemudian, biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air sejuk dan gunakan tuala bersih. Amalkan setiap hari.

    Jus Lemon

    Mengandungi asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan sel kulit mati dan juga merangsang pertumbuhan sel baru.

    Jus lemon dikatakan membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringennya. Celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka cikpuan. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci muka dengan air sejuk.

    Ulangi setiap hari sebelum tidur, dan teruskan selama beberapa bulan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Jika cikpuan mempunyai luka atau jerawat pada kulit, elakkan daripada terkena tempat tersebut. Kalau tidak, cikpuan akan terasa pedih.

    Oatmeal

    Oatmeal adalah ejen pengelupasan semulajadi yang berkesan untuk menghilangkan sel kulit mati, kotoran, dan minyak berlebihan pada wajah seseorang.

    Masukkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat dengan tambahan satu sudu cuka epal cider jika cikpuan mahu kedalam bekas.

    Kemudian, lembapkan wajah cikpuan dengan air suam dan letakkan campuran ini pada wajah cikpuan selama 10-15 minit. Wajah cikpuan akan nampak glowing jika diamalkan dalam jangka masa panjang.

    Cuka Epal

    Cuka epal cider berfungsi sebagai astringen yang berupaya mengeluarkan minyak berlebihan dari kulit wajah. Selain itu, ia juga antiseptik dan anti-bakteria untuk mencegah jerawat.

    Manfaat daripada menggunakan cuka epal cider ialah ia boleh mengelupas kulit mati, memudarkan garis-garis halus, dan juga jerawat di muka. Ia juga berkesan untuk menghilangkan minyak berlebihan yang mungkin terdapat pada kulit cikpuan.

    Cuka epal boleh digunakan sebagai toner wajah dengan cara campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka cikpuan dengan menggunakan bola kapas dan biarkan selama 10 minit.

    Setelah itu, bilas dengan air bersih. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan di sekitar pelipis dan mata.

    Jeragat di muka mengambil masa untuk hilang

    Apa yang cikpuan perlu tahu, jeragat di muka ni memang perlukan masa dan kesabaran untuk hilang. Yang penting cikpuan kena konsisten dan mula amalkan tips-tips di atas supaya jeragat cikpuan berkurangan.

    Sementara menunggu, cikpuan boleh mengoleskan bedak nipis sebelum keluar rumah untuk meminimakan jeragat seterusnya menaikkan seri wajah. Cikpuan juga boleh amalkan skincare yang khas untuk pudarkan jeragat dan anti penuaan.

    Jika cikpuan mencari skincare yang tinggi antioxidan, lembut pada kulit, hasil kajian UTM lebih dari 10 tahun, klik skincare antipenuaan ni sekarang.

    Share:

    More Posts

    5 Cara Menangani Stress

    Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

    Kenali tahap penuaan kulit wajah cikpuan

    Dapatkan ebook ni secara PERCUMA dan semak tanda-tanda penuaan ni di wajah cikpuan. Cikpuan juga akan diberi tips & cara-cara untuk merawat kesan penuaan ni secara selamat & holistik.