Bagaimana cara hilangkan jeragat melasma

hilangkan jeragat melasma

Adakah Melasma Merbahaya?

Jeragat melasma tidak berbahaya dan ia adalah salah satu tindakbalas oleh badan kita. Tetapi, kesan melasma ini boleh menampakkan seseorang itu lebih berusia dari umur sebenar. 

Adakah sukar hilangkan jeragat melasma?

Mengikut kepada yang Nad sebut di atas, ia bergantung kepada jenis jeragat melasma yang cikpuan ada. Jika cikpuan mempunyai jeragat dermal memang akan agak susah untuk dihilangkan. 

Tetapi cikpuan jangan risau, terdapat banyak cara untuk hilangkan jeragat melasma ini meskipun ia mengambil masa.

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Masalah Jeragat Melasma Ni?

Banyak cara untuk hilangkan jeragat melasma ni. Nad cadangkan cikpuan mulakan dari sekarang.

Ini kerana untuk memudarkan jeragat secara semulajadi dan selamat mengambil masa 3 – 12 bulan bergantung kepada tahap keseriusan jeragat cikpuan tu.

1. Memakai pelindung matahari (sunscreen)

Menurut artikel dari AADA, sunscreen sangat diperlukan untuk menghalang jeragat melasma baru muncul. Ahli dermatologi mencadangkan sunscreen yang mengandungi bahan-bahan berikut:

  • Zinc oxide
  • Titanium dioxide
  • Iron oxide

Ini adalah sunscreen jenis physical iaitu tidak meresap ke dalam kulit untuk menghalang sinar uv masuk.

Selain itu, pilihan SPF sekurang-kurangnya SPF 35++ sangat digalakkan. Sentiasa topup atau oles semula setiap 2-3 jam jika cikpuan berada di luar pada jangka masa yang lama.

Kalau boleh cikpuan kurangkan untuk berada di kawasan yang boleh terkena cahaya matahari secara terus. Ini disebabkan tiada sunscreen yang boleh menghalang kesan sinar UV 100% walaupun cikpuan memakai SPF100++

2. Ketidakstabilan Hormon

Jika cikpuan mengandung, cikpuan hanya perlu menikmati saat mengandung. Tak perlu risau tentang masalah hormon pada masa ini kerana ia adalah sementara sahaja. Hormon cikpuan akan normal semula apabila bersalin nanti.

Untuk cikpuan yang mengalami masalah ketidakstabilan hormon yang serius atau mengambil perancang kehamilan, boleh la berjumpa dengan doktor untuk melihat alternatif atau rawatan yang tidak mengganggu hormon cikpuan.

3. Skincare yang mencerahkan jeragat

Ada skincare boleh mencerahkan kulit dan memudarkan jeragat. Namun, cikpuan perlu berhati-hati dalam pemilihan skincare pencerah kerana ia mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan keseluruhannya seperti Hidrokuinon dan Tretinoin.

Cari skincare yang mengandungi bahan pencerah seperti roselle, vitamin C, extrak tsubaki, azelaic acid, kojic acid, retinol dan sebagainya.

Bahan-bahan ini selalunya berupaya menghalang proses penghasilan jeragat di dalam kulit dari berlaku dan tinggi antioxidant supaya dapat meneutralkan radikal bebas dari sinar uv (yang menyebabkan jeragat).

Pada masa yang sama, pastikan skincare jenis ini bebas paraben, sls dan alkohol kerana kulit boleh menjadi sensitif dan keradangan bila digunakan dalam jangka masa yang lama.

Jika cikpuan sudah amalkan skincare seperti yang disebutkan, tetapi tidak melihat apa-apa kesan, cikpuan boleh mencuba asid tranexamic. Serum yang mengandungi asid ni boleh ditambah ke dalam rutin penjagaan harian cikpuan.

Gabungkan dengan teknologi nano untuk penyerapan lebih optimum

Apalah guna jika skincare cikpuan guna tinggi bahan nutrien namun hanya sedikit sahaja yang sampai ke lapisan kulit dalam dan sel jeragat.

Di sinilah pentingnya supaya bahan-bahan dalam skincare ini bersaiz sangat halus iaitu nano supaya, penyerapan bahan nutrien skincare anti jeragat itu lebih berganda.

Carilah skincare yang mendapat pengiktirafan nano certified oleh badan kerajaan samada dalam atau luar negara.

Salah satu skincare yang menggunakan teknologi nano ini ialah NK Age-Reverse. Ia adalah hasil kajian sekumpulan para saintis di UTM yang terbukti selamat dan tiada kandungan SLS, Paraben dan Alkohol.

Ia mengandungi bahan pencerah jeragat seperti vitamin C yang tinggi, roselle, extract tsubaki yang mampu memudarkan jeragat dan menyihatkan kulit dengan selamat.

Hasilnya, jeragat melasma cikpuan akan beransur pudar dengan penggunaan konsisten. Kulit juga menjadi sihat dan lembab. Jangan terkejut, jeragat yang dah lama bertapak di muka beransur pudar!

Klik NK Age-Reverse untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!