Cara Pilih Skincare Jeragat Mengikut Jenis Kulit

Salah satu cara memilih skincare jeragat ialah dengan menyemak samada bahan-bahan di dalam skincare sesuai dengan jenis kulit.
skincare jeragat

Skincare jeragat memang banyak di pasaran. Nad pun kalau masuk drugstore memang rambang mata. Walaupun skincare jeragat ni dijanjikan berkesan oleh pengeluar, tak semua sesuai dengan kulit kita.

Skincare jeragat yang tinggi bahan kimia memang dikatakan sangat berkesan untuk hilangkan jeragat lama. Apa yang tak ‘best’nya ialah kesan sampingan selepas kita guna skincare jeragat tu.

Jadi cikpuan perlu hati-hati dalam memilih skincare. Kalau boleh elakkan skincare yang bertoksik dan mengandungi bahan sintetik yang tinggi. Contohnya merkuri, hydroquinone, paraben, sls dan fragrance.

Jadi untuk post ni, Nad nak kongsikan cara pilih skincare jeragat mengikut jenis kulit cikpuan.

Jenis kulit dan skincare jeragat yang sesuai

Suka Nad ingatkan cikpuan, peraturan pertama memilih skincare ialah cari skincare yang mengandungi bahan yang lembut pada kulit, kurang bahan sintetik dan tidak bertoksik.

Walaupun skincare cikpuan guna itu mempunyai bahan yang sangat berkuasa menghilangkan jeragat, tapi jika ia mempunyai bahan-bahan ini, cikpuan akan menghadapi masalah kulit yang lebih serius.

Contoh bahan-bahan yang sangat kuat menghalang dan mencerahkan jeragat ialah hydroquinone. Malangnya bahan ini sangat berbahaya bukan pada kulit tetapi juga kepada badan cikpuan. 

Kulit sensitif dan kering

Untuk pemakaian vitamin C, seeloknya cari kandungannya kurang dari 10%. Ini kerana vitamin C yang terlalu tinggi boleh merengsakan kulit.

Gunakan bahan yang pelembab yang baik seperti asid hyaluronik dan extrak tsubaki baki memberi kelembapan yang maximum dan mengekalkannya dengan lebih lama. Cikpuan tidak perlu kerap menyapu pelembab yang mengandungi bahan-bahan ini. 

Kalau cikpuan ingin memakai retinol pula, pilih retinol yang lembut pada kulit. Encapsulated retinol bertindak melepaskan bahan-bahan ke dalam kulit secara perlahan-lahan dan lebih lama. Tidak seperti retinol biasa, ia lebih sesuai untuk kulit sensitif.

Asid Azeliac pula sifatnya lebih lembut dari asid-asid yang lain. Jadi, ia sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

skincare jeragat - kulit kering

Kulit Berminyak

Kulit yang berminyak berlaku bila mana, ‘kilang minyak’ dikulit menghasil minyak berlebihan. Namun, ramai yang geram dengan kulit berminyak ni terus menggunakan produk yang menghilangkannya secara terus. 

Contohnya ialah bahan SLS, fragrance dan alcohol-based skincare. Bahan-bahan ini memang berkesan membuang minyak. Malangnya ia membuang sekali minyak semuljadi di atas kulit. 

Ini menjadikan lapisan kulit luar mudah rosak, ‘kilang minyak’ akan menghasilkan lebih banyak minyak di kulit untuk menggantikan kehilangan kelembapan tadi.

skincare jeragat - kulit berminyak
Sesetengah skincare for oily skin akan membuatkan kulit menjadi lebih berminyak

Sama seperti kulit kering, cikpuan boleh gunakan yang pelembab yang baik seperti asid hyaluronik dan extrak tsubaki baki memberi kelembapan yang maximum kepada kulit tanpa rasa melekit.

Untuk kulit cikpuan tiada masalah jika menggunakan retinol dan asid azelaic.

Kulit Kombinasi

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kulit jenis ini. Antaranya ialah hormon dan salah guna produk. Kulit kombinasi berisiko terjadinya jerawat. 

Untuk kulit jenis ini, cikpuan perlu melihat samada kulit cikpuan sensitif atau tidak. Jika tidak, cikpuan boleh menggunakan cara yang disyorkan untuk kulit berminyak. Jika kulit cikpuan sensitif, cuba gunakan bahan-bahan yang lembut seperti kulit kering.

Fragrance, SLS, alcohol, paraben dan bahan toksik yang tinggi perlu dielakkan. Ini akan menyebabkan kawasan kering menjadi lebih kering, dan berminyak , menjadi lebih berminyak. 

Proses menghilangkan jeragat ini sebenarnya adalah proses setiap hari. Walaupun cikpuan menggunakan terapi laser (kesan yang lebih pantas), cikpuan masih perlu menggunakan skincare yang bagus setiap hari.

Nad percaya, setiap apa yang kita buat walaupun mungkin tidak nampak sekarang, akan memberi kesan dalam jangka masa panjang. Jadi, Nad harap cikpuan pilih produk yang lembut dan selamat supaya dilindungi dari kesan-kesan yang kurang baik pada masa akan datang.

skincare jeragat - kulit kombinasi

Jika cikpuan masih tercari skincare yang mempunyai bahan mengurangkan jeragat dengan selamat dan berkesan, cubalah NK Age-Reverse Skincare. 

Ia mengandungi formula BeuTcomplex iaitu kumpulan bahan jeragat dan anti penuaan terbaik dunia. Mendapat pengiktirafan lab tested, bebas paraben dan SLS, NK Age-Reverse sangat lembut dan selamat pada kulit wajah. 99% bahan natural. 

Hasilnya, kulit cikpuan akan sihat dan lembab. Oh ya, ia mencerahkan jeragat cikpuan bermula dari penggunaan cleanser.  Jadi jangan terkejut kalau orang tegur jeragat pudar, kulit jadi anjal dan glowing!

Klik NK Age-Reverse Skincare untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!