Senaman Untuk Kulit Sihat dan Glowing

Khas untuk wanita yang nak upgrade kecantikan kulit dengan senaman, tapi sering takde masa dan keletihan. Jom baca tips untuk amalkan senaman untuk kulit jadi lebih mudah.
Senaman untuk kulit glowing

Untuk wanita yang busy kerja balik lambat mesti tak suka dengar ni. Ya, senaman untuk kulit. Tapi cikpuan jangan risau, jom baca ni…

Macam kisah Siti ni. Sebelum ni rasa malas sangat nak bersenam. Lagi-lagi kalau kena buat setiap hari. 

Mana tak malasnya, balik rumah dari ambil anak, penat tak habis lagi nak kena masak dan siap-siapkan anak. 

By the time semua dah setel, tenaga pun dah habis. Tunggu masa nak naik katil je.

Disebabkan Siti ni jenis peramah, dia pun tegurla akak Suria. Akak Suria cerita, dia dah 4 bulan amalkan senaman setiap hari. Rasa ringan sikit badan, katanya

Tapi bila dengar senaman, terus rasa malas nak teruskan perbualan. Akak Suria nampak muka Siti macam malas nak dengar, dia pun cakap:

“Kita ni tak perlu pun nak pergi gym atau jogging satu padang sambil kendong anak.. Yang penting, kita buat pergerakkan yang mengeluarkan peluh. Yang paling best, set je masa 5 minit.”

Wow, bila sembang dengan akak Suria, Siti macam terbuka minda tentang senaman.

“Senaman untuk kulit ni tak perlu susah-susah..”

“Kalau kita tak larat nak senaman petang, buat pagi. Bangun 15 minit lebih awal, solat tahajjud dan lepas tu senaman 5 minit.” sambung Akak Suria.

“Dekat rumah pun boleh buat. Beli yoga mat, buka youtube dan search senaman untuk 5 minit macam plank ke 5 min fat burner exercise ke zumba atau macam-macam lagi.”

“Lepas tu boleh mandi dan sambung uruskan aktiviti harian kita. Mudah kan?”

Cikpuan pun boleh dapatkan kulit glowing dengan hanya mula amalkan setiap hari cuma 5 minit, buat aktiviti mengeluarkan peluh. Banyak manfaat senaman untuk kulit ni.

Manfaat senaman untuk kulit

Kalau cikpuan nak tahu, ada kajian menunjukkan kulit seorang yang aktif lebih sihat, mampu untuk mengekalkan kelembapan semulajadi kulit dan dapat mengurangkan risiko masalah kulit di kemudian hari.

Lapisan dermis (kulit di bahagian bawah) juga dikatakan menjadi lebih tebal dengan senaman. Apabila lapisan dermis menjadi lebih tebal, sagging dan kedutan kulit kurang kelihatan.

Jadi, kulit cikpuan akan lebih tegang dan susah untuk kendur dan sagging. 

Selain itu, cikpuan juga akan dapati stress cikpuan berkurangan dan tidur cikpuan lebih nyenyak. Bagaimana ini berlaku?

Senaman dapat mengurangkan kesan stress yang mana stress adalah salah satu penyebab masalah kulit seperti jerawat, lebih sensitif, psoriasis dan atopic.

Akhir sekali, seperti akak Suria, kulit cikpuan pun boleh jadi glowing. Bila cikpuan bersenam, peredaran darah menjadi lancar dan oksigen akan disampaikan ke sel-sel kulit cikpuan.

Kulit cikpuan akan bersinar atau orang panggil glowing!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom mula hari ini. 5 minit setiap hari.

Senaman adalah salah satu cara nak dapatkan kulit glowing dan sihat. Cara yang lain ialah menggunakan produk yang selamat dan berkualiti.

Jika cikpuan masih mencari skincare anti penuaan yang selamat, apa kata cikpuan cuba NK Age-Reverse. Dengan NK Age-Reverse, cikpuan akan dapati kulit sihat, berseri dan glowing dengan selamat. 99% bahan natural, bebas toksik, bebas SLS, bebas merkuri, bebas paraben. 

Klik skincare anti jeragat untuk info lanjut.

Share:

More Posts

5 Cara Menangani Stress

Jangan biarkan kulit cikpuan cepat berusia disebabkan stress yang berterusan. Ketahui 5 cara menangani stress.

Kebaikan retinol untuk jeragat

Kebaikan Retinol Untuk Jeragat

Ramai wanita mula menggunakan retinol dalam memudarkan jeragat mereka setelah banyak kajian dilakukan & keberkesanannya. Jom baca post ni untuk tahu kebaikan retinol untuk jeragat.

Dapatkan Tips Cerahkan Jeragat & kulit kusam

Mula amalkan cara yang betul untuk pudarkan jeragat dan cerahkan kulit kusam dengan selamat dan sihat!