Kepentingan Sunscreen Untuk Jeragat

Kepentingan sunscreen
Tahukah yang bintik hitam di wajah cikpuan adalah kesan dari terdedahnya kulit di bawah sinar matahari pada waktu yang lama? Ia tidak berlaku dalam masa sehari. Di sinilah peranan dan kepentingan sunscreen untuk jeragat cikpuan.

Selama ini Nad memang pandang enteng kepada sunscreen. Sebab sunscreen ni dia tidak memberikan apa-apa kesan pada masa sekarang kecuali muka jadi sunburn jika terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. 

Walaupun berpuluh artikel Nad baca mengenai pemakaian sunscreen, Nad tak cukup konsisten untuk pakai setiap hari. Sehingga la Nad mengandung anak bongsu beberapa tahun yang lepas. Nad memang mabuk teruk dan takde mood untuk pakai apa-apa langsung di muka.

takde mood - kepentingan sunscreen untuk jeragat

Kebetulan, masa itulah komitmen Nad selalu berada di luar. Sehingga kandungan Nad dah masuk 3rd trimester, Nad saja pergi ke spa untuk me’reward’ diri sebelum bersalin. Nad terkejut yang staff di spa tu tanya Nad ada pakai sunscreen ke tak.

Bila doktor in-charge tu scan muka Nad, memang banyak sangat bintik hitam (jeragat melasma) di muka Nad. Ada yang di lapisan dalam kulit sedang menunggu masa untuk keluar. Lepas tu bila Nad perhatikan di cermin, barulah Nad perasan, selamani Nad biarkan je kulit Nad tanpa perlindungan sehingga keluarnya jeragat.

Kenapa Pentingnya Sunscreen Untuk Jeragat?

Jeragat ni ada banyak faktor dan ia mengikut jenis jeragat cikpuan. Macam Nad, bintik hitam keluar banyak dan meliputi atas pipi. Nad punya jeragat jenis melasma. 

Nad sampai tak pakai sunscreen pun keluar. Bila gabungan hormon & sinar UV bergabung, haa keluarla jeragat. Masa tu awal 30an, yang mana Nad tak terfikir pun berkenaan jeragat ni. Cikpuan punya jeragat pula jenis apa? Kalau cikpuan tak tahu lagi, boleh baca di post ini. 

kesan sunscreen untuk jeragat

Komponen Dalam Cahaya Matahari

Cikpuan tahu yang sunscreen ni melindungi kulit dari kesan sinar UV. Tapi, sejauh manakah bahayanya sinar UV ni? Jom lihat gambar di bawah.

Beza UVA dan UVB

Sinar matahari adalah salah bentuk gelombang yang dipancarkan ke bumi. Matahari sangat penting kepada hidupan di bumi termasuk kita sebagai manusia. Namun, jika kulit terdedah kepada sinar matahari secara berlebihan, kulit akan rosak. 

Sinar UV yang sampai ke bumi ialah UVA dan UVB. UVC tidak sampai kerana ditapis oleh lapisan ozon bumi. Terlalu banyak sinar UVB boleh menyebabkan sunburn, manakala UVA pula boleh menembusi lapisan kulit lebih dalam berbanding UVB.

Kesan UVA kepada kulit
Kesan UVB kepada kulit

Kedua-dua sinar ini menghasilkan bahan radikal bebas dan merosakkan sel-sel kulit. Ini mengganggu proses penghasilan sel-sel kulit baru, menjadikan kulit kendur (sagging) dan garis halus terhasil. 

Selain dari itu, cahaya matahari yang terlalu lama boleh meningkat risiko kanser kulit atau melanoma. Ini disebabkan sinar UV berjaya merosakkan DNA di dalam kulit kita.

kepentingan sunscreen untuk jeragat

Untuk pengetahuan cikpuan, kulit kita ni diciptakan untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak akibat terkena cahaya matahari. Namun, apabila cikpuan meningkat usia, prestasi badan kita semakin menurun.

Sebab itulah, kita perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk membantu badan kita memperbaiki sel-sel kulit rosak yang banyak ini. Salah satu caranya ialah menggunakan sunscreen.

Apabila kita memakai sunscreen, sinar UVA dan UVB ini dapat ditapis dari terkena kulit. Kerosakkan sel dapat diminimumkan seterusnya mengurangkan beban badan kita untuk membaiki sel-sel yang rosak. Hasilnya, kulit cikpuan kelihatan muda walaupun sudah berusia!

Apa Akan Jadi Kalau Salah Pilih Sunscreen?

Fungsi sunscreen ialah menghalang sinar UVA dan UVB dari terkena kulit. Tetapi jika sunscreen yang dipakai tidak cukup perlindungan, cikpuan masih terdedah kepada bahaya sinar matahari ni. 

Kalau cikpuan tersalah pilih sunscreen, sunscreen itu cuma melindungi sinar UVB dan bukan UVA. Selepas beberapa tahun, cikpuan mungkin mengalami pertumbuhan jeragat. 

Banyak sunscreen di pasaran yang tinggi perlindungan tetapi bahaya kepada kulit kerana mengandungi bahan kimia yang terlalu tinggi dan menutupi liang roma. Nasib tak baik, kesan dari pemakaian sunscreen, muka cikpuan breakout dan menjadi sensitif pula.

Kesan salah pilih sunscreen

Jadi penting untuk cikpuan semak dahulu samada sunscreen yang cikpuan nak beli memenuhi garis panduan ni. Ini boleh kurangkan risiko dari masa, tenaga dan wang ringgit dari terbazir begitu sahaja.

Cara Pilih Sunscreen Yang Betul

“Tapi Nad, macam mana nak pilih sunscreen yang betul?” “Susah tak?” “Kalau ikut garis panduan Nad, muka tak akan rosak ke?”

Cikpuan jangan risau tau. Nad letakkan gambar di bawah untuk senang cikpuan semak. Tak susah dan cikpuan tak perlu tahu semua maksud term-term di bawah. 

Berkenaan panduan di bawah ni, Nad kumpul dari kajian dan artikel yang Nad baca supaya cikpuan ada idea tentang pemilihan sunscreen.

cara pilih sunscreen untuk jeragat

Jujur cakap, sunscreen ni takde yang 100% bebas bahan sintetik. Kebanyakkannya memang kandungan yang tinggi. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah kurangkan risiko keradangan kulit sambil menikmati kesan sunscreen itu sendiri.

Dan kalau cikpuan tergolong dalam wanita yang mempunyai kulit terlalu sensitif dan mempunyai penyakit kulit, sedang mengambil ubat-ubatan dari doktor, sebaiknya semak dengan doktor dahulu tentang kandungan sunscreen yang cikpuan ingin beli untuk dapat kepastian.

Jadi untuk beri jaminan 100% berkesan dan tidak merengsakan kulit tu Nad tak boleh Nad janji. Lagi-lagi jenis dan keadaan kulit tak sama. Tapi Nad akan berusaha untuk bagi sebanyak info yang Nad tahu supaya cikpuan boleh kurangkan risiko ini ya.

  1. Jenis sunscreen. Physical atau chemical?
  2. Berapakah SPF (Sun Protection Factor)
  3. Kandungan bahan sintetik dan peratusannya
  4. Pengiktirafan lab tested (jika no.3 tidak diketahui)

Physical Vs Chemical Sunscreen

Jenis sunscreen terbahagi kepada 2 iaitu physical blockers dan chemical blockers. Blocker bermaksud penghalang (dari sinar UV).

Sunscreen physical vs chemical

Physical blocker menghalang sinar UV dari masuk ke dalam lapisan kulit. Ia akan memantulkan sinar UV.

Chemical blocker pula menggunakan partikel nano (bersaiz halus) yang meresap kesan UV ke dalam kulit. Ia akan ditukarkan menjadi haba dan dilepaskan. 

Jika cikpuan mempunyai jeragat, disarankan untuk menggunakan sunscreen jenis physical blocker. Sunscreen ini menghalang sinar UV dari masuk ke kulit lebih efektif berbanding chemical blocker.

Berapa Spf Minimum Yang Perlu Di Pakai?

SPF adalah ukuran sebanyak mana sunscreen mampu menangkis sinar UVB. Seperti yang Nad nyatakan, UVB ni boleh menyebabkan sunburn, kerosakkan kulit dan kanser.

SPF 15 menghalang 93% radiasi UVB, SPF 30 pula 97%, manakala SPF 50 ialah 50%. Jadi cikpuan perlu lebih tinggi SPF kerana ia lebih baik? -Ya dan tidak.

SPF sunscreen

Menurut artikel dari MD Anderson (The University of Texas), SPF 30 adalah mencukupi. SPF yang lebih tinggi memang memberi perlindungan lebih tetapi perbezaannya adalah sangat sedikit iaitu dalam 1% sahaja.

Nad tahu ramai yang fikir yang 1% masih memberi impak, tetapi hanya untuk mendapatkan perlindungan 1% lebih, banyak bahan kimia yang diletakkan supaya SPF tu tinggi. Kulit muka cikpuan akan menerima kesan sampingan lain pula dari bahan kimia tersebut.

Yang penting ialah selepas 2 jam kita menyapu semula sunscreen. Ini kerana peluh dan gosokkan pada muka menyebabkan sunscreen itu hilang. Keberkesanannya pula berkurang.

Apa Itu Broad Spectrum?

Selain SPF, ciri yang utama yang cikperlu lihat adalah adakah sunscreen itu jenis broad spectrum? Broad spectrum memfokuskan kepada sinar UVA pula.

Kesan UVA ini adalah jeragat, penuaan kulit, kulit kendur, garis halus dan sebagainya. Ia juga boleh merangsang kanser kulit.

Malangnya tiada data yang kita boleh ketahui berapa banyak peratus perlindungan dari sinar UV seperti SPF. Broad melindungi kulit dari UVA dan UVB.

Bagaimana Nak Kenalpasti Mana Satu Physical Atau Chemical Blocker?

Cikpuan boleh lihat di label atau bertanya terus kepada penjual sunscreen. Cara lain ialah melihat kandungan di dalam sunscreen itu. Bahan di dalam sunscreen physical blockers adalah:

  • Zinc Oxide
  • Titanium Oxide

Untuk chemical blocker pula:

  • Avobenzone
  • Oxybenzone
  • Octinoxate
  • Tinosorb

Bagaimana Dengan Mineral Sunscreen?

Mineral sunscreen adalah sama dengan physical sunscreen. Terma yang digunakan saja berbeza. 

Kulit Saya Sesuai Untuk Sunscreen Yang Mana?

Seperti dalam gambar di bawah, ada 4 jenis kulit yang biasa dikalangan kita. Ini adalah cadangan jenis sunscreen yang sesuai mengikut kulit cikpuan:

  1. Kulit kering: Kulit jenis ini mungkin mengalami kerosakkan lapisan kulit luar (skin barrier) dari sinar UV. Cikpuan perlukan pelembab tambahan di dalam sunscreen seperti asid hyaluronik atau ceramides.
  2. Kulit berminyak: Pilih sunscreen yang tidak menutup pori seperi zinc oxide, titanium dioxide, niacinamide. Bahan yang comedongenic atau menutup pori-pori adalah seperti minyak kelapa, koko butter.
  3. Kulit kombinasi: Cikpuan perlukan imbangan kelembapan pada masa yang sama tidak menutup liang roma.
  4. Kulit sensitif: Cikpuan perlu pilih sunscreen jenis physical blocker kerana ia tidak menyerap ke dalam kulit dan memberi alahan kepada kulit cikpuan. Cari skincare yang mempunyai bahan yang meredakan keradangan (calming effect).
  5. Kulit berjerawat: Cikpuan mungkin mempunyai masalah jerawat dan kulit kering/berminyak/kombinasi/sensitif. Penting untuk cikpuan elakkan sunscreen jenis chemical blockers, yang menutup liang roma, fragrance dan paraben.

phyiscal sunscreen chemical sunscreen

Cara Pakai Sunscreen Yang Betul

Caranya mudah sahaja.

  • Cikpuan perlu picit 1-2 jari dan meratakan sunscreen ke atas muka. 
  • Sunscreen tak perlu tebal tetapi cukup kena dengan semua bahagian yang cikpuan nak lindung tu. 
  • Gosok sehingga cikpuan tak nampak lagi sunscreen itu.
  • Pakai 30 minit sebelum jika sunscreen chemical blockers. Untuk physical blockers pula boleh keluar sejurus selesai memakai sunscreen.
  • Pakai semula selepas 2 jam pemakaian sunscreen.
  • Nad selalu akan pakai sekali dengan tangan, sebab tangan Nad juga selalu terdedah kepada cahaya matahari bila keluar.
  • Pakai pelembab dahulu baru sunscreen. Kemudian disusuli dengan bedak atau mekap.

Tips Tentang Sunscreen

Sunscreen tak semestinya dipakai apabila di luar. Semasa cikpuan di rumah atau dipejabat juga, disarankan untuk memakai sunscreen. Cikpuan mungkin tak sedar yang bila cikpuan duduk di tepi tingkap dan terkena cahaya matahari.

Sunscreen bukan bermaksud untuk cikpuan boleh membiarkan diri dan tiada masalah penuaan akan berlaku. Sunscreen adalah perlindungan tambahan kepada kulit. Tiada sunscreen yang boleh menghalang sinar UV 100% walaupun SPF100.

Sunscreen jenis physical lebih selamat berbanding chemical. Namun, sesetengah sunscreen physical meninggal kesan ‘whitecast’ yang ketara. Kulit mungkin akan nampak bertompok putih. Namun, cikpuan boleh menutupnya dengan memakai bedak.

Sunscreen jenis chemical lebih disukai dikalangan wanita yang aktif kerana ia mempunyai formula tidak serap air. Ia akan menyerap ke dalam kulit.

Apabila berada di kawasan panas terik, cikpuan digalakkan untuk memakai topi yang besar, payung atau mengelakkan diri dari berjemur terlalu lama.

Sunscreen untuk jeragat sangat penting untuk halang sebahagian besar penghasilan jeragat baru

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada cikpuan tentang kepentingan memakai sunscreen. Dan Nad harapkan sunscreen yang cikpuan pilih tu cukup untuk mengurangkan kesan jeragat, menyihatkan kulit dan mencantikkan kulit cikpuan.

P/s: Adakah cikpuan mencari sunscreen untuk hilangkan jeragat, pada masa yang sama mempunyai masalah kulit kering, sensitif atau berjerawat? Inginkan sunscreen yang bebas bahan toksik dan diiktiraf lab tested?

Sunscreen ni mengandungi bahan pencerah, antipenuaan dan pelembab yang tinggi menjadikan kulit glowing, awet muda dan pudarkan jeragat cikpuan. Bau dia harum tapi tiada pewangi tiruan tau. Kulit rasa lembut bila disapu.

Klik NK Age-Reverse Sunscreen untuk info lanjut.

Sharing is caring:

Cikpuan mungkin berminat..

Elakkan 5 Kesalahan Utama Yang menghalang kulit berseri & awet muda.

Dapatkan senarai 5 kesalahan lazim ni sering dilakukan wanita menyebabkan kulit wajah cepat rosak dan kelihatan lebih tua. Ketahuinya sebelum terlambat!