5 punca kulit berminyak

Punca kulit berminyak
Posting ni khas untuk cikpuan yang ada masalah kulit berminyak walaupun dah meningkat usia. Ketahui 5 punca kulit berminyak.

Posting ni khas untuk cikpuan yang tercari-cari punca kulit berminyak.

Dulu-dulu Nad ingat kulit berminyak ni untuk orang yang muda je, tapi bila tengok ada adik di tempat ofis kulit dia kering jadi nad rasa oo tak mungkin la.

Lepas tu Nad rasa kalau makan makanan berminyak dan goreng, kulit jadi berminyak. Nad tengok kawan-kawan Nad hari-hari makan makanan bergoreng, tapi kulitnya tak berminyak. 

Akhirnya Nad buat research dan jumpa punca-puncanya.

Bila tahu punca-punca ni, Nad perasan yang sangkaan Nad sebelum ni takde la salah 100%. Tapi kurang tepat.

1. Punca kulit berminyak: Stress

Zaman sekarang tak macam dulu. Semua bergerak agak pantas. Makin lama makin banyak benda nak kena buat. Kesannya, kita jadi stress tanpa kita sedar.

Punca kulit berminyak - stress

Stress yang berpanjangan memberi kesan kepada kulit kita dan menjadi salah satu penyumbang kepada kulit berminyak. Bila cikpuan stress,  badan akan hasilkan lebih banyak sebum (minyak di muka)

Semakin cikpuan stress, kulit cikpuan akan bertambah berminyak. 

2. Penggunaan Skincare Yang Salah

Nombor 2 ni lah terjadi kepada Nad. Sebelum kulit Nad jadi berminyak dan sensitif, jenis kulit Nad normal dan bersih.

Semuanya berubah, bila Nad mula memakai krim muka dan pencuci muka dari salah sebuah drugstore tanpa menyemak kandungannya. 

Lebih teruk ialah Nad tak tahu pun kulit Nad sedang merana kerana Nad ingatkan ia hanya sementara. Kesannya, kulit Nad jadi lebih berminyak, sensitif dan senang tumbuh jerawat. 

Bila Nad mula mempelajari tentang kandungan bahan di dalam sesuatu skincare, barulah Nad faham.

Sesetengah produk walaupun dilabelkan sebagai selamat masih belum selamat untuk kulit wajah individu itu. 

Nad bersyukur yang Nad dah tak mudah terpengaruh lagi dengan produk murah, mahal, timbang kilo, farmasi atau drugstore.

Jadi, penting untuk Nad ingatkan kepada cikpuan untuk hati-hati dalam memilih skincare.

3. Perubahan Hormon

Hormon seperti mengandung, period dan ubat-ubatan boleh menyebabkan kulit berminyak. Tetapi, faktor-faktor ini hanyalah bersifat sementara.

Kulit cikpuan akan jadi normal semula apabila hormon cikpuan stabil. 

4. Kelembapan Kawasan & Cuaca

Kawasan tropika dan panas seperti negara kita cenderung untuk menyebabkan kulit jadi berminyak. Namun, tak semua akan mengalami kulit berminyak.

5. Diet Pemakanan

Pemakanan memang berkait rapat dengan keadaan kulit wajah seseorang. Sel yang sihat adalah dari nutrien dalam badan yang kita ambil di dalam pemakanan harian kita. 

Menurut kajian, makanan seperti minuman ringan, daging merah dan susu boleh menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak.  

Kesimpulan

Punca-punca kulit berminyak tak sama dari satu individu dengan individu yang lain. Ia juga boleh jadi salah satu atau gabungan dari beberapa senarai ini.

Semoga senarai ini dapat membantu cikpuan untuk mengenalpasti apakah punca-punca masalah kulit berminyak cikpuan. 

Contohnya, cikpuan boleh semak sama ada skincare yang cikpuan guna bagus dan selamat atau tidak. Skincare yang bagus bukan terletak pada harga murah atau mahal, tapi skincare tu dah ada kajian R&D dan bahan-bahan yang digunakan.

Macam NK Age-Reverse ni, ia telah melalui hasil kajian R&D di UTM lebih dari 11 tahun oleh sekumpulan saintis.

Klik cleanser untuk kulit berminyak untuk info lanjut.

Sharing is caring:

Cikpuan mungkin berminat..

Elakkan 5 Kesalahan Utama Yang menghalang kulit berseri & awet muda.

Dapatkan senarai 5 kesalahan lazim ni sering dilakukan wanita menyebabkan kulit wajah cepat rosak dan kelihatan lebih tua. Ketahuinya sebelum terlambat!