Makanan adalah sumber tenaga dan nutrien kepada sel-sel kulit kita. Jika sel-sel ini cukup nutrientnya, kulit kita akan sihat dan bersinar secara semulajadi.
Dalam pada masa yang sama, jika kita salah mengambil makanan, secara tak langsung ia akan terpancar pada kulit wajah kita. Sebelum kita pergi ke senarai makanan penyebab jeragat, betulkah makanan ni boleh menyebabkan jeragat?
Adakah Makanan Mempengaruhi Jeragat?
Seperti yang cikpuan tahu, makanan memang mempengaruhi kesihatan kulit. Jadi untuk kes jeragat ni, secara tidak langsung, ada sesetengah makanan boleh menyebabkan pertumbuhan jeragat. Ada juga disebabkan oleh kekurangan nutrien di dalam badan.
Contohnya, kajian dari Jangda et al., 2022, mengatakan yang kekurang vitamin B12 dalam badan boleh menyebabkan penghasilan jeragat. Selain itu, kekurangan zat besi juga dikatakan boleh menggalakkan penghasilan jeragat menurut ROMJ (Russian Open Medical Journal).
Jadi, jom kita tengok apa makanan yang boleh menyebabkan jeragat.
Makanan Penyebab Jeragat
1. Makanan yang mempengaruhi hormon
Seperti dalam post punca-punca jeragat, salah satu sebab jeragat semakin teruk ialah dari ketidakstabilan hormon. Jadi, makanan yang boleh mempengaruhi hormon boleh menyebabkan jeragat bertambah banyak.
Contohnya, susu soya, kacang hitam, biji rami, kacang kuda. Supplement yang mempengaruhi hormon juga perlu dikurangkan jika jeragat makin serius.
2. Makanan bergula berproses
Jeragat adalah disebabkan penghasilan melanin. Dikatakan paras gula dalam darah yang tinggi boleh mempengaruhi penghasilan melanin dengan banyak.
Cuba elakkan makanan yang mengandungi gula putih seperti minuman berkarbonat, kurangkan pencuci mulut dan makanan yang manis seperti kek dan coklat.
3. Makanan ringan dan berproses
Makanan ringan dan berproses mempunyai kesan jangka masa panjang bukan pada kulit tapi pada tubuh badan keseluruhan.
Mee segera, keropok, sosej hanya mengenyangkan. Nutrien yang berada di dalam makanan ni terlalu rendah dan tinggi bahan pengawet untuk mengekalkan kesegarannya.
Kesannya, badan-badan akan terpaksa bekerja lebih keras untuk membuang toksin dari makanan-makanan ringan ini. Kulit cikpuan akan mudah sensitif, kusam dan tidak sihat. Kulit juga tidak mampu untuk melawan radikal bebas dan menyebabkan jeragat senang keluar.
Makanan Yang Membantu Mengurangkan Jeragat
1. Makanan seimbang
Sebelum Nad masuk kepada senarai makanan yang boleh mengurangkan jeragat, penting untuk cikpuan tahu yang sel yang sihat bermula dari pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang cukup karbohidrat, protein, sayur, zat besi, lemak dan mineral. Selain itu, air kosong yang cukup membantu dalam proses baikpulih sel-sel kulit cikpuan.
2. Makanan yang tinggi anti-oxidant
Salah satu penyebab terbesar jeragat ialah kesan UV kepada kulit. Kesan UV ni akan menyebabkan sel-sel kulit teroxidan dan rosak.
Cara kita bantu kurangkan sel rosak ni dengan menambah diet “anti-oxidant”. Ini akan meneutralkan kesan pengoxidaan sinar UV kepada kulit cikpuan.
Contoh makanan: tomato, lobak merah, keledek, tembikai, avocado dan banyak lagi.
3. Makanan yang mengandungi Omega-3
Omega 3 dikatakan dapat mempercepatkan penyembuhan luka. Jika cikpuan ada jerawat/ luka pada kulit, ia akan membantu mengurangkan kesan jeragat PIH selepas jerawat/luka itu sembuh.
Baca PIH di segala-galanya tentang jeragat untuk tahu lebih terperinci tentang jeragat jenis ni.
Melanin juga dapat dikurangkan dengan Omega-3, seterusnya jeragat kurang dihasilkan.
Contoh makanan: ikan kembung, salmon, tuna,ikan bilis, chia seed, flaxseed, bayam, brokoli dan lain-lain.
4. Vitamin C
Vitamin C ni sangat popular dalam mencerahkan wajah dan memudarkan jeragat.
Vitamin C menyokong penghasilan collagen dan menghalang penghasilan jeragat.
Contoh makanan: buah-buahan citrus (buah oren), ekstrak roselle, tomato, brokoli, nenas dan banyak lagi.
5. Vitamin B12
Seperti yang dinyatakan di atas, kekurangan vitamin B12 boleh menggalakkan pembentukan jeragat.
Vitamin ini merangsang penghasilan kolagen dan menyokong pertumbuhan sel baru.
Contoh makanan: telur, yogurt, susu, daging merah dan lain-lain.
Jaga Kesihatan Kulit Dengan Pemakanan
Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan kulit. Minum air kosong dengan secukupnya (8 gelas sehari) untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membuang toksin dalam badan.
Jika cikpuan amalkan pemakanan yang sihat, secara kelamaan, cikpuan akan dapati kulit lebih sihat di samping menjadi glowing semulajadi.
Baca post Segalanya yang anda perlu tahu tentang jeragat untuk ketahui info details tentang jeragat.